Iman is Officially 11 Months Young

Selamat ulang tahun ke 11 bulan Iman. Sebulan lagi Iman dah setahun. Bila Iman dah setahun nanti, macam-macam Iman dah boleh makan. Nanti mama buatkan cupcake untuk Iman ye. Hari ni juga Iman officially demam. First time dalam sejarah hidupmu, kamu demam sayang. Mama di office tadi meeting. Bila Ayah Iman call, Mama decide untuk balik. Kawan-kawan mama tanya:

>

Colleague: “Why are you happy? Are you celebrating for her fever?”.

Mama Iman: “Hehe, No.  It is because, only after 11 months, she catches her 1st fever. She never has one” (Actually I am so proud being an Exclusive Breastfeeding Mommy – eh, baru perasan, Exclusive Breastfeeding Mommy = EBM = Expressed Breast Milk)

Colleague: “Maybe the teeth want to come out?”

Mama Iman: “No, she already has 4 of them”

Colleague: “Oh, maybe because the teeth want to fall down”

Colleague: “What?!!”

>

Hehe..ada-ada je lah colleague mama ni.  Mama pulang, dan kita terus ke DEMC. Mama dah perasan dah yang suhu badan Iman memang agak panas malam tadi. Tapi apa yang mama perasan, Iman langsung tak merengek-rengek. Cuma kelainan yang Iman buat ialah, Iman selongkar habis barang-barang mama, buku-buku mama, ubat2 Shaklee mama. Iman tuang semua barang-barang kecil dari bakulnya. Iman buat sepah dengan ganas sekali. Bukan di bilik mama je, di bilik Atok Abah dan Atok Ibu juga. Ayah dan mama memang saling berpandangan. Kenapa dengan Iman ni. Iman tak selesa ye? Sebab tu Iman bertambah aktif?? Hehe, betul-betul mama tak paham. Kalau demam, duduk diam-diam barulah namanya demam. Iman memang sungguh optimistik kan?

Sepanjang dari 10 bulan ke 11 bulan ni, mama perasan pertambahan aksimu.


  • Iman pantang nampak botol ubat, semua nak ditelannya. Pantang sungguh nampak botol Minyak Cap Kapak, mesti Iman nak masukkan mulut. Pernah sekali mulut Iman berbau minyak, dan keluar warna hijau. Pernah sekali juga mulut Iman bau Minyak Cap Kapak!! Uh, maafkan mama sebab tak pantau Iman betul-betul. Mujur Iman tak jatuh sakit. kalau Jabatan Kesihatan tau, mau kena saman kot mama nih. Hish.
  • Panjat tangga, itu kegemaranmu kini. Kalau panjat sambil merangkak, siapa kisah di kala umurmu 11 bulan. Masalahnya, kamu panjat sambil berdiri, dan kamu tak mahu pegang dinding bila turun! Kamu mahu turun sendiri macam orang dewasa. Itu yang masalahnya. Takpe, Atok Abah dah  belikan pagar khas buatmu. Tinggal pasang je. Hihi.
  • Kamu gemar sungguh berkawan. Pernah sekali kita ke shopping mall bersama Atok Abah dan Atok Ibu. Kamu berkejar ke sana ke mari bila nampak baby lain yang lebih kurang sama umur dengan kamu. Yang tak tahan, bila baby tu diambil mak ayahnya, kamu siap-siap nangis dan kejar kawan tu. Hish. Ye ye, mama paham, kamu mahu kawan. (Tanda dah pandai mintak adik?? Nghihihihi)
  • Kamu dah pandai main Hide and Seek. Kamu main bersama Pak Cu Hazeeq kamu. Dengan badan Pak Cu kamu yang montel, dia menyorok dan panggil nama kamu. Kamu pula pandai berlari dan mencari, dan Pak Cu sergah kamu. Terkekek-kekek  kamu berdua ketawa bila kamu dapat jumpa Pak Cu. Iman, apelah Pak Cu kan? Menyorok pon masih boleh nampak badan.
  • Kamu sudah pandai meniru. Pernah sekali mama bukakan lagu Maher Zain kesukaan kamu. Mama letak  laptop di lantai sementara mama mengepam di atas kerusi. Tak semena-mena kamu tertekan space-bar (pause), lagu pun terhenti. Mama malas nak bongkok-bongkok takut susu tumpah, lalu mama tekan space-bar keyboard menggunakan kaki. Tau apa jadi, tiba-tiba kamu bangun, dan kamu letak kaki kamu atas keyboard laptop mama. Aiyo. Maafkan mama sebab jadi contoh yang tak baik untuk kamu. Janji tak buat lagi dah.
  • Mama hampir-hampir kehilangan kamu. Tanggal 13/2/2011 tak dapat mama lupakan. Kamu pantang nampak pintu grill terbuka. tak tahu kenapa, hari itu kami sedikit cuai tidak mengunci pintu grill pintu dan grill pagar. Mama keluar dari dapur mendapati kamu hilang! Menjerit-jerit mama hilang akal bila nampak kamu sudah pun berlari melepasi pintu pagar hadapan, dan bila mama kejar kamu sampai ke kereta Ayah di luar pagar, sudah pun berada di jalan tar! Kejadian berlaku 2 kali, hari yang sama! Syukur alhamdulillah tak ada apa-apa terjadi. Kalau kamu diculik, macam mana?? Kalau ada kenderaan lalu ketika itu, macam mana?? Mama betul-betul menyesal, tidak beri perhatian penuh buat anak mama yang aktif ini.
  • Kamu suka mainan budak lelaki. Mama tak paham, mama bagi softtoys, doll, pinky toys, kamu tak jalan. Kamu buat tak pandang jek. Tapi, kamu pandang mainan Pak Cu Hazeeq kamu. Kamu suka Spiderman, Zebra kecik tu faveret kamu. Kamu pantang nampak bola, dan kamu pandai tendang bola (pelan-pelan la kot, ke tertendang..hee).
  • Kamu naik bouncer kamu sendiri, kamu mahu henjut diri kamu sendiri. Ni baru mama discover tadi. cume tak sempat ambil video jek. Gaya kamu menghenjut bouncer kamu sendiri takkan dapat mama lupakan. Atok Ibu, Pak Cu Hazeeq dan Ayah pon tak dapat tahan ketawa.
  • Kamu pandai buka kabinet dapur. Tak kira kat Meru ke kat Shah Alam, kamu anti sungguh nampak barang dalam kabinet tu tersusun rapi. Habis semua kacang, tepung, plastik-plastik rempah semua kamu keluarkan. Mama dah kene beli kunci untuk kabinet sebelum kamu pandai buka semua bungkusan pula. Tak pun suatu hari nanti, kamu hilang sebab sembunyi dalam kabinet pula. Hish. Nasib baik peti sejuk kamu belum kuat nak buka.

Kasih sayang terserlah dari ayahmu buatmu Iman.

>

Budak demam tidur lena lepas makan ubat. Calar dahi dan hidung sebab kamu budak berani. Huh..

>

Kucing ini sering menjadi mangsa kegeramanmu. Kamu sungguh jeles beliau duduk tersenyum di situ. Pantang kamu nampk, habis kucing ni tersungkur di lantai. Lalu kamu tersenyum puas dan berlalu tinggalkan si kucing ke-seekor-an. Kesian.

>

Banyak-banyak mainan yang gurly.. kamu suka permainan yang boyish. Apakah?

>

See? Tengok kucing tergolek kat belakang tu. See? Iman memang suka si Zebra nih. Bouncer tu lah Iman dok henjut sendiri-sendiri. Hish.

>

Tengok pula sesi pembelajaran Iman. Siang hari punya cergas.

<

Malam hari sebelum tidur, alahai….tak bersemangatnyee…geli hati tengok tangan dia buat sign keboringan

>

>