Salam,
Dah lama tak sembang pasal resipi. Ini resepi kesukaan Ayah Iman. Dulu selalu sangat dah buat, sampai akhirnya beliau sudah jemu. Skerang setelah sekian lama tak goreng, Ayah Iman kesukaan balik. Minggu ni jek dah 3 kali goreng. Mama Iman pon terpaksalah masukkan dalam menu lunch box since tak cukup masa dah nak masak yang lain. Ayah Iman cakap nak buat stok tempe banyak-banyak sebagai makanan ringan sambil buat kerja dan tengok TV. Haih.. ada-ada je. Kenapa IbuCergas.com ada tulis pasal resepi? Haruslah kan? Kata nak jadi Ibu yang Cergas, kenalah ada ruangan memasak kan? Haha..
Mula-mula, sediakan itu tempe. Saya prefer yang bungkus dalam plastik berbanding yang berbalut daun pisang. Sebabnya, ianya padat dan mudah untuk dipotong halus-halus. Kalau yang bungkus surat khabar @ daun pisang, isi tempe tidak padat, dan mudah hancur. Malah, kalau yang plastik, boleh la tengok, tempe tu baru ke tak. Sebab kalau tempe dah lama, sure takkan boleh jadi rangup punyelah.
Pilih tempe yang bagus ya. Hehe.
Potong halus-halus seperti di di atas. Potong laju-laju dan halus-halus tahu. Kalau tak, nanti digoreng, ia tak rangup.
Sediakan bawang putih, garam secukup rasa, serbuk kunyit, dan air secukupnya untuk dikisar bersama.
Masukkan bahan kisar tersebut ke dalam tempe tadi, dan gaul rata. Sila gaul dengan lemah lembut, supaya tempe tidak hancur ye puan-puan.
Goreng secukup rasa. Macam agak-agak dah rangup-rangup tu, angkat dan toskan. Siaplah tempe rangup anda.
Boleh digandingkan dengan apa jua makanan. Lunch box saya yang caca marba tiada tema. Yang penting kenyang dan jimat. Ngahaha.
>
>
Selamat mencuba ya ibu-ibu.
P/s: Entri dibuat sambil menunggu Ayah Iman yang belum pulang dari site. Abg, dah pukul 1:41am nih. Huhu..
>
>
Mama Iman
>
>