Setiap hari, ada saja aksi-aksi baru yang direport oleh nenek Iman. Saja menulis, sebab Mama Iman tak mahu lupa. =)
Semalam hujan lebat. Jadi Astro Oasis tidak lah dapat dibuka. Iman sangat suka zikir-zikir dalam Astro Oasis tu, sampai tertidur-tidur dibuatnya. Disebabkan hujan makanya, haruslah nenek wat zikir secara live untuk tidurkan Iman. TV telah ditutup. Yang kelakarnya bila nenek mula berzikir je, Iman terus dan-dan pandang TV. Dia ingat TV yang tengah zikir la tu.
Nenek pon berhenti zikir (saja nak tengok apa reaksi Iman). Iman berpaling dari TV. Nenek zikir sekali lagi, zap, terus Iman berpaling ke TV yang tak dipasang tu.
Hehehehe..
Peristiwa 2
Tengah sembang-sembang dengan kakak kat dapur, sambil Mama Iman masak lempeng. dan Iman di bawah jagaan Ayah Iman yang sedang menonton TV. Tiba-tiba nampak ada benda bergerak-gerak di balik bawah meja dapur, berwarna putih. Ingatlah apa, rupanya Iman. Dahlah pakai baju putih atas bawah. Betul-betul macam ulat sedang bergerak.
Kakak = Eh!!! Ingatkan ulat! Iman macam ulat la merangkak ke dapur.
Mama Iman = Ayah! Ayah jaga Iman macam mana ni. Leh pulak sampai ke dapur tiba-tiba.
Ayah Iman = Eh..aah kan? (Buat-buat muka sengih)
Hurm…