Entry tertunggak banyak ni. Ni gara-gara Ayah Iman tukar hosting baru la ni. Blog ni suspended buat seketika. Kemudian, banyak pula entry yang hilang. Mujur dapat direvert kembali.
Tanggal 7hb Dec minggu lepas, Iman sihat macam biasa. Berselera makan macam biasa. Dan pastinya aktif macam biasa. Malam itu pukul 2 pagi ketika saya mahu masuk tidur, Iman gelisah semacam dalam tidurnya. Gerak kanan kiri, pusing depan belakang, tiarap telentang. Saya perhatikan senyap-senyap apalah yang tak kena dengan Iman ni. Kalau mahukan susu, Iman akan terus panggal “Mama, susu!”.
Sambil dok berteka teki tu, tiba-tiba Iman muntah susu! Banyak, bukannya sikit. Ok, takpe. Saya ok je (sambil risau dalam hati). Saya kejut Ayah Iman bangun, kemas-kemas tilam cadar semua, tukar lapik baru semua, dan kami masuk tidur kembali. Iman mest lapar bila dah muntah. Lalu saya susukan Iman. Tak sampai setengah jam, Iman muntah lagi! Susu semata-mata.
Pelik. Saya malas ambil pusing. Esok mahu kerja. Esok ada meeting penting. Selesai kemas semua muntah Iman, kami cuba untuk masuk tidur kembali. Iman, saya susukan lagi, dengan harapan ia tak berulang. Iman lemah dan mamai. Tak sampai setengah jam, Iman muntah lagi. Oh, ini tak boleh jadi. Lain macam dah ni. Iman dah tak mahu tidur. Tapi tak merengek. Lalu saya bukakan TV, dan Iman menonton TV tanpa perasaan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.
Tersenggok-senggok saya menemankan Iman menonton TV. Senyap sahaja Iman melayan TV. Bila mana Iman mahukan susu, saya tetap beri. Mana tahu, bukankah susu ibu penawar racun. Tapi setiap kali minum, Iman akan muntah kembali setengah jam selepas itu. Oh, bukan sahaja muntah di lantai, di sofa, di tilam extra, di katil. Dan jumlah kekerapan dari pukul 2 pagi ke 6 pagi tu, adalah 7 kali muntah.
Saya (yang dah macam zombi tak tidur), terus ajak Ayah Iman ke DEMC. Lantak p lah kerja esok. Family saya lebih penting. Di hospital, Iman minta air. Haus barangkali. Asyik muntah sahaja. Tapi segala yang diminum, kesemuanya keluar. Hati saya tak keruan melihatnya. Laju sahaja muntah tu keluar dari mulut si kecik ni. Rasa macam nak menangis. Tapi saya kuatkan diri sahaja, sebab saya perlu jaga dia.
Bila doktor periksa, Iman mungkin termakan sesuatu yang sudah tercemar. Saya tak suka salahkan taska atau mana-mana pihak. Lagipun Iman mula sakit pukul 2 pagi. Dan makanan terakhir 4 jam sebelum tu adalah masakan saya sendiri petang itu. Kalau katakan masakan taska, sudah tentu seawal maghrib lagi simptom mula nampak. Saya tawakkal sahaja. Mungkin Iman gatal tangan sumbat benda tercemar dari lantai.
Saya apply Emergency Leave. Iman saya buatkan bubur nasi dengan harapan dia akan makan sikit-sikit. Alhamdulillah, selera itu ada. Doktor juga pesan, sekiranya bayi masih aktif dan mahu makan, tak perlu risau sangat. Cuma teruskan beri ubat yang doktor beri. Muntah Iman, masih berangkai. Sehingga tengah hari, Iman muntah sebanyak 12 kali (dikira dari pukul 2 pagi sebelumnya).
Dari beratnya 10 kg (3 bulan sumbat makan, baru jadi 10 kg), berat Iman susut mendadak menjadi 9 kg dalam masa 48 jam. Meskipun muntah, tapi Iman tak cirit birit. Petang itu, najis pertama Iman sepanjang sakit. Kosong, air semata-mata dan bocor melimpahi tilam, dalam kuantiti yang amat lah banyak! Kasihan. Sepanjang hari, saya membasuh sahaja kerjanya. Iman saya sarungkan dengan seluar getah (zaman dulu2 untuk ikat lampin), supaya bila cirit birit, ianya tak melimpah. Mujur Iman tak kerap berak-berak. Satu kelegaan, tapi risau bila sekali berak, melimpah ruah dari diaper.
Jumaat 8th Dec, saya hantarkan Iman ke Meru, rumah neneknya sebab saya perlu pergi kerja. Maafkan mama sayang. Muntah Iman sudah berhenti. Cuma sekarang mahu perhatikan bowel movementnya. Neneknya terkejut sakan bila Iman berak terlampau banyak dah bocor sampai mengalir. Oh, poor baby. Mesti sakit dan tak selesa.
Sabtu, kami tumpukan perhatian penuh menjaga Iman. Dan Ahad itu, sekali lagi saya dan Ayah Iman terkejut. Iman berak dengan amat banyak sekali, di atas katil sambil menangis. Terlalu banyak sehingga melimpah ruah dari diaper. Tergamam saya dibuatnya. Ternganga Ayah Iman jadinya. Tapi saya sangat bersyukur sebab ianya berisi, bukan lagi kosong seperti sebelumnya. Alhamdulillah. Itu perubahan yang sangat positive. Syukur yaAllah. Pagi itu saya dan Ayah Iman bergotong royong bersihkan tilam, comforter. Bukan nak exaggerate, tapi banyak sangat macam lumpur. Hihi. Ayah Iman kata, dia takkan lupa sampai bila-bila. Siap suruh saya update dalam blog sebab dia tak nak lupa. Boleh pulak macam tu.
Kini, Iman yang kurus mula berselara makan. Melihat dia ceria, saya bertambah ceria. Tiada yang lebih penting dari itu. Habis satu almari baju Iman terpaksa dibasuh dek muntah dan najisnya. Berlengging sahaja Iman di rumah. Hehe.
>
Iman yang kembali ceria. Tiada apa lagi yang lebih membahagiakan kami.
>
>