Bercerita Tentang Sampah + Kitar Semula

Salah satu azam saya bila berumah sendiri ialah, saya mahu aktif dalam aktiviti kitar semula 😆 . Kalau tak banyak kita boleh buat, sikit pun jadilah. Selama ni kita hidup tak kira di taman perumahan ke, kampung ke, sudah pasti akan selalu ternampak lori sampah yang datang kutip sampah-sampak melambak yang kita buang. Pernah tak kita terfikir nak ucap terima kasih kat mereka yang dok bergelumang dengan sampah-sampah dan najis (dalam diaper anak kita) tu? Rasanya, memang takde. Bahkan kita kutuk-kutuk lagi dan marah-marah lagi tukang kutip sampah tu sebab bau busuk yang menerawang. Agaknya boleh tak kita berfikir sejenak, kalau lah mereka ni tiada, ada kita sanggup nak uruskan sampah-sampah tu? Tak, kita cuma tau bising cakap “Busuk…busuk…busuk!!” (siap dengan nada marah lagi).

Sabarlah, kalau busuk yang amat sangat pun, tahan je la..apa salahnya kita cuba jadi hamba yang bersyukur. Yelah, bersyukur sebab sekurang-kurangnya dengan adanya mereka, persekitaran kita bersihlah sikit. Di rumah, apa salahnya kita cuba minimumkan sampah. Paling senang, sisa sampah makanan haruslah dibuang terus ke atas tanah sebab ianya terdegradasi dan mudah mereput. Sesiapa yang duduk di kampung, mungkin ini tiada masalah sebab banyak tanah. Seharusnya sampah kering sahaja yang dibuang dan menggunakan khidmat lori pengangkut sampah. Bukan begitu?

Ok lah, susah kot. Sebab Malaysia masih belum banyak tempat yang implement sampah tong berbeza untuk sisa makanan dan sampah kering. Tapi sekurang-kurangnya bolehlah kita kitar semula kan? Paling senang, kertas, botol-botol kaca, botol-botol plastik, dan juga tin. Ok, disebabkan saya dah pun berazam untuk kitar semula, saya pun buatlah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Setidak-tidaknya usaha kecil ni mengurangkan rasa serba salah saya kepada bumi kita ni. Huhu.

Ini adalah bekas yang saya suka hati buat sebagai tempat saya kumpul bahan kita semula. Semua botol-botol kaca, tin-tin kosong, saya basuh bersih-bersih dan keringkan sebelum masukkan ke dalam bekas ni. Setelah penuh, saya asingkan dan hantar ke tempat kitar semula. Untung-untung timbang boleh dapat duit. Tapi Ayah Iman kata, tak payahlah ambil duit. Sekelumit je usaha, tapi mungkin dapat mengubah persepsi anak-anak kita tentang cara menguruskan sampah dengan lebih baik.

>

picture 1

Bekas suka hati saya jadikan recycle bin. Jadilah.

>

picture 2

>Barang yang boleh dikitar semula, saya asingkan ikut kategori. Saya tak suka selamber campak barang-barang ni bercampur sisa makanan, najis diaper, dan sampah yang lain.

>

picture 3

Saya bersihkan, basuh dan keringkan setiap barang kitar semula ni setiap kali lepas habis guna. Jadi,  tidaklah ianya membusuk sehingga tiba waktu untuk dihantar ke pusat kitar semula.

>

picture 4Tin-tin pun saya bersihkan. Kasihan kalau bau busuk sisa dalam tin ni. Ada orang mencari rezeki dengan mengumpul barang kitar semula ni. Apa salahnya kita yang hidup senang lenang dalam keadaan bersih ni, menyumbang sedikit?

>

>

Boleh tak sesiapa kongsikan bagaimana korang buang sisa makanan pepejal yang mesra alam? Semoga usaha kecil kita dapat mendidik anak-anak kita supaya lebih prihatin kepada alam sekitar, dan bukan asyik komplen sampah busuk..busuk..busuk..lori sampah busuk..busuk..dan busuk..

>

>

Leave a Reply