Makanan Bayi Beku Buat Iman



Salam Mommies..kali ni nak share pasal Iman punya solid food. Ok, kat atas ni adalah sebahagian solid food yang Iman makan buat masa ni. Ada betik, epal+pear, brokoli, kobis bunga dan lobak. Oh, kurma sudah habis, tapi dalam entry ni saya akan tunjuk macam mana nak buat puree kurma. Teknik membuat puree semua sama sahaja. Membuat puree sangat menjimatkan masa terutama untuk ibu-ibu bekerjaya. Puree yang telah beku dalam bekas ais saya tuangkan ke dalam bekas berasingan. Saya tidak punya bekas kiub yang banyak (read as tak mampu nak beli banyak-banyak..ngeee). Jadi, selepas membentuk kiub, saya asingkan saja. Pagi-pagi, hanya perlu memilih kiub sayuran @ buahan pilihan hati, dan campurkan ke dalam bubur bayi. Oh, lain kali saya tunjukkan punya bagaimana nak buat bubur nasi instant. Ops..bukan beli di kedai ok. Semua homemade sahaja. Lebih terjamin buat bayi anda. Tiada pengawet dan perisa tambahan. Hehehe…
Ini adalah frozen puree kobis bunga.
Ini adalah frozen puree betik.
Epal+pear dan yang hijau tu brokoli.
Ok, untuk membuat puree, mula2, buang segala biji dan kulit buah-buahan yang hendak dijadikan puree. Kemudian, rebus sehingga agak lembut. Tunggu sejuk seketika, dan kemudian blend buah-buahan tadi beserta air rebusannya di dalam pengisar sehingga halus. Merebus buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membuatkan kandungan protien dalam bahan makanan tersebut lebih mudah dihadam untuk bayi. Ini boleh mengurangkang risiko kembung perut disebabkan ketidak hadaman. Buah-buahan mentah tanpa perlu dimasak boleh diperkenalkan apabila bayi sudah berumur 8 bulan (to be safe la actually). Walaubagaimanapun, pisang dan avocado adalah terkecuali. Ia boleh dimakan mentah-mentah.

Di bawah ni ialah bagaimana saya membuat puree kurma kesukaan Iman. Hehe…kurma manis, jadi Iman sangat suka.

Mula-mula, rebus dahulu sehingga lembut kurma yang telah dibuang biji.
Kisar sehingga halus menggunakan air rebukan kurma tadi.
Letakkan dalam kiub-kiub ais untuk membentuk kiub yag kecil.

Sudah tentulah makanan yang segar itu lebih baik. Saya juga berangan-angan untuk memasak buat Iman setiap hari, dan bukan memberikannanya frozen food. Tetapi, saya seorang yang bekerja. Walaubagaimana pun, saya tidak mahu gagal memberikan yang terbaik untuk Iman. Jadi, apa yang saya buat saya harap dapat memberikan yang terbaik buatnya. Kini Iman sangat pandai makan. Pada mulanya memang lah tidak pandai dan lebih banyak yang tumpah berbanding yang masuk ke mulut. Tapi kini, Iman sendiri yang mengangakan mulut minta disuapkan. Hehe..alhamdulillah. Tidak kiralah kiub sayur ke buah ke yang saya letak, Iman akan telan semua. Alhamdulillah…

Selamat mencuba~!!!