Salam,
Minggu lepas adalah minggu bertuah buat kami sekeluarga. Berkat kerajinan dan kesungguhan mama mengemas kawasan laman, membuahkan hasil lumayan apabila mama menjumpai banyaak cendawan kampung tumbuh penuh melata di kawasan rumah. Mama turun ke halaman rumah setiap 3 jam! Dan setiap kali itulah, mama bawakan seplastik cendawan segar yang masih kental, dan keras, masih belum membuka payung cendawan itu.
Fenomena ini hanya dapat dinikmati dalam 1 atau 2 kali sahaja dalam setahun, itu pun hanya selepas musim hujan datang menjengah. Memang bertuah sesiapa yang duduk di desa, seperti di Meru ni. Dengar cerita banyak juga kawasan di Meru yang ditumbuhi cendawan sebegini. Tak tahu pula di kawasan lain macam mana. Malah, ada yang mengambil kesempatan menjualnya. Sepinggan kurus leper bernilai RM 10 tau!!! Kalaulah mama jual, mahu mendapat lebih RM150 tau!
Malam sabtu itu, berkebetulan pulang ke Meru, maka mama sajikan kami dengan nasi goreng cendawan kampung. Sangat best dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.