Cara Menjimatkan Ruang Freezer EBM Jika Guna Plastik Liner YHAB Part 2

Salam,

Mak aih…panjangnya lah tajuk. Heheh…ini sambungan untuk bahagian pertama di sini. Saya dapati memang menjimatkan ruang freezer. Tetapi, kepingan-kepingan susu ini mudah bergelongsor antara satu sama lain. Licin lah katakan. Tapi nak buat macam mana, nak jimatkan ruang, timbul pula masalah lain. Kekekek..Tetapi, ada penyelesaiannya. Teruskan membaca.

Ini adalah kepingan susu EBM, iaitu frozen expressed breastmilk ye puan-puan. Tak percaya dah beku? Lihat gambar bawah pulak.

Saya tindihkan antara satu sama lain. Huh, memang susah nak susun di dalam freezer sebab mereka suka bergelongsor. Sudahlah freezer saya kecil. Lainlah kalau pakai vertical @ standing deep freezer macam yang jenama ELBA (idaman hatiku itu). Huhuhu. Bolehlah nak susun macam mana pun kan. Ni pakai freezer kecil ni, kena lah bijak menyusunnya. Huhuhu. Apa yang saya buat adalah, saya bungkuskan menggunakan plastic food wrap seperti gambar di bawah. Sila pastikan tarikh susu tersebut tarikh yang berdekatan. Supaya mudah untuk mengambilnya nanti. Jangan pula EBM bulan Jan 2011 dibungkus bersama EBM bulan November 2010 ye.

Mula-mula bungkus secara horizontal, kemudian, bungkuskan pula secara vertical ye puan-puan.

Tada, jadilah ia bongkah EBM. Rupa seakan jongkong emas tak? Hehe. Bukanlah ianya tak ternilai?, memang “jongkong emas” buat saya. Hihihi. Maklumlah tidak dapat dibeli di mana-mana. Komposisi yang unik, pelbagai perisa. Hanya boleh dinilai dengan usaha dan kekuatan si ibu. Huu..nak menangis kalau kene buang semua ni. Orang luar tak paham. Ibu-ibu yang penat memerah sahaja yang paham.  Woo….

Kemudian saya susun elok-elok dalam freezer. Jimat ruang!! Seluruh pelusuk freezer dapat dimuatkan.

>

>

Selamat Mencuba ya ibu-ibu =)

Salam sayang,

Mama Iman

>

>

14 comments

    1. a’ah..pakai plastic sealer…sealer elektrik…ada jual kat kedai2 jual barang plastik rasanya..tgh survey gak kat mane mak carik dulu…dapat free, say guna je la :p

  1. camne u defrostkan susu tu ye? kalau EBM dalam botol @ liner yang duduk tegak, boleh letak je dalam bekas berisi air panas kan….

    tak sabar nak buat camni jugak… 🙂

    1. hai raihan..same nama dengan kakak saya..hihihi…
      actually susu hendaklah defrostkan dahulu bawah air mengalir, kemudian dipindahkan ke botol, barulah dimasukkan ke dlam warmer…tak boleh masukkan plastik liner tu direct ke dalam warmer…kak fara sarakids yang cakap ni.. =) leh rujuk blog die.. sbbnya mungkin bahaya bahan liner la kot… so elakkan buat ye…cairkan dulu, masukkan dalam botol baru panaskan.=)

    1. liner tu plastic storage untuk breastmilk. memang mcm2 jenama ada. =)jimat ruang compare guna botol. pakai buang. mcm YHAB tu, sehelai dalam 20 sen.

    1. Kat mane2 kedai baby ade…little whiz..enjoybreastfeed.com.. tapi MLo rasanya dah banned..sbb penggunaan plastik ni mengurangkan nutrisi susu. Wallahualam..saya akan gunakan sampai habis..heheh..baru pindah ke bottlr balik =p

  2. 1 PLASTIK TU AWAK SIMPAN BAPE OZ? SBLM LKATKAN PLASTIK TU KNA KLUARKAN ANGINNYA KER? KNAPA? SAYA DA BLI PLASTIK TU N BCADANG NAK GUNA…

    1. sy simpan standard 4 oz…sbb iman dgn adam minum 4 oz sekali sesi. senang nak cairkan nanti.angin kene keluarkan supaya bila keras, x de gelembung2 udara. gelembung2 udara boleh sebabkan koyak kalo bergesel antara satu sama lain =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge