Cara Menjimatkan Ruang Freezer EBM jika guna Plastik Liner YHAB




Salam,

Saya ada masalah untuk meletakkan dan menyimpan (expressed breast milk) EBM saya ke dalam freezer dek kerana penggunaan ruang yang tidak optimum dan efisien. Saya menggunakan plastik liner jenama You Have a Baby (YHAB) Breastmilk Storage Bag sebab ianya paling murah berbanding plastik liner jenama lain. Huhuhu..

Cara-cara untuk menjimatkan ruang freezer:

1) Masukkan susu seperti biasa ke dalam plastik liner YHAB.

2) Keluarkan angin dan ruang-ruang udara, hanya tinggalkan sedikit ruang untuk proses pengembangan susu semasa proses pembekuan.

3) Gunakan plastic sealer seperti gambar di bawah. Hee…kebetulan plastic sealer ni memang dah ada di rumah, jadi saya manfaatkan sajalah.

Plastic Sealer

4) Seal sebanyak 2 kali pada tempat berbeza, supaya ada double protection. Manalah tau, sealing kali pertama ada yang bosor, jadi, sealing yang kedua dapat menghalang kebocoran. Saya kadang-kadang seal 3 kali, di tempat berbeza. Hehhe..jenis kurang yakin punya orang. Ngaa…

5) Masukkan ke dalam freezer dalam posisi baring seperti gambar di atas.

6) Setelah beku, bolehlah tegakkan.

Jadilah ia seperti dalam gambar-pinjam-dari-orang seperti di bawah ini. Hehhee…gambar sendiri malas nak ambil boleh tak =p Boleh diambil dengan mudah, macam rak buku kan. Dan mudah untuk defrostkan kerana luas permukaan yang besar. Jimat masa thawing susu.

Sumber gambar: Google

Selamat menjimatkan ruang freezer anda! =)