Jalan-jalan cari Rumah

Sudah sampai masanya kami mencari rumah sendiri. Ciri-ciri rumah idaman saya;

  1. Kecil sahaja saiznya (malas nak kemas @ senang nak kemas)
  2. Rumah yang berusia kurang 5 tahun. Sebabnya, saya mahu rumah itu masih kelihatan cantik, sedap mata memandang. Takdelah sakit mata bila balik dari opis. Tenang je fikiran bila tengok rumah comel ok.
  3. Atas langit (apartment) atau landed, tak kisah. Tapi mana nak cari rumah landed yang murah, kurang 5 tahun kat Shah Alam ni. For sure 350K ++! (Kami masih belum mampu). So, nak tak nak, cari la yang berada di kayangan.
  4. Untuk rumah atas langit, kalau boleh nak yang ada balcony. Boleh buka siang-siang menghirup habuk dan debu udara segar.

Bila kami pindah;

  1. InsyaAllah tiada lagi orang merungut kenapa kena pakai tudung di rumah sendiri.
  2. InsyaAllah tiada lagi orang komplen mengatakan kami makan free kat rumah parents.
  3. InsyaAllah saya dan cik abang saya akan lebih berdikari.
  4. InsyaAllah lebih pandai membudget duit (sbb banyak nak pakai duit).
  5. InsyaAllah takde lagi sesiapa yang sibuk yang jaga rumah tangga orang, bagi pendapat itu ini on how to be a good wife @ husband @ mother.
  6. InsyaAllah have the freedom nak ke sana sini, tak perlu nak mereport setiap kali nak keluar.
  7. InsyaAllah takde siapa mengadu peti ais tak muat sbb didominasi oleh EBM. (maafkan wawa, mama, ibu)
  8. InsyaAllah Iman akan ke nursery @ Putrajaya @ Cyberjaya. Dekat dengan saya. Kalau Iman tak cukup susu, senang nak bagi.
  9. InsyaAllah boleh gomol Iman sesuka hati setiap malam tanpa sebarang gangguan.
  10. InsyaAllah boleh BF Iman di mana sahaja di dalam rumah tanpa segan silu.

Oh dear, cepatlah kita pindah.


5 thoughts on “Jalan-jalan cari Rumah”

  1. hohooho…saya bukan sahaja sedang duduk d rumah in laws…but also duduk di rumah mak juga…alternating weeks…seminggu shah alam, seminggu meru…penat sangat2..dulu boleh la, belum ade anak…skrg, barang cik iman jek da penuh satu kerete…penat adalah faktor pling utama..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.