EBM Iman di Taska

Ok, mula2, kita update dahulu aktiviti Iman di taska pada hari ke 6. Hurm..pukul 6 budak2 kecik ni pun dibebaskan keluar untuk bermain di taman permainan pula. Saya lihat di kejauhan, macam kambing keluar kandang. Hehhehee…Iman pon salah seorang yang terkedek-kedek keluar terus menuju ke arah gelongsor. Bukan naik tangga di belakang gelongsor, tapi lalu depan. Huuuu…tersengih-sengih sorang-sorang. Suka melihatnya. Time ni biasanya parents ambil anak-anak mereka. Sebab tu senang di biarkan di luar. Boleh nampak mereka bermain.

>

>

Oklah, harus tutup video sebab terasa saya pulak macam bahan tontonan. Huahaaahauah. Budak-budak ni bukan boleh nampak parents datang. Tak kira parents siapa pun, ditanya nya kita “Papa mana?” atau “Mama mana?”. Comel! Jenuh nal menjawab celoteh mereka.

Bila saya keluar kereta, Iman masih tak nampak saya. Asyik sangat dengan gelongsornya. Tapi bila nampak saya, aduh…nangis terus! Hihi. Bangga kejap. Terasa amat diperlukan oleh anak ini. Hihi!

Ok, cukup intro.

Kita berbalik pula dengan tajuk entrinya. Hihi. Tentang EBM Iman di taska. Hari pertama dan kedua, saya bekalkan 6 botol x 4 oz susu segar meskipun untuk separuh hari training Iman di taska. Alhamdulillah, berbaki 3 botol. Maknanya sepanjang separuh hari sampai pukul 3 petang, Iman minum sebanyak 3 x 4 oz. Jadi saya estimate mungkin 5 @ 6 botol sahaja diperlukan sekiranya Iman di taska sehingga petang. Pada hari pertama untuk Iman full day, saya sediakan 7 botol x 4 oz. Untuk kecemasan. Manalah tau Iman punya mood swing, mahu susu sahaja. Petang itu, terkejut saya dibuatnya bila pengasuh habiskan semuanya!. 28 oz tau!. Buntang mata saya dibuatnya. Sedangkan hasil tuaian sehari dalam 24 – 26 oz sahaja. Woh…matilah kalo gini. Takpe, takpe. Terima dengan positive dahulu.  Rileks, jangan mudah menggelabah dan blame pada pengasuh. Hari kedua, saya kurangkan susu kepada hanya 6 botol. Ternanti-nanti juga kot-kot pengasuh telefon kata tak cukup susu pula. Hihi. Alhamdulillah, tiada pula panggilan yang dinanti. Cumanya botol terakhir pengasuh panaskan juga untuk beri pada saya sebelum saya ambil Iman. Iman? Tentulah nampak saya sahaja terus dicampaknya botol itu. Hoho… maknanya, sebenarnya 5 botol dah memadai. Biasalah, baru-baru nak sesuaikan diri dengan pengasuh baru.

Makanya, setiap hari saya berikan 6 botol juga, dan pesan pada pengasuh, sekiranya jam sudah 6 petang dan masih ada lebihan susu, tak perlu panaskan kerana Iman boleh terus menyusu dengan saya. Dan baki susu boleh saya simpan. Mereka pun paham. Alhamdulillah. Dengan itu, hari ke3, habis 6 botol, hari keempat, 6 botol, dan hari kelima, 3 botol?? Erk…haha. So, mungkin Iman dah serasi di taska. Dan mula makan dengan selera. Syukur.

>

>

Bekalan Iman ke Taska

>

>

Sedikit perkongsian di sini.

  • Saya pernah juga kais pagi makan pagi memerah susu, di mana stok bukanlah berkoyan2.
  • Pernah membeli FM sebagai back up, Iman juga bukanlah 100% susu ibu. Iman ada 1.6% FM dalam tubuhnya di saat Iman setahun 2 bulan. Hihi.
  • Alhamdulillah, saya cuba pump 8 kali sehari, untuk tingkatkan susu buat anak saya.
  • Ibu-ibu yang masih belum berjaya, jangan risau. Rezeki anak-anak itu ada. Mungkin bukan anak sekarang, tapi anak-anak seterusnya. Amin.
  • Elakkan mudah salahkan pengasuh jika mereka kendalikan EBM kita dengan tidak betul. Berikan tunjuk ajar perlahan-lahan. Perlahan-lahan maksudnya ialah – di hari pertama,  jangan pula bla bla bla pesan itu ini begitu begini. Risau dilabel cerewet dan menyusahkan. Kira cukup bersyukur jika anak kita dijaga dengan baik. Jangan terlalu cerewet, risau anak kita dibuat acuh tak acuh sahaja pula nanti. Beri 1st impression yang baik kepada pengasuh. Bila mereka suka kita, tentu mereka suka anak kita. Kan? =p

Sudi2lah kiranya berkongsi pengalaman kalian =)

>

Salam sayang,

Mama Iman

>

>