Iman dan Adam

Assalamualaikum,

Hai, nama saya Adam. Saya anak kedua Mama Iman. Saya anak susuan Mama Iman. Saya kenal Mama Iman pada bulan Mac 2011 yang lepas. Beza umur saya dengan Kakak Iman ialah 7 hari je tau. Mama saya, Ain mula mengiklankan untuk mencari ibu susuan di laman FB Human Milk for Human Baby – Malaysia. Dalam laman tersebut, ramai tau ibu-ibu dermakan susu mereka. Dan ramai antara mereka adalah Kaum Cina. Bila Mama Iman buka laman FB tu, Mama Iman kata, dia sedih, sebab tak ramai rupanya yang Kaum Melayu tampil untuk mendermakan susu. Masa tu, Mama Iman kata dia rasa berdosa sangat-sangat buang banyak sangat susu sebelum ni. Sambil belek-belek laman FB tersebut, Mama Iman kata dia ternampak iklan Mama saya, Ain. Terus Mama Iman emel pada Mama Ain untuk dermakan susu. Alhamdulillah, kedua-dua mama saya sangat happy. Hajat kedua-dua pihak tercapai. Memang Allah SWT dah tentukan jodoh pertemuan kami, sebab Mama Iman mahukan anak susuan yang lebih kurang sebaya dengan Kakak Iman, supaya nutrisi susu ibu tu mudah diterima dan cukup khasiatnya seiring dengan umur bayi.

Pada mulanya saya macam susah nak tolerate dengan susu Mama Iman. Pada masa yang sama saya masih lagi consume susu dari mama saya. Mama saya masih dapat hasilkan susu dalam 10 oz sehari. Syukur. Jadi, saya kena topup dengan susu Mama Iman. Mula-mula tu memang saya berak-berak selalu. Tapi alhamdulillah, lama-lama saya boleh terima susu Mama Iman, dan kini saya seleralah dengan susu Mama Iman. Hihi. Agak2lah, apalah yang Mama Iman makan ye. Hueheuehu. Tapi syukur, kini saya membesar dengan susu kedua2 mama saya ini. Mama Iman kata, selagi ada kudrat dan selagi masih ada susu mengalir dalam tubuh Mama, Mama Iman akan terus bekalkan susu untuk saya sebanyak mana yang saya perlukan. Buat masa ni, Mama Adam kata kita ambil susu dari Mama Iman setiap dua minggu. Despite kesuntukan waktu Mama Adam dan Mama Iman, kami akan allocate sedikit masa untuk bertemu, dan berbincang tentang perkembangan saya dan Kakak Iman. Sekarang berat badan saya mula naik, tak seperti dulu. Saya sudah mula makan banyak. Minum susu? Tentulah banyak~!! Jangan terkejut nnti kalau tiba-tiba berat saya lebih dari Kakak Iman tau~!!

Oh, bercerita tentang Kakak Iman, dia adalah seorang Kakak yang sangat aktif. Kakak Iman selalu berebut mainan dengan saya. Saya lebih sopan santun dan lembut. Hihi. Ramai kata saya macam gugurl, dan kakak Iman pula macam boboy.

>

>

Saya dan Kakak Iman. Kakak Iman jeles bila Mama Iman dokong pelok cium saya. Hihi.

>

Tengok, Kakak Iman garang tau. Marah2 bila saya ambil mainan dia. Alah, saya tak kisah~!! Saya kan budak kuat. Hihi.

>>

Semoga hubungan kami bersama keluarga Mama Iman berkekalan sampai bila-bila. Semoga Mama Iman tak lupakan Adam bila Adam besar kelak. Semoga Adam dan Kakak Iman menjadi kawan baik bila besar nanti. Semoga Mama Iman sayang pada Adam selalu.

Mama -mama lain banyak susu yang expired tak? Kalau banyak, mungkin mama sekalian boleh dermakan susu pada bayi-bayi macam Adam. Walaupun dulu doktor pernah nasihatkan untuk topup susu formula, tapi sejak jumpa Mama Iman, Adam tak perlu dah topup susu formula tau. Adam seronok sangat.Ok semua, jumpa lagi tau. Adam sayang semua~!

>

>

3 comments

  1. tahniah mama iman!hehe..
    nak tanya boleh..yang mama iman tinggal komen pasai taska tu, nk tanya lebih lanjut leh?huhu..tgh terdesak nk cari taska anak ni..:(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge