Iman dan Ayah – Part 3

Syukur alhamdulillah, duduk rumah sendiri menjadikan Iman lebih rapat dengan Ayahnya berbanding semasa kami menetap bersama keluarga. Saya sangat seronok dengan perubahan ini. Dahulu, Iman lebih mengenali Atok Abahnya. Dan juga lebih rapat dengan saya. Kini, bila hilang kelibat ayahnya, Iman sudah pandai mencari dan menangis.

Alkisah cerita Iman dan Ayah kali ini ialah, mengenai panggilan Ayah yang Iman sebut-sebutkan. Setiap hari di pagi yang dingin, saya akan mandikan Iman, kemudian pass Iman pada Ayahnya untuk dipakaikan baju, diaper bagai. Lepas pass Iman pada Ayah Iman, barulah saya mandi. Saya akan panggil “Ayaaaahhh…ayaaah, Iman dah siap!!”. Setiap hari pun begitu. Sehingga Iman belajar bercakap, “AYAH” adalah perkataan kedua selepas “SUSU“. Perkataan ketiga ialah “KASUT“. (Mode sedih, Iman masih belum panggil “MAMA“). Maka, setiap pagi, selepas mandi, Iman dan saya akan panggil AYAH bersama-sama,  “AYAAAAH….AYAAAAHH“. Berulang kali, setiap kali selepas mandi.

Suatu hari, saya terbangun agak lewat. Maka agak kelam kabut untuk sediakan sarapan pagi dan bekalan ke pejabat. Saya menyuruh Ayah Iman untuk memandikan Iman sementara saya meneruskan tugas-tugas di dapur. Riang hati di pagi-pagi buta mendengar keletah Iman yang puas tidur, dan Ayah Iman yang menyanyi-nyanyi di Subuh hari di bilik air melayan Iman. Apabila selesai mandi, tak semena-mena Iman memanggil “AYAAAAH….AYAAAAHH“.

Huuh?? Rupanya selama ni “AYAH” yang Iman sebut bukanlah merujuk kepada empunya badan tu. Rupanya sekadar mengikut ucapan saya setiap kali selesai mandi. Mana taknya, kan ke Ayah Iman yang mandikan pagi itu. Hish.

Pagi itu saya asyik ketawa sahaja. so, adillah Iman tak panggil Ayah, dan tak panggil Mama. (dengki) =p

Sekadar coretan supaya saya tidak lupa =)

>

>

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge