Cara Saya Mudahkan Proses Memasak

Cerita hujung minggu. Biasanya hujung minggu saya manfaatkan waktu sebaiknya untuk membuat kerja-kerja rumah. Maklumlah, saya bekerja. Jadi, hujung minggu itulah harus sediakan semua bahan memasak, vacuum lantai, mop lantai. Hari-hari biasa hanya mampu buat rutin ringan seperti basuh baju, sidai baju dan apa sahaja associated dengan baju. Hihihi. Memasak memang rutin, jadi, semua rencah harus ada terlebih dahulu supaya saya dapat jimatkan waktu memasak kepada hanya 15 ke 20 minit maximum (termasuk mengemas selepas masak). Sementara Ayah Iman dan Iman masih berdengkur, saya memulakan aktiviti saya.

>

>

Kupas bawang – dilakukan bila ada masa terluang. Kadang malam, kadang siang, tak kira berapa biji, asal ada. Hujung minggu kumpul semua =D

>

Saya kisar menggunakan air yang telah dimasak. Supaya bahan kisar ini lebih tahan lama hendaknya.

>

Seperti menjimatkan ruang freezer utk EBM, plastic sealer juga sangat berguna untuk perkara seperti ini.

>

Seperti saya melabel EBM untuk dimasukkan ke dalam freezer, saya juga melabel bahan kisar dengan tarikh sekali. Saya percaya bila EBM pun boleh tahan 6 bulan lamanya dalam freezer, apatah pula setakat bahan kisar bawang kan?

>

Siap. Bawang kisar. Yang sebelah kiri tu ialah halia yang dikisar bersama serai. Hihi. Saya pemalas kan? Malas nak kupas halia setiap kali nak masak. Maka saya buatlah pes halia dan serai ni =p.

>

Disebabkan Ayah Iman dan Iman masih berdengkur, saya teruskan pula dengan cili kering.

>

Mula-mula potong ciling kering tu. Tak perlu korek-korek bijinya. Buang masa. Ini kerana proses penguraian biji boleh terjadi sendiri dengan hanya merebus cili kering tersebut. Kenapa perlu rebus? Sebab bagi saya, cili kering yang tak direbus akan berasa pahit. Tak tahu lah ini apply pada orang lain ke tak. Tapi mazhab yang mak saya ajar adalah begitu. Hueheueue.

>

Cili setelah direbus, perlulah ditapis dan dibasuh.

>

Lihat, secara automatik, semua biji-biji cili dah pun keluar dari perut cili kering tadi. Tak perlu korek2 satu-satu. Jimat masa.

>

Cili yang siap dikisar. Walla. Tiada bahan pengawet, Buat sendiri lebih yakin. Hihi.

>

Stok bahan kisar untuk sebulan. Hehe…so, saya hanya akan defrost yang beku ni, bila stok di bahagian fridge di bawah sudah pun kehabisan. Jimat masa saya =)

>

>

Selamat mencuba =)

>

>