Hilangnya Doa Seorang Ibu

Huh, sekarang ni memang susah benarlah nak tonton TV. Bukan sebab tiada TV (haha), bukan sebab tiada siaran TV, tapi sebab tiada masa. Terasa macam bazir je bayar kat Astro sebab balik-balik tengok Disney Junior Channel :lol:. Anyhow, saya manage untuk rakam beberapa cerita bila rasa-rasa macam kepala otak ni dah weng sangat-sangat mengadap PC. Mujur ada PVR (ini iklan Astro tak berbayar)8)

Salah satu cerita yang saya rakam adalah “Hilangnya Doa Seorang Ibu”. Dengar tajuk ni pun rasa berderau darah tau. Takut betul kalau-kalau ia terjadi pada saya. Sebelum saya sambung cerita,

Mama, jangan hilang doamu buatku ya ma.. Ibu, jangan juga lupa kami dalam doamu.. Sambung cerita.

Drama ini mengisahkan Laila (lakonan Lisdawati) boleh dijadikan idola bagi muslimah moden kerana berjaya menjadi usahawan dengan usaha sendiri. Namun walaupun seorang yang alim, bertudung dan tidak meninggalkan solat, Laila hilang hormat pada keluarganya sendiri kerana lebih berjaya dan kaya dari yang lain. Sedar bahawa doa ibu amat mustajab, Laila sering minta ibunya, Zubaidah doakannya. Dalam pada itu, dia sering mengutuk dan memaki abang dan adiknya yang kesempitan hidup sebagai tak cuba berusaha seperti dia. Mulut memang tak reti jaga langsung, seolah-olah dia belajar pandai, adik dan abangnya tidak.

Laila terlalu sibuk dengan usaha mencari kekayaannya sampaikan jarang sekali pulang ke kampung. Sehinggakan ibunya sangat-sangat merindui Laila. Yang paling tak tahan tu, bila ibunya nak pergi ke umrah, Laila kata membazir sebab baru tahun lepas Laila support ibunya itu pergi menunaikan Haji. Tapi, bila Laila ada peluang untuk mendapatkan projek bernilai 10 juta ringgit, terus Laila pulang ke kampung mahukan doa dari ibunya. Suami Laila siap perli pada Laila bila nak doa ibu baru nak balik kampung, kalau tidak, jangan haraplah. Yang paling tak tahan tu, siap tulis tu sebijik-sebijik apa yang perlu ibunya doakan di sana nanti.

Laila mempunyai seorang adik perempuan. Nasib tidak menyebelahi adik Laila kerana suaminya dan anaknya sakit. Maka untuk mencari rezeki tu agak terhad. Seringkali duit yang Laila kirimkan pada ibunya, ibunya pula berikan pada adik Laila. Ini membuatkan Laila semakin mengamuk dan mengungkit.

Ditakdirkan pula Laila mempunyai seorang abang yang hanya bekerja sebagai pemandu teksi dan mempunyai 4 orang anak, dan seorang isteri yang mengandung. Abang kepada Laila sering kesempitan duit meskipun berusaha keras untuk mendapatkan duit buat keluarga. Maka, Laila lah tempat untuk abangnya mengadu dengan harapan memberi sedikit sebanyak duit bila masalah kewangan datang kepadanya. Allah pula takdirkan kandungan isterinya bermasalah, lantas pembedahan diperlukan untuk membiayai kos pembedahan. Dengan muka yang amat malu tapi keadaan terpaksa menyebabkan abang si Laila ni datang kepada Laila untuk meminjam RM2ribu. Doa ibu Laila makbul untuk Laila mendapatkan projek 10 juta ringgit itu, tapi dengan marah Laila mencampakkan duit yang ingin dipinjam oleh abangnya. Mulut tu memang cabul la cakap begitu begini.

Dijadikan cerita, akhirnya tak sampai 5 minit abang Laila keluar dari pejabat Laila, mulut Laila menjadi herot berot. Laila lumpuh dan tidak mampu bergerak dan menguruskan diri sendiri. Mulutnya tumbuh kudis-kudis berair. Sejak itu, Laila lumpuh.

Tapi saya tak sempat tengok sampai habis. Nak tengok tang mana yang dikatakan hilang doa seorang ibu tu. Apa jadi pada ibu Laila. Sebab PVR saya kenapa tah tak rakam habes. Haish. Takpela, sekurang2nya dah tau pengajarannya pun jadilah kan. Heheh.

Cerita ni banyak beri pengajaran. tak kiralah kaya mana pun kita, buat solat wajib sunat belaka, sedekah ribu-ribu pon, tapi kalau pada ahli keluarga sendiri kita jadi setan pon tak guna juga. Jangan kita lupa, rezeki yang Allah bagi pada kita Allah jualah yang paling tau hikmahnya, perancangannya bagaimana. Mana tau, juta-juta yang Allah bagi pada kita tu memang tujuannya untuk bantu adik beradik sendiri, mak ayah sendiri. So, jangan lah lupa, rezeki tu Allah lah jua pemilik sebenarnya. Peringatan untuk diri saya juga, rezeki saya, untuk orang-orang terdekat saya juga.

Bukanlah maksudnya kite kaya, kita perlu beri duit ribu-ribu juga pada ahli keluarga kita. Dah kalau kita kaya, kita bagilah mereka pancing, bukan beri ikan. Kita ajar ahli keluarga kita cara nak buat duit, cara nak gandakan duit.

Apa pun, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, dan tolonglah orang selagi terdaya. InsyaAllah, kita akan dapat keberkatanNya :wink: