Her 50th Day of Life

Dua hari sebelum hari kejadian, Iman demam panas sangat-sangat. 39C sentiasa dan dia sangat-sangat tidak aktif. Selama ini Iman jika demam pun dia akan aktif, makan tetap banyak, dan menyusu tetap banyak. Tapi tidak kali ini.

20130914-102038.jpg

Dalam 2 hari ini, Iman hanya berbaring, tidur, dan terlepek lesu. Not bother much since suhu terkawal, saya dan Ayah Iman tidak risau. Lepas ke klinik pesakit luar KPJ, dan diberi ubat ubat, Iman pulih sediakala. Iman bermain dengan aktif, kissing and hugging her sister A LOT!

20130914-083336.jpg

9 September 2013
Jam 3 petang, saya masih menguruskan Shaklee secara online. New membership, new purchasing. Agak banyak juga. Iman bermain riang dengan pasir mainannya meskipun direnung tajam ayahnya. Hihihihihi. Memang kadang sakit kepala dibuat dek Iman ni. Hannan tidur dalam bouncer sambil dijaga Ayahnya. Selesai urusan Shaklee, saya bawa Hannan tidur naik ke atas bilik. Iman pula sudah pun tertidur dan ayahnya menemannya di bawah.

Jam 6 petang, saya bangun untuk kejutkan Hannan mandi. Saya perasan yang dia asyik merengek kecil seperti tidak selesa. Saya pon tak expect ape2. Mungkin suhu panas di bilik, ataupun kipas terlalu kuat. Entah masa tu memang tak perasan. Memikirkan Hannan tak selesa, saya pun ambil keputusan mandikan dia.

Masa ni la memang agak pelik sebab Hannan sangat resistance. Menentang sekuatnya. Menangis sekuatnya. Enggan dipujuk. Ok tak pe, saya tetap nak mandikan dia. Dalam bathtub bayi yang penuh dengan air suam itu, Hannan melalak dengan amat kuat sekali sehingga terberak! Tangannya menggenggam kuat baju saya. Ok, saya cepat selesaikan mandiannya. Saya cuba buka genggaman kuat tangan Hannan pada baju saya. Tapi memang terlalu kuat sangat sehingga Ayah iman terpaksa leraikan. Letak Hannan di atas katil dan dia mula bertenang dipujuk, cuma matanya kelihatan juling ke tengah. Seriously saya ingat Hannan main-main. Kini barulah saya satu itu adalah sawan (febrile fit) yang pertama. Saya tanya ramai kawan, tau tak macam mana rupa sawan pada bayi? Rata-rata menyatakan tak tahu hokeh.

Disebabkan masa tu ingatkan tiada apa2, saya bawak Iman dan Hannan ke rumah PIL, seminit dari rumah. Hehe. Makan malam di sana. Hannan tidur sahaja. Yelah kan, baby baru lepas pantang memang tidur selalu kan. So saya pon tak expect apa-apa juga. Sehinggalah atoknya memegang Hannan, suhu nya masa tu agak tinggi. Ok, Hannan demam.

Kami pulang ke rumah sebentar dan ambil apa yang patut diambil dan menuju ke KPJ. Kami ke KPJ sebab jangkakan ia hanya demam biasa. KPJ tak punya customer seramai DEMC dan laju jek proses sampai dapat ubat tu. Bila nurse cek suhunya 38.6C, Hannan dimasukkan ke dalam bilik emergency. Di sana Hannan keep on merengek dan tiba-tiba matanya memandang ke satu arah sahaja dan lehernya kejang ke satu arah sahaja. Ini adalah sawan kedua, di hadapan mata doktor!

Semua nurse, semua doktor bergegas menguruskan Hannan seorg. Tiub oksiden dimasukkan sebab oksigen dah drop sangat. Hannan dilencunkan dengan air sejuk. Segalanya berlaku dengan pantas. Jangan ditanya perasaan saya ketika itu. Air mata memang dah tahu berapa gelen dah keluar.

Kejap, ada selingan. Bilik emergency tu memang bilik terbuka. Seakan wad besar. Iman ke hulur hilir dengan patung minnie mouse nya. Diletaknya minnie mouse tu di katil emergency sebelah, di saat adik dikerjakan nurse2 dan doktor2. Hahah. Apa lagi, kena halaulah dari bilik tu. Haa sudah, melalak la dia. Hihi. Ok, biar Ayah Iman handle itu.

Berbalik kepada Hannan, setelah Hannan bertenang, dia masih menggigil sejuk. Saya ambil dan susukan Hannan. Bermacam-macam bermain di otak saya. Dugaan ini, saya masih kira kecil berbanding dugaan yang dihadapi orang lain. Hannan menyusu sambil esakan berbaki. Sedih seorang ibu ni tak siapa tahu. Dan doktor datang menyatakan Hannan patut diwad kerana takut sawannya kembali. Saya iyakan sahaja. Yelah, emergency kot. Tiba-tiba datang admission officer minta deposit RM2,500. Haha. Bukan tak boleh minta, cuma saya rasa skill meminta duitnya waktu itu sangat kurang. Kehkeh. Terkial2 mak ni belek2 beg tangan. Haaa, hamik! Terkebetulan ada duit pulak sekelepok dalam handbag. Hahahah. Duit nak bayar perabot sebab pindah rumah baru.

Maka, Hannan secara rasminya menjadi penghuni sementara KPJ.

Esok harinya, saya minta Ayah Iman ke company saya untuk updata database anak untuk medical coverage. Alhamdulillah segalanya selesai dan bill buat Hannan juga tiada masalah.

Meskipun dugaan hebat ini terjadi, alhamdulillah urusan semua adalah lancar dan tidak membebankan. Syukur ya Allah.

Maka bermulalah kisah Hannan Soufiya.

20130914-083544.jpg

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge