Business School for Our Child

[Test drive WP mobile]

Kisah inspirasi kanak-kanak kecil dengan kelas business mereka. Hehehehe.

Seperti biasa di surau untuk solat. Tapi kali ini lain sebab ada sesuatu memikat pandangan saya. Tabung ini. Diisi dengan 3 keping biskut dan dijual dengan RM1 sebungkus. Apa yang saya tertarik adalah tulisan “BELILAH BISKUT KAMI”.

20131221-054514.jpg

Siapakah “KAMI”?

“KAMI” adalah anak-anak kepada staff di opis kami. Kakak di Finance Department. Di mana beliau mengajar anak-anak kecil beliau yang masih di sekolah rendah untuk belajar menjana pendapatan masing2 semasa cuti sekolah ini. Comel kan? Hehehee.

Berikut adalah nota kata-kata anak-anak syurga ini.

20131221-054558.jpg

Oh sooo sweeeet!!! Rasa macam nak beli hari-hari. Meskipun dah overloaded sugar dah ni. Muahahahaha.

20131221-054648.jpg

Entry ni bukanlah untuk saya mengajar parents lain cara untuk ajar anak bisnes. Entry ni ialah persoalan saya sendiri, macam mana ya saya nak mulakan anak saya untuk cari duit sendiri dan menghargai duit. Mohon sangat pandangan parents lain.

Mampukah kita bilamana kita kaya nanti, tunjukkan bagaimana untuk menghargai duit kepada anak-anak kita. Mampukah kita ajar anak kita berjimat walhal anak kita nampak kite boros dan boleh beli macam-macam? Mampukah kita ajar konsep sederhana pada anak-anak kita walhal anak-anak nampak kereta kita boleh tahan besar, rumah boleh tahan serba serbi lengkap (maksud saya selesa), bukan semesti banglo ya.

Macam mana nak start ya?

Nauzubillah, saya pon tak nak anak saya berfikiran;
“Alah, makpak aku kaya. Aku boleh mintak apa je”

Rasa macam nak start Business School dengan Husnul Iman. Hehehehe.

Iman, jom buat kek, dan jual. Hahahaha!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge