Salam,
Hari ini 30/11/2010. Ini bermakna EBM dari 1/8/2010 sehingga 31/8/2010 sudah tamat tempoh. Mulai 1/12/2010, Iman harus minum stok bulan 1/9/2010. Maklumlah, belum ade deep freezer lagi. Plan untuk deep freezer hanya lah selepas kami berpindah rumah sendiri yang mana mungkin mengambil masa 3, 4 bulan lagi. Oh dear. Bersabarlah wahai hati. Mari kita kira expired EBM ni.
Total = 54 pcs x 4 oz each = 216 oz Oh dear, buntang biji mata saya membuangnya.
Bukan saya tak mahu jadi ibu susuan. Masalah akan timbul jika ada perpisahan kelak apabila budak-budak ini sudah dewasa. Saya dinasihatkan oleh ahli keluarga untuk memberi EBM kepada anak-anak buah supaya mudah memantaunya nanti. Tetapi, Iman adalah cucu tunggal buat masa ini, sebelah keluarga saya, dan juga sebelah keluarga suami. Jadi, terpaksalah EBM diberi kepada tumbuhan-tumbuhan.

Cik Iman berlagak dengan EBM nya. Sibuk nak mengemas sama. Habis basah baju. Takpelah, dah dia nak bereksplorasi.
Susu yang dicairkan semalaman, dituang ke dalam baldi. Ini tugasan Ayah Iman. Heheh..
Memenuhi separuh baldi. Huhuhu…
Pokok, silalah subur, dan mendoakan saya ye?
Bunga, janganlah kau mati, apabila disiram lemak-lemak dari badanku ini.. Wooo
Plastik-plastik yang langsung tak mesra alam. Sigh.
Happy Breastfeeding ya Ibu-ibu. Cekalkan dan tabahkan hati anda sekiranya situasi ini datang kepada anda. Jangan menangis tau. (Uhuk)