Cara Sediakan Overnight Oat Yang Famous

Saya ingatkan sayalah yang paling lambat dalam fenomena Overnight Oat ni  :mrgreen:. Takpe, marilah kita sama-sama menikmati makanan yang kononnya sihat ini. Ishk, insyaAllah lah sihat. Cuma buah-buahan dan yogurt jek pon. Orang asal yang popularkan dia? Entah, dah jadi terlalu viral sampai tak tahu siapa yang asalnya buat. Tapi bila godek di google, mungkin lah (saya kata mungkin ya) si polan dari Blog The YummyLife.Com yang membuatnya (kot). Boleh la godek di blog beliau ya.

Siap sedia la siapa yang jengah blog tu. Memang sakan terliur :lol:. Macam-macam buah diletaknya kau.

5992

Ok, marilah buat Overnight Oat versi IbuCergas pulak. Heheheh.

Dalam resepi asal, dia tuang satu persatu dan pelan-pelan godak dalam bekas tu. Tapi sebab saya pernah buat begitu dan akhirnya Chia Seed tu jadi terkompol banyak-banyak dekat 1 tempat dan tak gaul sebati, saya rasa yuck… langsung tak sedap. Maka saya pon menderhakai resepi dengan pandai-pandai sendiri godak dari bekas besar barulah masukkan ke dalam bekas kecik-kecik. Hahahaha.

Bahan-Bahan Overnight Oat

 

 

Bahan-Bahan Overnight OatSusu, Buah-buahan, Black Sesame Seed (menderhaka dari resepi asal tak letak), Chia Seed, Oat (resepi asal pakai Rolled Oat) – Hantam sajala:twisted:.

>

Basically saya sebenarnya tak ade sukatan tertentu. Saya suka banyak buah. Asalkan tenggelam buah tu, saya ok sgt dah. Untuk saya, saya guna seperti berikut:

  • 2 cawan Yogurt
  • 2 cawan susu
  • 2 cawan Oat
  • 3 biji buah epal
  • 1 cawan Kismis
  • 1 biji Pelam
  • 1 biji kiwi (lebihan buat Pavlova:mrgreen:)
  • 1 gugus anggur (lebihan buat Pavlova:mrgreen: juge)
  • 3 sudu besar Chia Seed
  • 1 sudu kecik Black Sesame Seed
  • Habbatussauda jika mahu

Kemudian campurkan semuanya dan kacau lemah lembut.

Overnight Oat

Rupa paras Chia Seed

<

Overnight OatBoh gaul semua

>

Overnight Oat

kalau rasa tak cukup banyak Chia Seed tu, boleh lah tambah lagi. Saya suka! Sebab rasa kenyang lama (ye ke)

Overnight Oat

Haaa, nampak asal macam tenggelam tu, barulah saya masukkan dalam bekas. Kalau tak tenggelam tu, boleh lah tambah lagi susu. Nanti Chia seed akan kembang dan akan jadikan campuran ini pekat.

<

Overnight Oat

Siap! Sedia bergado dan berebut dengan suami tercinta :mrgreen:

Selamat mencuba juga ya.

Oh ya, saya juga ditanya kat mana dijual Chia Seed ni.

BMS Organic

www.organic2u.com.my

Screenshot 2014-11-26 00.32.27

>

>

Love Earth 

www.myloveearth.com

Screenshot 2014-11-26 00.36.59

<

<

Organic Oasis

www.organicoasis.com.my

Screenshot 2014-11-26 00.40.02

Selamat membeli belah dan mencuba Overnight Oat anda!!! (ɔ◔‿◔)ɔ ♥

>

>

>

Update Post:

Tiba-tiba sahaja ada pula kontroversi yang menyatakan bahawa menjadi larangan Nabi Muhammad SAW tentang mencampurkan sesetengah makanan bersama, sebagaimana susu dicampurkan dengan buah-buahan. Menjadikan mereka yang melalukannya seolah-olah mengagungkan sangat cara barat menyediakan makanan, dan menidakkan sunnah Nabi. Berikut saya peroleh info ini berkenaan hukum mencampurkan sesetengah makanan bersama. Semoga ia menjadikan kita lebih yakin untuk mengambil mana-mana makanan yang sihat, tanpa buruk sangka dan prejudis kepada orang lain. Wallahu a’lam.

<

Hukum Mencampurkan Buah Dengan Susu?

Berikut saya peroleh dari Blog Tuan MOHAMAD ABDUL KADIR BIN SAHAK (Sila Klik)
Soalan:

Assalamualaikum ustaz, sya amat meminati blog hukum-hakam. terima kasih kerana memberi informasi berguna disitu. Ustaz, disini saya mempunyai beberapa pertanyaan. Baru-baru ini telah tersebar risalah tentang gaya diet Rasulullah SAW dalam media massa terutama fb. Antara yang disebutkan adalah seperti berikut:

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: Koktel)

Saya sudah pun bertanya kpada beberapa ustaz, tetapi saya masih tidak berpuas hati dgn jawapan tersebut kerana tiada sebarng dalil drpada Al-quran dan Hadis yg disandarkannya. oleh, itu, sya berharap ustaz dpt merungkaikannya.

terima kasih.

Jawapan:

Terima kasih kerana menjadikan blog hukum hakam sebagai salah satu sumber rujukan hukum. Semoga ada kebaikan yang disumbangkan.

Hukum asal dalam persoalan makan dan minum adalah harus, melainkan setelah tertegaknya dalil yang menunjukkan sebaliknya.

Dalam persoalan yang diajukan, dalil yang menunjukkan larangan tidak ada. Cuma al-Imam Ibn al-Qayyim di dlm Zad al-Ma’ad ada menyebut tentang pemakanan Nabi SAW, dimana baginda tidak menggabungkan antara Laban dan Ikan, Laban dgn benda masam lain dan seumpamanya, namun beliau juga tidak menyertakan sebarang dalil.

Wallahu a’lam perkara seumpama ini dikembalikan kpd pakar pemakanan, jika terdapat kajian yg membuktikan ia boleh membawa mudharat maka ketika itu ia termasuk dlm perkara yang dilarang.

Jika menggabungkan makanan tersebut mndatangkan mudharat kpd sebahagian kecil orang, tidak pada sebahagian besar yang lain. Maka hukum umumnya ketika itu tetap harus, kerana sesuatu hukum dibina di atas Ghalib (kebiasaan berlaku) bukan Nadir (jarang2 brlaku).

wallahu a’lam.

MOHAMAD ABDUL KADIR BIN SAHAK bekas Pegawai Penyelidik di Institut al-Qayyim, dan sekarang bertugas di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Mendapat pendidikan awal agama di Maahad al-Tarbiah al-Islamiah Kampung Tengah Derang, Kedah Darul Aman yang lebih dikenali sebagai Pondok Derang atau Pondok Ustaz Nik Mat. Seterusnya menyambung pengajiannya di Kuliah al-Huda li al-Tafaqquh fi al-Din di Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Mengkuang Pulau Pinang. Pemegang Diploma Pengajian Syariah dari Kolej Dar al-Hikmah Kajang Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Fiqh Dan Usul Fiqh dari Universiti Madinah Antarabangsa (MEDIU).
Sempat bertalaqqi beberapa kitab bersama al-Syeikh Basir Ahmad al-Solad, Pengerusi Badan Ulama Somalia, antaranya kitab Fiqh al-Muqarin yang masyhur, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, Hasyiah al-Usul al-Thalathah, Mukhtasar Sahih al-Bukhari dan lain-lain.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge