Iman Berjalan Pada Umur 8 Bulan 24 Hari

Gambar dari Google
Salam,

Kali ni nak kongsikan kegembiraan bila anak sudah dapat kaki. Hehehe…alhamdulillah. Syukur, Iman sudah belajar berjalan. 2, 3 tapak? tidak, Iman sudah pun bertapak-tapak. Lebih sepuluh tapak hanya dalam masa seminggu belajar bertatih, dan pada umurnya 8 bulan 24 hari =D.

Iman gigih berlatih tatih sendiri di antara kerusi dan meja.

Ramai ibu bapa ingat bahawa baby walker mempercepatkan bayi mereka belajar berjalan. Oh tidak, itu hanya mitos semata-mata, dipercayai hanya berdasarkan kebetulan yang mana sebenarnya setiap bayi adalah unik dan tumbesaran mereka adalah bergantung pada diri mereka sendiri. Malah, kajian sebenar telah dilakukan, dan sebenarnya terbukti bahawa baby walker memperlahankan perkembangan fizikal bayi? Nak tahu kenapa? Kerana bayi akan jadi malas untuk bergerak sendiri, disebabkan roda yang berada pada walker tu. Bahkan meletakkan bayi terlalu kerap di dalam walker sebenarnya menjadikan bayi lambat untuk duduk tegak dengan sendiri, belajar merangkak dan belajar berjalan. Bayangkan lah, reka bentuk baby walker menghalang penglihatan bayi melihat apa yang menggerakkan mereka. Sedangkan apabila bayi belajar bertatih dengan memaut pada meja dan dinding, mereka nampak, kaki itulah yang menggerakkan meraka, dan belajar sendiri untuk bergerak. Jadi, otak mereka dapat berkembang dengan lebih cepat, kerana mereka lebih cepat berfikir.

Malah, baby walker sebenarnya membahayakan. Oh, sangat membahayakan. Bayi akan laju bergerak ke sana sini, meningkatkan risiko terjatuh (er..terjatuh tangga menggunakan walker? nauzubillah). Bayi juga akan lebih cepat cenderung menggapai barang-barang yang merbahayakan. Bergerak ke dapur, mencapai alas dapur? menjatuhkan pinggan mangkuk?? Oh no, memang saya tidak akan meletakkan anak saya dalam risiko sebegitu.

Bukan saya tak geram tengok baby walker yang comel-comel dan mahal-mahal tu. Bahkan, saya boleh dapatkan dengan percuma! (hee…ada orang nak belanja). Tapi saya bertindak tegas dengan menyuarakan hasrat saya untuk Iman tidak menggunakan walker, dan alhamdulillah semua orang cuba memahami dan menghormati keputusan saya sebagai mama kepada Iman. Syukur. Kini, Iman tanpa walker, belajar merangkak pada umur 6 bulan, dan berjalan pada umur 8 bulan 24 hari. Syukur padamu ya Allah.

Ada orang kata, alah, kajian-kajian yang ada tu cume propaganda orang barat. Heh…saya totally reject pernyataan ni. I am a researcher after all. Saya buat research dan kajian sebagaimana mereka buat, cuma dalam bidang berbeza. Kajian dilakukan untuk meningkatan pengetahuan dalam apa jua bidang, tidak mengira dari mana asalnya kita. Jadi, bukalah mata dan minda. Jangan duduk di dalam gelas kaca. Nampak, tapi tidak dapat menyentuh dunia luar.

Rujukan:
http://www.scienceagogo.com/news/19990912132432data_trunc_sys.shtml
http://www.pediatricservices.com/parents/pc-21.htm
http://drmuna.wordpress.com/2009/12/13/adakah-baby-walker-selamat-untuk-anak-anda-bahagian-2/
http://www.babycenter.com/404_will-baby-walkers-and-jumpers-help-my-baby-learn-to-walk_6878.bc

Salam sayang,
Mama Iman