Family Gathering up to 5th Generation

Semalam sempena masing-masing cuti, kami satu keluarga sangat besar ada mengadakan gathering. Sehingga ke 5 generasi keturunan. Haha. Sumpah, memang ramai yang tak kami kenal. Mana taknya, lebih kurang 250 orang yang hadir. Hadir2 jek semua kena update Family Tree dulu:mrgreen:. Apa tu? Family Tree tu macam salasilah keluarga la. Supaya semua orang tahu apa hubungan antara kami semua. Ops, terambil gambar close up jek pulak. Actually pokok ni ade 4 dahan paling besar. Ini dahan kedua. Cuba carik di mana saya, Ayah Iman, Iman dan Hannan?

>

Family Tree

Our Family Tree di bawah Haji Ardali (Atukku) dan Siti Kibtiah (Nenekku)

>

Banyak sangat aktiviti yang disediakan untuk golongan veteran, golongan muda (ai termasuk dalam golongan ni la kan:lol:), dan juga kanak-kanak. Antara aktiviti yang disediakan ialah ‘egrang’, congkak, konda-kondi, buih sabun, pasir. Beberapa aktiviti juga dirancang seperti pertandingan fotografi (untuk gambar yang diambil sepanjang majlis), mengenal pokok & belajar menganyam ketupat. Opkos lah sambil makan-makan dan melantak! Hahahahah :mrgreen:.

>

Fuyyo… siap ade playhouse lagi. Memang Iman tersangatlah happy sampai tak mahu balik. Tengok siap ade bubble ballon yang sangat besar!

<

>

Siap ada kolam daun-daunan. Haha. Boleh feeling-feeling ala-ala winter sonata gitu!:P

“Jangan la asyik main pasir jek”, pujuk si ibu

“Ala, selalu mak tak bai saya main pasir. Inilah waktunya saya main pasir puas-puas”, berkata si anak

Haha.

>

Tak lupa juga gambar makanan-makanan yang diambil ketika majlis makan-makan. Ade dtiwol (tah betul tah aku eja), ade gethok, ketang “toot” dan banyak makanan jawa yang pelik-pelik namanya. Haha:mrgreen:.

>

Oh gambar beramai-ramai belum ada untuk diupload di sini. Nanti saya update. Overall majlis ni memang ok, cume maybe sebab pertama kali, maka ada kejanggalan dirasai. Maklumlah 5 keturunan kot. Macam mana la nak ingat. InsyaAllah ia menjadi muqaddimah untuk perjumpaan kali seterusnya.