Blogger Contest and Giveaway by IbuCergas.com?

Beberapa hari ni saya banyak menggodek blog IbuCergas.com ni. Ubah atau betulkan balik mana-mana setting yang korup serta meng ‘enhance’ kan setting-setting yang berkaitan SEO. hmm.. ayat apa aku tulis ni..  😯  Dulu macam meriah je tapi sekarang agak suram. Gara-gara Mama Iman yang dah taksub dengan bisnesnya (sila lihat sidebar di kanan anda.. ngeh ngeh ngeh..) Jadi saya terfikir untuk buat sesuatu untuk memeriahkan kembali blog ni. Tengah fikir hadiah apa nak bagi tapi kena kira-kira bajet dulu la kan  😆

Senarai hadiah yang sedang difikirkan

  • smartphone
  • tablet
  • laptop
  • produk kesihatan kecantikan (tau dah.. tau dah..  :mrgreen: )
  • barang letrik
  • percutian
  • perabot
  • dinner
  • sila cadangkan

Baru peringkat brainstorm ni. Kalau di ikutkan lingkungan umur kebanyakan blogger aktif tau dah apa benda yang diorang ni nak kan. Harap apa yang dirancangkan dapat di jalankan amin..

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge