Dapur IbuCergas : Eggless & Wheatless Cekodok Bilis

Masih ingat lagi yang saya promote product makanan khas ni? Baru try cuba buat untuk Cik Iman. Cekodok bilis. Mudah, cepat dan sedap tau~!!! Tapi memang pelik la egg replacer tu. 1 sudu kecil dibancuh dengan 2 sudu besar akan menjadi sebiji telur. Pelik tapi benar. So, sebungkus itu mengandungi 66 biji telur.

Resepinya….emm..x de. Hehehe. basically main campak2 sahaja. Saya kisar ikan bilis sehingga halus, garam sedikit, 2 biji “telur” dari egg replacer tu, daun sup dan juga self raising flour khas di atas. Sukatan? Erk..main tibai ikut kepekatan disukai. Tekstur adunan sangatlah melekit sebab segala bahan2 di atas menggunakan tepung ubi dan tepung kentang untuk menggantikan tepung gandum. Punyalah susah nak kaut guna tangan untuk jemput2 ke dalam kuali.

Walla…teksturnya lembut di dalam rangup di luar. Cik Iman kata “Sedapnya…..biskut!!!!”. Hish. Semua bende jadi biskut la jawabnya. Semuafinger food Iman panggil biskut. Tak kira lah ialah kerepek pisang ke, pop corn ke. Asalkan finger food, semua dinamakan biskut. Jajan untuk Iman adalah jenis2 kerepek dan pop corn. no biscuit & bread in her diet. Nak bakar roti Iman sendiri, tunggu Ayah Iman belikan bread maker la. Hehe.

Sarapan pagi. Iman alhamdulillah sihat sekali~!! Tapi semalam Iman curi 1 biji red velvet cupcake untuk customer. Saya nak ambil dari dia, punya mengamuk sakan. Tak sampai hati, saya biarkan Iman makan. Hah sudah….malam tergaru2 satu badan tak boleh tidur. Haiyooo…. sedangkan resepi red velvet cake hanya menggunakan 2 biji telur sahaja. Itupun effect die da teruk sangat. Apa lagi, sumbat lah ubat allergik lagi malam tu. Hurmmm…

Apa pun, seronok tengok Iman makan jompot. Memang feveret dia dulu.

>

>

4 comments

  1. hmm..xterpikir lak allergic iman sampai macam tu..sampai bila doc cakap mungkin allergic, rasanya bila dh besar dh xallergic kan?sian iman..sebab adib pun selepas setahun 3 bulan baru siri ekzema dia bermula..tapi tak seteruk iman la, means dia mmg bantai lagi semua makanan..huhu..get well soon iman!

    1. Dr kata mungkin childhood eczema jek… paling awal, umo 5, 6 tahun ok dah…paling lewat, belasan tahun =D depends juga pada immune system. maknye ni kadang2 kene gelgata, kadang ok je. tak pantang pon. x paham juga. ada org start kene eczema bila dah tua2…pelik betul…

  2. Maaf ye, saya tak pernah lagi dengar kes allergy yang macam Iman. Tapi sangat kagum dengan Mama Iman sbb dapat masak semua makanan untuk Iman. Semoga Iman sentiasa sihat ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge