Gelagat Ayah Iman

Salam,

Kali ni lagi peristiwa tentang Ayah Iman dan Iman yang tidak mahu saya lupakan. Waktu maghrib memang agak kelam kabut buat kami. Yelah, sampai rumah sahaja jam dah menunjukkan pukul 7. Kadang-kala Iman belum mandi, dan kadangkala Iman lapar mahu menyusu. Kalau boleh setiap pagi dan setiap petang saya mahu mandikan Iman sendiri. Kerana masa bersama yang terhad disebabkan bekerja, saya mahu memaksimumkan masa yang ada bersama anak. InsyaAllah dan alhamdulillah, setakat ni memang setiap pagi saya mandikan Iman. Bukan apa, saya mahu didik dia dari bayi lagi, yang kita perlu bangun pagi-pagi untuk solat Subuh dan pergi sekolah. Jadinya bila Iman masuk tadika nanti, tidaklah liat bangun mahu ke sekolah. Bila Iman dah mula belajar solat nanti, tidaklah liat mahu bangun pagi. Jangan kita beri alasan anak kita tidak mahu bangun Subuh ye? Sebab semua terletak dalam tangan kita yang mengajarnya. JanganĀ  juga anak boleh bangun pagi untuk ke sekolah, tetapi anak tak mahu sembahyang Subuh. Jangan salahkan sesiapa, jangan disalahkan anak itu, kerana kita ibu bapanya yang mendidik mereka. Ya Allah, berikan aku kekuatan mendidik anak-anakku, supaya mudah aku mengajar mereka solat Ya Allah.

Alamak, dah banyak membebel lagi.

Ok, berbalik kepada cerita Ayah Iman. Setelah Ayah Iman selesai mandi, saya menyuruhnya menjaga Iman kerana saya mahu solat. Ye, mandi haruslah bergilir-gilir, solat juga begitu.

Mama Iman : Ayah, jaga Iman, mama nak sembahyang.

Ayah Iman : Eh, Abang ada air sembahyang.

Mama Iman : Eeeehh!!! Iman kan anak kita, mana batal air sembahyang.

Ayah Iman terdiam kejap, sipu-sipu malu.

Hahahhahahha.

Yang kelakarnya, Iman tu anak kami, walaupun dia perempuan. Dan lagi satu, beliau bayi lagi! Hahaha, belum jadi aurat kepada sesiapa pun, belum boleh pun membatalkan air sembahyang sesiapa pun. Ayah Iman terlebih berfikir agaknya.

Heheh..lawak laa.

Iman, mangsa kejadian. Hehe.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge