Alhamdulillah, dua minggu ni banyak pula order untuk Vitamin Ibu Bersalin keluaran Shaklee sampai ke tangan saya. Meskipun keadaan saya yang akan bersalin 7 bulan lagi, saya boleh la jugak nak share pengalaman bersalin dengan set Shaklee juga sebab masa Iman dulu memang saya tak makan apa-apa jamu pun. Puas di”bisingi” oleh orang-orang tua supaya makan itu ini, begitu begini untuk jaga badan.
Almaklumlah, generasi X la katakan. Bukan mudah nak ambil peduli semua. Saya jenis degil sikit. Saya tak ambil bulat-bulat kata orang. Saya kaji dulu, selidik dulu, dan kalau logik,dan ada kajian saintifik, InsyaAllah saya terima. Hohohoh. Sungguh lah saya derhaka. Tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan Iman pun masih menyusu (walaupun dan 2 tahun 9 bulan) dan nak dapat adik dah pun. Hurm….
Selama 2 -3 minggu ni hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya terlampau letih dan terlampau sakit. Terlantar tak bermaya. kalau dulu rumah kotor sikit pun mulalah saya nak jadi Hulk Hogan. Sekarang, saya tak nampak pun rumah bersepah. End up suami yang tak tahan tengok dan beliau tolong kemaskan. SEMUA! Haha. TQ encik suami. Lucky to have you!
Suami siap pesan, “Please maintain the condition of our house ok”, yang dahulunya adalah ayat saya hari-hari pada beliau. Kikikiki.
Morning sickness kali ni memang teruk. Dulu pun teruk sampai turun 3 kilo. Kali ni pon sama, turun 3 kilo dalam masa 3 minggu). Dengan tekak yang sentiasa pahit. Dengan rasa payau yang sikit makanan pun tak teringin nak makan. Sebutlah makanan sedap seantero Malaysia pun, memang satu pun tak mengecurkan tekak saya. Minum air masak pun loya nak muntah. Subhanallah, terhidrat, dan kelaparan tapi tak boleh makan, hanya Allah sahaja yang tahu.
Masa nak pregnant tu alangkah happynya, boleh terlupa akan melalui fasa morning sickness yang teruk ni. Semoga ia menjadi kifarah dosa-dosa. Amin.
Berbalik pada order Shaklee tadi, sebelum saya pregnant kali ni memang sungguh bertukus lumus buat entry dan update blog from scratch untuk Vitamin.IbuCergas.Com. Bayangkan bulan November sahaja entry saya ada 55 entry dan Oktober ada 32 entry.
Buat entry sendiri.
Hias blog sendiri.
Update semua produk Shaklee.
Study keyword yang diperlukan.
Buat sedikit sebanyak SEO yang baru belajar.
Alhamdulillah. SEO SERP saya mendapat 1st page Google di www.google.com.my.
Syukur.
Bagi saya itulah kejayaan kecil. Haha. Saya bukan expert. Saya sendiri baru belajar sebulan dua. Sebab tu rasa sungguh gembira dengan kejayaan kecil ini. Jika ianya dikira kejayaan lah kan. Haha. One tiny step to a bigger world. Hahaha.
So, meskipun saya tengah mabuk teruk, alhamdulillah, masih ada order lagi disebabkan oleh blog kecil comel saya itu. Itu pun saya dah cukup syukur.
Sengaja saya asingkan blog jual beli saya tu ke blog lain. Sebab kadang kala kita rasa cukup menyampah dengan promosi yang terlampau banyak dan iklan-iklan di FB yang melambak-lambak sampai keliru dengan update status dari kawan. Orang ni asyik update status barang yang dia jual jek. Hehe. Saya pon tak suka jadi macm tu. So, saya kenalah pastikan orang yang nak membeli produk saya adalah orang yang benar-benar cari di carian Google keyword tertentu untuk produk yang mereka nak cari.
Kini, keyword “Vitamin Ibu Bersalin” telah di conquer oleh saya. Miahaiaaaihai. So, pakat2 lah ibu bersalin yang nak vitamin cari saya, dengan izin Allah. Hehe.
Dengan teknik tertentu, jadikan blog kita di 1 st page Google!
Tak tertanya-tanya kah bagaimana saya menjual Medela Freestyle saya 400 biji dalam masa setahun? Heee. Juga dengan teknik yang sama. Kuasai keyword Google, jual produk anda dengan efisien!
Inilah sebabnya Ayah Iman selalu bebel kat saya, “Please update your blog!! Else, tak makanlah kita bulan ni!”
Haha.