Bento Iman ke Taska

>

>

 

Breakfast – Wheat free egg free jompot manis, Lunch -nasi dengan kuah kacang dal dan krim, Dinner – wheat free spiral spaggety dengan kuah kacang dal dan krim

 

Salam,

Dah lama tak update blog. Ayah Iman mula membising di belakang. Hehehee. Kali ni nak cerita tentang bekalan @ bento yang Iman bawak ke taska. Maklumlah, sejak siri allergik die ni, saya lebih particular tentang apa yang dia makan. Saya juga obses nak tengok hasil buangan Iman, sebab dari situ kita leh tahu keadaan perutnya macam mana. Dahulu sebelum tahu Iman allergik, sarapan memag saya sediakan dan makan di rumah. Di taska Iman makan lunch bersama kawan2 makanan yang dimasak taska. Dan dinner di rumah saya masak lagi. Bukan saya tak nak bekalkan makanan dari awal. Tapi dulu Iman pun pernah ada period yang die tak nak makan tau. So, bila hantar taska die seronok tgk kawan makan, lantas makan lah banyak dia.

Bila dah allergik ni, saya bekalkan semua makanan Iman. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Alhamdulilah pengasuh saya sudi sangat bekerjasama dengan saya dan memahami. Iman juga tidak memilih. Apa yang saya bekalkan, itulah yang dia makan. Alhamdulillah, najisnya semua ok. Bila ada yang tak kena, senang saya nak monitor sebab saya tahu apa yang saya beri pada anak saya tu.

Saya pon bukanlah rajin sangat pun. Tapi kesian pulak kalau tiga2 menu seharian tu menu yang sama. So, saya plan bekalkan 3 menu yang berbeza, tapi agak sama. Hehehe. Contohnya macam menu di atas tu, nasi dan spaggetti tu guna kuah yang sama. Kira macam lain menu la kan? Hahahahaha. Pandai tak saya cengkelat. Hehehe. Jenuhlah kalau nak masak betul2 beza. Utk makanΒ  seorang je pulak tu. Baby pulak tu? Hehehe. Kira boleh label malas kepada mamanya namenye tu kan? =p

 

Ni pun sama. Sarapan adalah meehun (merangkap sarapan dan bekal Ayah Iman & Mama Iman), lunch sup sayur dan nasi, dinner sup sayur dan spaggetti. Dalam sup sayur ni saya blend sekali bayam. Sebab Iman masih memilih dalam pemakanan sayur. Heheh.

 

 

Sarapan – Nasi goreng daging (merangkap sarapan dan bekal Ayah Iman & Mama Iman), lunch sup kentang dan nasi, dinner sup kentang dan corn spagetti.

 

Sarapan – meehun. Lunch – nasi dengan sup daging dan brokoli kisar. Dinner – corn spaggetti dengan sup yang sama =D. Hahahahahha.

>

>

Begitulah episod seterus2nya. Heeee..

Sarapan – nasi goreng sayur. Lunch – nasi dengan sup cream ayam+brokoli+lobak. Dinner – vegetable spiral spaggett dengan kuah yang sama.

>

>

Muahauahuahau.

Cengkelat sungguh.

>

>

Terima kasih sangat utk Taska Seri Kiambang Putra Perdana sebab sudi melayan kerenah Cik Iman saya ni.Tatkala baby2 orang lain boleh berkongsi makan bersama, Iman makan sendirian. Tatkala baby2 orang lain potong birthday cake sempena harijadi, Iman keseorangan terlopong telan liur. InsyaAllah, bila immune system Iman dah kuat, kita melantak semua tu sama2 ye sayang.

>

 

9 thoughts on “Bento Iman ke Taska”

  1. hai mama iman …Nak tanya..dekat DEMC awak jumpa doktor mana? department apa? dan wheat free pasta dengan egg replacer tu awak beli kat mana? anak saya lg teruk eczemanya… πŸ™

  2. kak, share la resepi2 camne nk masak mknn utk toddlers plak..dulu masa baby byk resepi, skrg gmbr je, hehehe.. πŸ˜† nak masak lauk camtu, tp blur klu utk baby sama cam adults ke? garam gula pedas camne? πŸ˜€

    1. ituler mslhnyer… mknnya sama mcm org dewasa…cume x letak cili. skrg pulak dok cerita pemakananya bila allergik =D ada masa nnti sy try. tak janji. hihihi

  3. maaf bertanya. produk orgran ni halal? anak saya eczema. buntu nak bagi makan apa. bila ada produk macam ni will help a lot.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge