Bila Customer Tak Puas Hati…Inilah Jadinya
Apa yang jadi? Terjadi la entry di blog ini. Ngahahahaa =D.
Nak pindah rumah ni memang rumit. Banyak perkara kena fikir. Saya dengan Ayah Iman dalam usaha survey barang-barang keperluan elektrik dan perabot (Fuh..macam banyak duit gayanya – hueheuehu). Kami start from zero. Semua kene beli. Televisyen, peti ais, mesin basuh, water heater, oven, deep freezer, vacuum cleaner, penyaman udara, dan macam-macam lagi yang dah masuk dalam budget ikat-perut ni. Dari S**Heng, ke HL*, ke Car**four, ke O*king, semua kami terjah masuk bertanyakan macam-macam.
- Berapa lama warranty
- Berapa bayaran kalau nak extend warranty
- Installation
- Delivery
- Semua-semua specification setiap items (capacity, power, etc. etc.)
Siap buat jadual dalam Microsoft Excel lagi tau untuk compare harga. Ye, saya tau harga akan berubah. Ada kedai yang berubah weekly basis, ada yang monthly basis, dan ada yang daily basis. Depends pada promotion. Saya tak kisah semua tu. Yang penting saya mahukan guideline mengenai barang-barang dan sekurang-kurangnya bila ada kenaikan harga, saya masih boleh letak some sort of buffer layer lah dalam budget tadi.
Saya sudah menyenaraikan kesemua model barangan yang saya mahukan. Jadi, saya cuma masuk ke kedai, dan tanyakan kepada sales executive mereka tentang semua pertanyaan di atas. Tak perlu belek-belek barang lagi sebab tak semestinya harga yang dipamerkan itu adalah harga sebenar. Semua bermuka manis menjawab kesemua soalan saya. Saya siap cakap kalau ok, saya mahu terus borong dari kedai tersebut.
Sehinggalah saya sampai ke S**Heng Seksyen 23 Shah Alam. Saya merasakan customer service mereka langsung tidak menarik dan membuat saya jengkel. Bila saya ke kaunter untuk bertanya kepada Raju (bukan nama sebenar), saya dijawab acuh tak acuh sahaja. Ok, saya boleh terima sebab ada customer lain di situ. Saya pun mencari sales executive yang lain. Bertanya sebiji-sebiji barang yang saya mahu di situ. Masuk barang ketiga, cakap saya dipotong. Si Ah Chong (bukan nama sebenar – berbadan gembap berisi, memakai cermin mata) memotong cakap saya dengan very la tak mesra customer:
Ah Chong: Jap, jap. Puan, saya mahu cakap, barang sini harganya tak tentu. Kejap naik kejap turun, tak sama punya. Dulu ada satu orang mari sini pun buat macam you buat. Kemudian marah-marah kami bila harga sudah naik. Harga tak tentu punya. Tiap minggu juga harga lain-lain.
Saya: Ya ya, saya tahu. Tapi you pun belum tahu bila I mahu beli ini barang kan? What if saya mahu beli ini semua barang minggu ini juga, ini jam juga. So, apa salahnya you entertain I bila I tanya. (masih bermuka senyum).
Ah Chong: Ya ya, I mahu kasi tau you ini macam tarak guna you buat tulis-tulis ni. Sebab harga takkan sama punya.
Saya (dah mula naik bengang) : Takpalah, you cuma bagi tahu sajalah. I tetap customer you jugak kan? Mana tau ini jam juga saya mahu beli.
Ah Chong (mula Nampak malas nak layan): Kejap aaa….
Dia pergi melayan customer lain di kaunter lain pula. Ok, fine…
Saya pun pergi survey tanpa assistance dengan Ayah Iman. Hati sudah panas. Sampai berjumpa seorang lagi sales executive mereka, Ahmad (juga bukan nama sebenar). Saya suruh Ahmad menolong saya menjawab semua soalan yang saya mahukan. Hurm..tak cukup knowledge la pulak. Saya pula yang lebih tahu nama model dan no siri barangan tersebut. Adeh… Ahmad tanya, adakah saya nak beli banyak. Saya jawab dengan muka dah bengkek tapi masih tersenyum.
“Ye, Akak mahu beli banyak. Akak mahu pindah rumah. Tapi sini macam tak mesra pelanggan je. So, kalau macam ni, akak beli tempat lain la. Depends pada macam mana U layan akak la. U layan baik, akak beli sini, tapi kalau U layan tak baik, baik akak beli kedai yang layan akak baik-baik”
There! Ambik ko.
Ahmad dan saya sama-sama ketawa. Mujur ada Ahmad ni. Mulalah Ahmad mahu ambil hati saya bertanyakan tentang barang-barang yang saya nak tu – walaupun tak cukup lengkap, saya hargai usahanya. Saya dah mahu blah sebab hati dah malas nak tanya barang-barang lain dah. Bila Ah Chong datang ke saya, saya malas dah pandang mukanya.
Selama ni orang dok cakap yang S**Heng mahal. Saya tak kisah sbb saya suka sangat ke S**Heng di Jalan Meru, Klang. Pekerja di sana sangatlah friendly. Sangatlah manis muka. Melayan dengan penuh mesra dan riang hati. Memang saya sukalah! Walaupun ramai dok kutuk S** Heng mahal, mereka tetap poojaan hatiku. Tapi, spoil betul la cawangan S**Heng di Seksyen 23 Shah Alam. Tak 1Malaysia betul.
>
>
>