Salam,
Lama sudah tidak menulis di ruangan ini. Berbulan lamanya sejak morning sickness melanda. Oh, alhamdulillah kandungan saya pon sudah mencecah 6 bulan. Alhamdulillah Bertambah sudah usia. Bertambah juga anak. Di kala umur 28 tahun, banyak sudah yang saya belajar.
Belajar menjadi matang
Belajar berdikari
Belajar mengawal emosi
Belajar menerima
Belajar segalanya
Syukur alhamdulillah
Kesunyian saya di dalam blog ini, tidak bermakna saya juga menghentikan mencari ilmu-ilmu lain yang saya yakin bermanfaat buat saya. Bila zaman FB lebih pantas dan laju menyampaikan maklumat dan menerima respons, blog tidak kelihatan responsive. Tetapi buat jangka masa panjang, setiap apa yang kita blogkan bakal menjadi memori yang berpanjangan. FB yang instant dan lebih responsive, mungkin hanya akan hilang tinggal kenangan begitu sahaja tanpa dapat dijejak oleh anak cucu cicit kita nanti
Jika dahulu kita melihat banyak perselisihan pendapat dari segi mendidik anak, memberikan yang terbaik buat anak, kini ia semakin hebat diperkatakan. Diperkatakan bermaksud, berlainanan pendapat – yang mana kedua-dua pihak boleh jadi betul, boleh juga menjadi salah.
Bermula dengan isu:
Breastmilk vs formula milk
Homemade food vs readymade food/industrial food
Hospital birth vs homebirth/ gentle birth
dan terkini:
Vaccine vs Unvaccine
Saya melihat ia sebagai perbincangan yang hebat! Berilmiah! dan sangat responsive! Hehe. Jika dilihat dari segi positivenya, semakin kita prihatin untuk memberikan apa yang terbaik untuk anak. Semakin kita berusaha sedaya upaya untuk berusaha sehabis baik demi anak-anak kita. Saya personally rasa saya semakin hari semakin boleh untuk AGREE TO DISAGREE.
AGREE to DISAGREE
Iaitu kita boleh menerima pendapat orang lain walaupun mungkin kita tak bersetuju dengan mereka. For me, just embrace our differences!
In research world, bila kita buat sesuatu kajian, kajian kita boleh jadi betul, ataupun salah. Jika dirasakan betul, para researcher perlu menerangkan hujah mereka, dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu kajian demi kajian tetap diteruskan sebanyak mungkin, sebaik mungkin untuk kita lihat hasilnya di kemudian hari sehinggalah terbukti benar sesuatu perkara itu. Kajian akan dibentangkan di conference2, dan diterbitkan di journal2. Ya, dan ia melihatkan begitu banyak duit. Tersangat banyak. Tetapi, setiap resercher juga bukanlah syok sendiri bila buat sesuatu kajian itu. Ia mesti mempunyai hujah yang saintifik yang komplikated yang kadang kala orang biasa seperti saya ni memanglah sungguh tak paham. But still, the have their dignity untuk cuba sehabis baik dalam setiap kajian mereka. Again, tidak siapa boleh menyatakan kajian itu salah atau betul sehinggalah ia disepakati oleh semua seluruh dunia. InsyaAllah.
Sama seperti breastmilk vs formula milk. 100% seluruh dunia kini tidak menafikan langsung kebaikan susu ibu sebagai makanan paling optimum untuk bayi di awal kelahiran bayi. Begitu juga homemade food vs instant/industrial food. InsyaAllah isu-isu yang bakal menyusul juga bakal disepakati seluruh dunia hendaknya
Saya?
Hehe.. saya memilih untuk simpan sahaja pilihan saya. Saya menyokong mana-mana yang baik, dan juga cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mana-mana yang tidak baik. Namun saya juga manusia lemah, jadi saya cuba berusaha dan selebihnya berserah kepada Allah SWT untuk aturkan apa yang terbaik untuk saya. Terbaik untuk saya juga tidak bermaksud terbaik untuk orang lain. Sebab tu saya tidak mahu terlalu ekstrem memikirkannya, kerana hanya aturan Allah SWT adalah yang TERBAIK!
Sama ada kite ni dari golongan ini,
Pro-breastmilk mahupun tidak
Pro-homemade mahupun tidak
Pro-gentle birth mahupun tidak
Pro-vaccine mahupun tidak
Hanya Allah SWT yang tahu apa yang terbaik buat kita. Dan sudah pastinya setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Takdenyalah ibubapa yang nak bunuh anak sendiri. Hehe.
Maka, saya memilih untuk berlapang dada, AGREE to DISAGREE dan hidup mesti diteruskan! Hoyyeah! Sebuah quote ya terkesan di hati saya (diambil dari facebook – dari page Innocence Of Muslims 7th April 23:17);
Doing good and having the right belief go hand in hand in Islam. In fact, doing good in practice is the proof of having the right belief in the heart. If your behavior and your belief contradict with each other you will have no positive impact on society. Both the Quran and the Holy Prophet PBUH Muhammad SWT have told muslims that the best among them is the person who shows the best behaviour towards other people
Oh ya, sama seperti keadaan hangat pilihan raya kini. Masing-masing ada hujah masing-masing. Masing- masing kata AKU BETUL – KO SALAH. Hehehehe. Itu adalah manusia. Kerana pengetahuan yang terbatas segala. Tapi itu politik. Hehe. Agak berlainan.
As for me, bila ia berkenaan ilmu parenting ni, lagi banyak ilmu yang perlu digali. Sejauh mana nak gali? Biarlah masa menentukan. Selagi itu, teruslah gali dan gali lagi ilmu. Berpendapatlah secara bijak, bukan menggunakan emosi, tetapi menggunakan akal. Buang sedikit rasa sifat keAKUan itu, itu yang terbaik. Saya tentulah akan buat pilihan. Saya sendiri tak tahu pilihan saya sebetul-betulnya adalah betul dan TERBAIK, atau tidak. Maka, saya serahkan pada Allah SWT untuk tunjukkan yang mana satu yang terbaik.
Manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang
Salam Sayang,
Mama Iman