Alkisahnya berapa belas hari la dapur tak berasap. Mana taknya, Hannan warded sejak 30 June, bermakna sedari awal puasa lagi berbuka dan bersahur, kira “memasak” di hospital ler. Alhamdulillah ada makanan (meskipon tak berapa sedap ). Masa di hospital, kerjanya membelek buku ni berhari-hari, sambil berangan-angan. Tangan cukup gatal laaaa nak memasak. Buku ni antara feveret buku saya. Dan alhamdulillah tiap kali buat insyaAllah menjadi semuanya.
>
<
So berazam keluar jek hospital, nak buat benda ni. Hoho. Pai tuna. Alah, boleh jek beli kat luar kan. Tapi manakan sama dengan air tangan sendiri. Ngahahhaha . lagi pulak cik abe tak suka nak makan nasik. Maka, berwestern la kita ya. Bahan-bahannya pun mudah sahaja. Cheddar cheese, tepung, gula sedikit, tuna, cili benggala, cendawan butang, sedikit susu, mentega dan juga telur (opkos Iman tak boleh makan).
>
Mengharapkan hasilnya nanti secantik di dalam gambar di atas ni. Ngahahahaha
<
Pai crust yang dibuat menikut resepi dalam buku tu. Boleh buat sampai 3 loyang hah!! Nampaknya berbuka 3 hari la ye dengan Pai Tuna ni. Hakhakhak.
<
Campakkan cendawan butang, cili benggala merah dan hijau, dan juga tuna. Letak lah berapa banyak ponn sesuk hati. Boleh juga letak bawang besar. Tapi cik abe tak suka bawang besar. Kemudian masukkan campuran susu dan telur dan juga sekidit lada sulah dan garam. Tuang ke atas pai tuna ni. bakar selama setengah jam atau sehingga masak (mengikut oven masing-masing). Dek kerana buat selepas balik kerja, masa berbuka tak siap lagi pai ni dalam oven. Bersabarlah kami menunggunya. Hehehe.
>
Tada!! Hasil yang keluar dari oven. Best2. Macam pizza dah nengoknya.
<
>
Close up. Hokey, maka inilah juadah buka kami, juadah sahur kami juga, buat 3 hari. Hahahahaha.
Mahu resepi? Cer komen dulu. nanti saya tepek resepi marbeles ni.
>
>