Cabaran Saya Dalam Penyusuan Susu Ibu

Salam,

Kebelakangan ini saya banyak ditanya bagaimana saya dapat menghasilkan susu sehingga lebih kurang 20 oz sehari. Sebab rata-rata ibu-ibu muda ni dapati, eh eh, aku rasa anak aku macam kenyang je bila direct breastfeed. Tapi kenapa bila aku pump, sikit je susu yang keluar. Korang rasa saya dulu pump-pump terus dapat 20 oz ke? Salah ye puan-puan. Cuba tengok gambar di bawah.

Inilah sahaja stok EBM yang Mama Iman ada bila dah masuk bekerja. Iaitu selepas 2 bulan bercuti bersalin. Sikit wei! Tak sampai 30 oz rasanya. Huhu:(.

Dan korang, lihat gambar bawah pula.

Ini adalah susu tepung pertama kami belikan untuk Iman. Akhirnya syukur sangat-sangat. Ianya expired begitu sahaja.

Saya cukup faham kenapa ada ibu-ibu di luar sana tak dapat untuk menyusukan anak secara ekslusif (susu ibu sahaja, tiada susu formula mahupun air masak). Saya juga hampir-hampir memberi susu di atas kepada Iman. Antara masalah dan cabaran penyusuan susu ibu dalam kes saya ialah:

  1. Puting melecet (Cracked Nipple). Ya Allah, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya cukup-cukup tak sangka suction baby sangatlah kuat. Apa yang terjadi adalah, kulit nipple saya tertanggal. Lapisan luar sekali menjadi gelembung-gelembung seperti mahu meletup, dan apabila ia kering, ia tertanggal. Memang saya menangis sungguh-sungguh siap suruh Ayah Iman beli susu formula. Tapi tah tak tahu macam mane, suruh Ayah Iman belikan juga nipple shield. Kot-kot lah dapat membantu bila puting pecah ni. Alhamdulillah, saya dapat sesuaikan diri dengan bende ni, dan Iman minum melaluinya. Memang awal-awal Iman tak nak. Tapi saya tabahkan hati juga, dan memang tak beri Iman botol. Jadi, Iman tahu, kalau nak, hisap, kalau tak, sorry. No milk. Ini rupa nipple shield tu. Dapat melindungi nipple yang sedang pecah.
  2. Flat Nipple. Ye, saya antara golongan yang punyai flat nipple. Masalahnya, hanya breast sebelah kanan sahaja yang flat. Breast sebelah kiri tiada masalah. Jadi, Iman hanya mahu hisap kiri sahaja. Yang kanan, sungguh-sungguh mengamuk tak mahu. So, apa yang saya buat adalah, saya pump sebelah kanan, dan direct feeding sebelah kiri. Tapi sungguh Allah itu Maha Kuasa. Walaupun saya pump sebelah kanan, breast macam tak kosong-kosong. Saya dapat pump 1 oz je setiap sesi. Sedangkan breast masih membengkak dan berat. Bila lama-lama saya mengepam, akhirnya susu saya tiba-tiba berwarna merah. Ya, itu adalah darah. Saya teruskan mengepam sehingga warna susu kembali putih. Tindakan saya mengepam membentuk nipple saya, no more flat. Jadi, bila pertama kali saya suakan pada Iman, ketika itu Iman sudah pun 1 bulan umurnya. Sakit bukan kepalang. Sebab terasa macam seluruh urat breast sakit. Saya syak banyak liang yang tersumbat agaknya. Esok pagi, bila saya mengepam, saya perolehi 4 oz!! Sah! Selama ni memang breast tak pernah kosong. Tapi kekuatan suction dari baby dapat pulihkan liang-liang susu yang tersumbat. Syukur Alhamdulillah. Sejak itu, kedua-dua breast saya menjadi effective. Sebab itu saya nasihatkan kawan-kawan saya supaya memakai Nipple Former seawal kandungan 5 bulan lagi. Yelah, mana tahu sama kes dengan saya. Sebab awal-awal tak pandai latch on betul-betul. So, bila dapat tahu sebenarnya kita punya flat nipple, barulah menggelabah. Kemudian mahu kata “Baby saya tak mahu breast”?. Anda silap. Tiada bayi yang tidak mahukan breast. Ini adalah Nipple Former jenama Medela ye.
  3. Baby macam tak kenyang. Ye, Iman memang asyik gayut saja. Sampai saya tertanya-tanya. Tak kenyang-kenyang ke anak aku ni. Saya cabut nipple, cube tekan breast, emm..susu ada. Kenapa Iman tak kenyang-kenyang. Serius, saya sangat-sangat  (baca dengan penuh tekanan) stress. Bila timbang umur Iman sebulan, beratnya tak memberangsangkan. Sah, Iman tak pandai latch on (erk..saya tak pandai latch onkan baby). Woo.. sebab mungkin Iman asyik dapat foremilk (susu cair di awal feeding). Sila baca kisah Foremilk dan kisah Hindmilk di sini. Lagi pula saya disogokkan bahawa breast kanan itu nasi, breast kiri itu air. Uh, serius, saya memang tension. Sebab dahlah masa tu breast kanan flat nipple. So, saya tetap biarkan Iman bergayut 24 jam. Dan ianya sangat-sangat meletihkan! Saya memang hampir putus asa!:( Tetapi setelah kedua-dua breast saya menjadi effective, badan Iman bagai dipam-pam. Hehe.

Oleh kerana sebab-sebab di atasnya, saya hanya mampu menyediakan stok yang sedikit sepanjang cuti bersalin. Ini kisah benar. Sebab, bila breast tak betul-betul kosong, susu baru tidak dapat dihasilkan. Tatkala Iman dapat menyusu kedua-dua breast, Iman sudah berusia sebulan. Pengosongan susu yang tidak effective menjadikan supply susu saya merudum. Nantikan kisah bagaimana saya menangani masalah ini di lain entry ok. Kongsikan cerita cabaran penyusuan susu ibu anda. Kita sama-sama kekurangan ilmu. Mudah-mudahan pengalaman dengan anak pertama memberi erti dan persediaan untuk anak yang kedua pula nanti. Buat ibu-ibu yang belum berjaya menyusukan sepenuhnya, saya paham. Tanamkan azam untuk anak seterusnya. Berfikir positif dan tabahkan hati. InsyaAllah anda boleh. Ia tidak mustahil.

<

<

Salam sayang

Mama Iman

>

>