Ibu Cergas kini jadi Ibu Pemalas. Kata seorang kawan saya. Mana taknya, blog bersawang dan berhabuk-habuk. Tak lalu nak update blog. Merangkak-rangkak menaip entry. Lebih banyak yang jadi draft dari yang terus dipublish. Otak pon tepu semacam jek.
Kali ni ada kisah menarik nak kongsi. Iman infected dengan bacteria dekat kulit dia. Mula-mula saya ingatkan masalah eczema dia tu. So, saya tak ambil pusing sangat (bukan maksud tak sayang aaaa). Hehe. As long tak tumbuh rashes, saya pon ok la. Tapi kali ni berbeza. Iman garu sampai berdarah, dan bila berkudis, kudisnya bulat2 pula. Mula-mula di kaki, kemudian naik ke tangan dan akhir sekali ke muka. Suspect macam ada yang tak kena. Krim (non-steroid based) yang biasa saya beri pada iman biasanya berkesan, tiba-tiba jadi macam tak berkesan pula. Bila maknya ni nampak Iman menggaru, tegurlah si budak kecik tu. Boleh pulak die jawab:
“Tak nak garu, nanti darah”. Heh.. tau pulak. Tapi tangan keep on scrathing. Kelakar pulak bila budak 3 tahun cakap tak pelat.
Melihat muka mula tumbuh sebiji kudis, saya pon bawak ke DEMC. Betul tekaan saya, ia bukan eczema. Ia adalah bacterial infection. No wonder la tak baik-baik. No wonder la merebak-rebak. So doktor pon bagilah oral antibiotik dan juga anti bacterial cream untuk bunuh kuman-kuman tu. Maklumlah dah 2 minggu infection tu. Alhamdulillah semakin berkurang. InsyaAllah parut-parut tu akan hilang dek masa berlalu nanti
Bekas kudis di tangan iman dek bacterial infection. Sian hantaran kurang
Berlapang Dada
Bila ada parents cakap;
“Eh dah basuh tangan belum nak pegang baby saya tu?”. Apa response kita?
Saya teringat kisah di mana kali pertama saya tahu yang Iman ada allergy pada gandum dan telur. Satu badan tumbuh rashes. Umur masa tu 1 tahun 6 bulan baru saya kenalkan telur. Dan Iman ketika itu amat excited kalau jumpa baby kecil yang lain. Mesti nak datang dan tengok-tengok baby .
Ia berlaku di DEMC juga semasa kami nak jumpa dengan Paediatric. Sepasang parents dengan new born babynya sedang duduk dan menggomol-gomol bayi kesayangan mereka. So sweet. Tiba-tiba saya tak perasan Iman mendekati mereka dan tengok-tengok bayi itu (biasalah budak kecil). Terpana agaknya tengok rashes di muka dan leher Iman, parents tu terus bangun dan bawak baby mereka pergi.
Saya terus dapatkan Iman dan cakap maaf pada parents tu. Dalam hati ada sikit offended. Tapi betul juga tindakan parents tu. Mereka tak tahu apa yang berlaku pada Iman. Mereka juga tak tahu hives and rashes due to allergy tak spread pada orang lain. Ia adalah tindakan reaction histamin dalam tubuh seseorang itu sendiri
Pernah satu kes lagi, Iman selsema sebab allergy dia pada habuk juga. So, memang susah la nak baik terutama masa raya banyak sangat melawat rumah orang, ada rumah yang ada karpet dan permaidani tebal. Takkan lah kot tak nak masuk sebab alasan anak saya allergy habuk dak? So, saya berlapang dada sahaja dan keep on fikir positive Iman will be ok. Selagi selsema beliau tu cair dan tidak berwarna, saya tau bahawa tiada bakteria masuk lagi.
Same kes, Iman datang kepada sepupu kecik nya. 3 bulan tak silap umurnya ketika itu. Melihatkan Iman yang basah hidung, ibu bayi ibu cakap “eh.. Iman selsema, jangan dekat baby”.
Hehe.
Ibu-ibu, ibu.. kalau ibu, apa yang ibu rasa?
Saya senyum dan cakap, “Oh, itu bukan virus, itu Iman allergy”. Tapi tentulah saya paham. Berlapang dada. Baby 3 bulan kot. Mestilah risau terjangkit itu dan ini. Malah memang ada kes bayi masuk ICU sebab berjangkit dengan bayi lain semasa di hospital. So, as parents, memang patut risau. Sebab tulah kita tak digalakkan bawak baby bawah 6 bulan merayap2 kat luar. Mungkin anak kita tak tahan. So, kalau ada yang kecik hati kenapa tak bawa baby jumpa kat luar, educate them la. Simple. Toksahlah nak kecik hati itu dan ini. Sebab kalau apa-apa jadi pada bayi tu, parents tu yang susah dan menanggung kesedihan.
Iman masuk taska pada umur 1 tahun 3 bulan. Sebelum masuk taska, Iman belum pernah demam. Masuk taska sahaja, mulalah siri jangkitan Iman. Bermula dengan selsema berpanjangan, masuk pulak wad sebab jangkitan ulser (sehingga lebih 10 biji dalam mulut), siri ezcema yang tidak berkesudahan, dan demam selalu. Risau dengan keadaan itu, tetapi juga dimaklumkan doktor bahawa antibodi bayi yang selama ini duduk di rumah, tiba-tiba masuk pula ke taska, memang agak lemah berbanding baby yang sejurus pantang telah didedahkan dengan taska. Ia adalah normal.
Tapi bukanlah bermaksud kita kena dedahkan anak kita dengan semua-semua tu dengan harapan antibodi badan diorg jadi kuat. Bukan macam tu. Takkan lah pulak bila kita dengar rumah kat hujung nuu ada orang tengah demam, kita panggil anak-anak kita pakat2 lawat supaya jangkit supaya bina antibodi. Adeh.. bukanlah gitu.
Untuk saya dan suami, kami cuba berfikiran positif dan bersangka baik, bukan sahaja pada orang lain, tapi pada Allah SWT juga. Segala sakit-sakit tu juga datang dari Allah. Siapa kita nak salahkan sesiapa. Doa dan tawakkal sahajalah. Ada hikmah semua tu. Apa yang Iman lalui selama ni pon, kami kira sangatlah kecil berbanding dengan apa yang bayi-bayi lain bertarung nyawa untuk cuba hidup.
Jadi, berlapang dada lah
Kita ada Allah SWT yang menjaga anak kita dan doalah selalu.
Peringatan buat saya juga. InsyaAllah.