Erythritol – Nampak Macam Gula, Rasa Macam Gula, Tapi Bukan Gula

Erythritol – Pengganti Gula Yang Hebat

Hebatnya sains sebab menjumpai  benda ini😍😍. Hahaha. Sebabnya bukan senang sebenarnya nak kawal nafsu-nafsi makanan bergula ni. Almaklumlah kita dah dimomokkan dengan benda manis sejak zaman dahulu kala. Otak ni rasa macam tak boleh terima makanan tanpa gula.

Bagi yang dah berjaya kawal sugar intake dalam pemakanan harian, tahniah! Syabas bette!!! Seriously ia adalah usaha yang sangat susah. Sebab apa je makanan ni Malaysia ni yang enak tanpa gula?

sugar-is-bad-written-on-blackboard

Erythritol – Sama Macam Gula, Tapi Tanpa Kalori

Apa sebenarnya Eryhtritol ni? Macam mana pulak boleh wujud benda ni. Sebenarnya ia merupakan pemanis semulajadi yang sebenarnya memang ada pon dalam bentuk makanan dan buah-buahan. Ia semulajadi sebenarnya.

Dah la semulajadi, ia juga tak ada side effect. Paling penting, ia memang bagi rasa manis sebijik macam gula biasa kita makan tu, tanpa ada rasa after taste (well stevia memang zero kalori jugak, tapi ada rasa tak best lepas minum tu.. yuks😵).

Erythritol ni dalam kategori sugar alcohol. Iaitu sebatian organic yang terdiri dari kumpulan polyols. Ia dapat nama sugar alcohol ni sebab struktur molekul die adalah hibrid antara molekul gula dan molekul alkohol (tapi tidak lah ia memabukkan sebab bukan ade ethanol pon dalam tu). Dengan kata lain dari segi biokimianya, struktur die sama jek dengan gula, tapi susah badan kita nak digest dan metabolisekan.

Disebabkan oleh sifat dia yang susah badan nak metabolismekan, tak mempengaruhi insulin, rendah kalori dan tak bahaya untuk gigi, maka ia menjadi pengganti gula yang kita selalu makan tu (ye, yang berbahaya tu).

Antara Sugar Alcohol yang ada keupayaan untuk stimulate rasa manis pada lidah kita adalah:

  • Xylitol
  • Sorbitol
  • Maltitol
  • Erythritol

Dari segi kalori pulak, xylitol berilakn 2.4 calories per gram, dan Erythritol pula beri kan 0.24 calories per gram. Hebat kan? Ini bermaksud Erythritol ada 70% kemanisan yang gula ada, tapi dengan hanya calories sebanyak 6% jeeee😄.

So apa jadi pada Eryhtritol ni bila kita makan? Ia masuk dan keluar dari badan, tanpa ada perubahan apa pon.

lakanto

Erythritol Tak Menyebabkan Peningkatan Gula Dalam Darah, dan Tak Rangsang Insulin

Manusia tak ada enzim yang boleh breakdown kan eryhtritol.  Ia masuk dalam darah, dan keluar balik melalui air kencing, dalam bentuk yang sama jek. Gula dalam darah tak meningkat, hormon insulin pon tak ada dirangsang. Menarik kan?😃

Lebih menarik lagi, ia tak ada effect langsung pada kolestrol, triglycerides dan biomarkers yang lain (1). Jadinya, untuk mereka yang ada masalah berar badan berlebihan, masalah kencing manis  dan diabetes, dan apa-apa yang berkaitan dengan masalah metabolik, boleh lah try gantikan terus gula dengan Eryhtritol ni.

Dan tentulah buang terus gula dari diet tu lebih baik, tapi at least ada lah juga alternatif untuk craving for sweets. Hehe😁.

IMG_5745

Erythritol Tak Menyebabkan Pembentukan Bakteria Dalam Mulut

Salah satu side effect pengambilan gula adalah masalah gigi, cavity dan gigi reput. Sebabnya, bakteria dalam mulut kita ni dapat tenaga melalui gula yang kita makan. Bila mana kita tak gosok gigi dan suka makan manis-manis, maka bakteria dalam mulut dapat tenaga dan membesar membiak dengan jayanya, lalu menyebabkan kerosakan gigi.

Sebab tulah banyak produk ubat gigi dan chewing gum ada diletak xylitol sebagai pemanis dan penyedap. Sebab ia beri rasa manis, tanpa beri makan pada bakteria untuk membiak. Bagus kan?

Ada banyak kajian lagi mengenai Eryhtritol dalam kesihatan gigi, namun akan datang mesti akan ada lebih banyak kajian lagi (234). Pernah je ada kajian dibuat pada 485 sekolah melibatkan kajian selama 3 tahun, yang mana Erythritol sangat melindungi gigi berbanding xylitol dan sorbitol (5).

Menarik kan?😄

Jadi, Apa Yang Jadi Pada Eryhtritol bila Kita Telan Dia Sebagai Pengganti Gula?

Ada satu side effect sugar alcohol yang tak berapa elok, iaitu ia boleh sebabkan masalah penghadaman, sama macam ambil alkohol jenis lain. Disebabkan badan tak dapat nak metabolisme kan alkohol ni, maka ia boleh sebabkan sakit perut.

Tapi, lain benarnya dengan Erythritol. Ia tak sama dengan sugar alcohol lain. Kebanyakan Erythritol akan diserap badan dan masuk ke dalam darah. Kemudian ia keluar balik melalui air kencing berubah pun. 90% Erythritol diserap macam ni. Jadi, sangat kurang menumbang kepada sakit perut berbanding sudar alcohol lain (6, 7, 89).

Lain la pulak ceritanya kalau makan Erythritol sampai 50 gram banyaknya, mungkin lah ada beri kesan kepada sakit perut dan kembung perut, serta loya (10). Apa pon meskipun ia benda yang bagus, kita tetap kenalah bersederhana.

Kesimpulan, Selamat Ke Ambil Erythritol?

Setakat ni, kajian memang katakan ia selamat digunakan. Ada je kajian yang mana pengguna ambil Erythritol dalam tempoh yang lama, ia masih juga selamat (1112). Apa pon, kuncinya adalah bersederhana.

Adalah lebih baik biasakan lidah dengan benda yang tak manis. Maklumlah Eryhtritol pon bukan lah murah setakat ni. Hahaha. Penggunaan Eryhtritol boleh sangat menggantikan gula biasa yang tinggi kalori tu, sambil-sambil nak jinakkan taste buds kita ni, kurang-kurangkan lah juga segala manis-manis dalam makanan dan minuman.

Kat Mana Nak Beli Erythritol ni?

Ok, saya sebagai penulis artikel ni pon dah beli dah Eryhtritol ni. Tujuan asalnya ialah saya cari resepi kek yang sugar-FREE. Kemudian terjumpa resepi-resepi yang sangat menarik menggunakan Xylitol dan Eryhtritol.

Di luar negara, memang dah sangat famous penggunaan Eryhtritol ni. Dan ada doktor yang menyatakan bahawa proses penapaian Erythritol ni tak halal. Maka pencarian Erythritol yang HALAL JAKIM menemukan saya dengan produk ini di LAZADA!

Yeay!!😃

Review saya? Menarik dan sedap!! 😊Untuk minum saya dah try, tapi untuk buat kek belum lagi ada kesempatan masa. InsyaAllah jika ada kelapangan masa, akan saya kongsikan resepi menggunakan Erythritol.

IMG_5746

IMG_5751

 

Ia ada dijual sama ada dalam bentuk serbuk banyak-banyak gram, atau pon dalam sachet macam ni. Sachet lebih mudah bawak merata. Maklumlah kita kan selalu keluar-keluar, maka boleh lah bawak pengganti gula ni.

 

 

IMG_5753Ini gambar saya sendiri. Memang macam gula betul kan? Rasanya tak semanis gula pasir, tapi memang ok sangat-sangat memenuhi taste buds saya ni. Dapat recap-recap manis pon ok sangat dah.

 

IMG_5747

 

Saya dah cek alamat company ni FIMA INSTANCO di laman web Halal JAKIM. Memang legit halal. Alhamdulillah.

So, boleh klik ke LAZADA di link bawah ni kalau nak beli. Selamat Mencuba!!😁

https://www.lazada.com.my/lakanto/?searchredirect=lakanto

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge