Cirit Birit – Salah Satu Tanda Allergic Pada Antibiotik

Raya haji ni sebenarnya diuji Hannan demam teruk. Jarang dah sangat dia demam. Setahun dah tak demam. Suhu sampai 40.9. Pagi Hanan demam tu dia bangun pagi dengan muntah penuh satu badan. Sedangkan malam tadinya terloncat-loncat katil happy tak mahu tidur.

IMG_6875
Ngeri bila hari ke 2 pun masih 40 degree. Dah la Hannan ada episod sawan bila suhu tinggi masa baby dulu.

3 hari jadinya Hannan demam. Sehari sebelum raya, raya pertama dan raya kedua. Dalam 3 hari ni langsung tak dengar suara Hannan. Minum air muntah, minum susu muntah, dan makan pun muntah. Doktor berikan ubat tahan muntah. Doktor kata sebab suhunya yang terlalu tinggi menyebabkan apa-apa makanan dan minuman pun takkan boleh masuk. Jadi suhu memang kena kontrol, barulah makanan dan minuman boleh masuk.

Alhamdulillah bila suhu dah turun, dan dibantu dengan ubat tahan muntah, Hannan boleh makan sikit dan minum sikit. Tapi masih terlantar. Pedih bukan kepalang tengok anak yang selama ni bising-bising, terbaring tidur jek 12 jam.

Lepas ubat yang doktor bagi, muntah tak ada tapi cirit berkali-kali, dengan banyaknya. Terlalu banyak kali. Asal ada air minum sikit, berak. Makan sikit, berak. Suhu tak turun-turun. Maka ke doktor la lagi sekali. Doktor tukarkan antibiotik. Mungkin Hannan jadi allergik pada Augmentin dan lepas ni memang dah tak boleh Augmentin dah. Masa ni rindu sangat suara hannan. 3 hari tu cukup lama. Terlantar sahaja. Mama dah takut. Lepas tukar ke Zinnat, alhamdulillah demam surut dan cirit pun tiada.

Berakhirlah 3 hari yang derita :lol:

Hambar sangat raya kali ni. Alhamdulillah, raya ke 3 semalam rumah dah bising balik dengan pekikan hannan. Terjerit-jerit sampai adik tidur terkejut-kejut

Itulah Hannan. Alhamdulillah. Sunyi rumah tanpa suaramu nak kadang Allah uji untuk kita ingat balik dan syukur balik nikmat anak yang Allah beri.

IMG_6878

Rupenya baru lah tau bila cirit-birit tu pun merupakan salah satu tanda yang kita allergik antibiotik. Cirit-birit ni boleh jadi kat sesiapa je dan rupenya memang 1 dari 5 orang memang ada cirit bila ambil antibiotik. Boleh jadi masa ambil, boleh jugak jadi lepas habis antibiotik. No wonder la jugak masa bebudak ni baby, melecet teruk bontot baby bila ada antibiotik. “Panas” katanya. Dan doktor akan bagi cream “zinc oxide” untuk tepek tebal-tebal pada bontot baby. Sian.

Antara tanda lain antibiotik tu tak sesuai adalah:

  • Ruam
  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Jangkitan kulat macam thrush
  • Sesak nafas
  • Wheezing
  • Muntah-muntah
  • Sakit kepala

Kalau ada simptom macam kat atas tu, jumpa balik doktor yang sama ya. Bukan carik doktor lain. Sebab memang mereka yang pegang rekod kesihatan kita. Kalau main lompat-lompat klinik, pastu dah la kita tak ingat nama ubat, memang lah sangat bahaya.

Penting sebenarnya celik pasal perihal ubat ni. Kena prihatin nama ubat apa dan dosage apa supaya jika ada masalah apa-apa, kita boleh recall dan doktor boleh ambil tindakan seterusnya yang betul.

Apa pun, alhamdulillah. Hannan dah sembuh selepas 3 hari yang panjang (over mak).

Hannan!!! Slowkan suara sikit la. Adik tidur tu.

Rujukan:

http://www.webmd.com/digestive-disorders/diarrhea-caused-by-antibiotics

https://www.drugs.com/article/antibiotic-sideeffects-allergies-reactions.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge