Gula adalah Punca Utama Penyakit

Salam semua,

Oh sweet Friday:razz:. Hehe. Semalam dah penat buat kerja lab, harini terasa macam takde kerja pulak. Tinggal measure je nak tengok hasil fabrication semalam. So, let the expert do that. Saya tak mahulah pegang mesin mahal-mahal. Tengok je mahu. Kang patah itu ini, potong gaji pun tak cukup nak ganti balik deh.

Berbalik kepada tajuk entri, saya mahu tanya kepada semua, siapa ada jengok-jengok laman web Pengguna Pulau Pinang (CAP – Consumers Association of Penang? Sila angkat tangan. Berapa ramai antara kita yang prihatin? Berapa ramai antara kita yang tengok label nutrisi sebelum beli barang? Saya baru pertama kali bukak. Cis…punya teruk. Dah ada laman web begitu sempurna sebagai panduan, tak pulak nak selalu rujuk. Mari kita lihat informasi berkaitan dengan gula. Selepas saya membacanya, jadi takut betul:???:.

Ni senarai penyakit-penyakit yang berkaitan dengan gula. Banyak betul.

Yang paling terkejut, ialah poster-poster ini. Kandungan gula dalam makanan-makanan yang kita selalu ambil. Oh no, saya akan baneed semua ini dalam menu kami sekeluarga. Erk..ban semua??? Macam mana nak masak…kicap, sos cili?? aaa…yang tu terkecuali kot. Takkan la ban semua. Ambil yang penting-penting sajalah. Sebagai contoh, kebanyakan minuman ringan itu semua mengandungi kandungan gula yang banyak. Melampau banyak. Kenapa kita tidak memilih air masak. Ok, start from now, saya berazam minum air masak banyak-banyak . Yes, mesti disiplinkan diri. Ayah Iman, sila baca ok. Saya akan execute pemakanan secara sihat untuk kita sekeluarga.

Saya perhatikan, antara barang yang betul-betul memberi kesan kepada kami sekeluarga adalah kicap, sos cili @ tomato, coklat (ni Mama Iman paling suka lah- sigh), susu pekat manis. Yang lain-lain tu jarang saya beli. Erm…rupanya tak sangka banyak betul kandungan gulanya. Ingatkan Green Tea pun 3.7tsp (yang ni Ayah Iman suka – nasib baik tak banyak sangat). Saya sangat suka air yogurt 3.8tsp – tak sangka banyak juga. Nasib baik tak sebanyak minuman yang lain terutamannya minumam bergas. Gila banyak gula!!! Susu pekat manis, ya Allah, setin sampai 57tsp!! Ok, nak kurus, jangan minum susu pekat manis ok!! its a no-no! Muktamad!

Dah pindah rumah nanti, antara barang yang saya takkan beli ialah susu pekat manis. Well, memang mama saya pun tak praktiskan minum susu pekat manis sekian lama dah. Ade dekat 10 tahun. Sekarang beli 6 tin, 2 bulan baru habis. Syukur kami tak addicted. Cereal breakfast bukan pilihan saya. Alhamdulillah. Saya lebih gemar cekodok, lempeng, meehun. Hehe. Tetamu yang datang ke rumah nanti boleh tak saya hidang dengan air mineral @ air masak. Lebih sihat untuk kamu. Boleh tak ?  Ni bila saya buat air teh tawar pun bising ye. Saya sayang semua, sebab tu saya buat teh tawar. Hihi:lol:.

Disclaimer: Entri bukan berniat untuk mengkondem barangan di atas. Sekadar peringatan untuk panduan kesihatan semata-mata. Tidak berkaitan dengan pengeluar barangan terbabit. Pilihan sentiasa di tangan pengguna. Terima kasih.

>

>

Salam sayang,

Mama Iman

>

2 comments

  1. kak..err jumlah gula tu per serving or per botol? klu per serving tu mmg banyak..klu per botol tu kire acceptable (air dalam tin tu mmg minum abis setiap kali..so mmg diakui banyak gula)

    btw..watch out ur fat n calorie intake as well =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge