Hari ini, datanglah sudah pihak Pusat Darah Negara (PDN) ke syarikat saya bekerja. Dek berkobar-kobar, tepat 930 am, saya tercegat depan pintu masuk booth derma darah tu, siap dengan buku rekod kecil berwarna merah itu (walaupon baru sedikit diisi..kekeke). Fuyyo..orang kedua nih. Mula-mula, kena isi borang pendaftaran. Fuh…semua pass. Best. Tiba time kena interview sebelum cek komposisi darah tu, pegawai di kaunter tanya:
Puan Pegawai PDN: “Puan ada anak umur bawah setahun ni?” beliau merujuk kepada borang pendaftaran.
Saya : “Iya saya” (Adakah saya nampak muda dan kurus untuk mempunyai seorang anak? mengarut) =D
Puan Pegawai PDN: “Menyusukan?”
Saya : “Iya saya, masih menyusu sepenuhnya susu ibu”, vangga ai! (erk…Alhamdulillah syukur, jangan takbur, masih lagi menyusukan dengan izin Allah)
Puan Pegawai PDN: “Oh, puan tak boleh derma darah”
Saya : “Haaa..” (dengan nada what yang lemah lembut okeh). (Ternganga selama beberapa saat)
Saya : “Ala..takkan tak boleh. Anak dah 8 bulan dah”.
Puan Pegawai PDN: “Doktor kata tak boleh, strictly no”.
Saya : “Oh…Oklah, terima kasih”, berlalu dengan hampa.
Serius, saya tak tahu yang menyusukan tidak boleh menderma darah. Saya tak puas hati lalu bertanya kepada encik Google. (Tu la, tak nak mengaji habis-habis).
Menderma darah bermaksud kita memindahkan darah yang mana merupakan cecair dalam badan keluar dari tubuh. Perlu diingatkan bahawa jumlah atau komposisi cecair di dalam tubuh badan seorang ibu yang masih menyusukan tersangatlah bersangkut paut dengan jumlah susu ibu tersebut. Oh, susu itu darah tau, cuma dalam bentuk yang berlainan sahaja.
Pendermaan darah akan melibatkan perpindahan kuantiti darah sebanyak 450ml atau 16 oz darah (fuyyo.. 4 botol susu iman – sebab iman minum 4 oz untuk satu sesi) dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Banyak kuantiti tu. Perlu diingat, susu ibu adalah lebih kurang 87% air. Boleh baca di sini. Jadi, sudah tentulah secara teorinya susu ibu yang sepatutnya terhasil akan terjejas. Walaubagaimanapun, tindakan mengambil air masak sebelum dan selepas menderma darah dikatakan dapatlah juga mengurangkan risiko ibu menyusu tadi dari terhidrat teruk (kekurangan air dalam badan).
Secara amnya, seorang ibu yang sihat, dan mempunyai susu yang banyak, tiada masalah baginya untuk menderma darah, tetapi perlulah juga mendapatkan nasihat dari doktor anda. (Jangan main memandai pula). Pentingkan hak anak anda dahulu tahu! Memang, ramai ibu-ibu ingin menderma darah. Saya ingin menderma darah supaya saya ada rekod dengan pihak Pusat Darah Negara. Yelah, manalah tahu ada hari saya memerlukannya kemudian. Bersalin hilang banyak darah ke, kemalangan apa-apa ke. Nauzubillah, harap tidaklah. Sekurangnya-kurang keutamaan akan diberikan kepada sesiapa yang pernah menderma darah. Jadi, mendermalah selagi anda layak okeh? =)
Saya mengajak juga Ayah Iman menderma, sebagai pengganti si isteri tidak dapat menderma. Sokongan padu juga buat encik Ayah Iman yang beriya-iya mahu ke ofis Mama Iman konon mahu derma darah juga, tapi dah lepas waktu menderma. Heheheh…tak pe, asalkan niat tu ada, ok gak la kan? =D
Bilalah saya dapat derma darah. Lepas 2 tahun menyusukan Iman, nanti mengandungkan adik Iman pula (ngeee =D), kemudian menyusukan lagi 2 tahun, kemudian, adik kepada adik Iman pula, kemudian…kemudian…kemudian…kemudian…sampai saya pencen buat anak lah gamaknya.
Sumber rujukan;
http://blisstree.com/live/can-a-breastfeeding-mother-donate-blood/
http://www.llli.org/FAQ/blood.html