Saya tak tahu ibu bapa lain di luar sana bagaimana mereka menjustifikasikan pencarian taska buat anak mereka. Disebabkan saya juga ibu baru, diharap siapa-siapa yang mempunyai pendapat/ pandangan/ penilaian/ cadangan bolehlah kiranya berkongsi pengalaman dengan saya. Dari pengalaman saya sendiri, ada beberapa perkara perlu diambil tau:
>
>
1) Adakah Taska tersebut berdaftar/ berlesen?
Ini adalah kriteria paling saya titik beratkan. Memang leceh. Saya tak salahkan pengusaha Taska 100%. Sebab proses untuk mendapatkan lesen dan renew lesen dengan JKM amat melecehkan. Ditokok tambah pula dengan tempoh proses yang kadang kala menjengkelkan. Tabahkan diri ye wahai pengusaha taska yang dikasihi. Kami ibu bapa sememangnya menaruh harapan yang tinggi pada kalian untuk menjaga permata hati kami. Ok, memang senarai taska JKM boleh dipercayai. Masalahnya ialah ianya laman web JKM sendiri lambat diupdate dan nampak sedikit sangat Taska yang berdaftar. Malah, kalau saya pergi ke laman web JKM Negeri Selangor, page untuk taska kosong belaka. So, apa tindakan saya ialah;
a) Tanyakan pada kawan-kawan/ saudara-mara/ sahabat yang menghantar anak ke Taska di mana anda merancang untuk hantar anak anda. Tanya mereka tentang pengalaman mereka, tentang lesen taska dan sebagainya.
b) Pergi ke JKM daerah/ negeri tempat anda berada. Kadangkala mereka sudah berdaftar di JKM daerah, tetapi belum dimaklumkan ke JKM pusat.
Semoga sedikit sebanyak usaha kita ni, Allah berikan petunjuk dan memberi sedikit gambaran taska mana yang sesuai buat anak kita.
>
>
2) Aktiviti Taska
Saya perhatikan bila saya jalan-jalan cari Taska, ada sebahagian Taska yang amat menitik beratkan aspek perkembangan menyeluruh kanak-kanak termasuklah perkembangan fizikal, bahasa, sosio emosi, dan kognitif. Siap ada Taska yang buat perjumpaan berkala dengan ibu bapa kanak-kanak setiap 3, 4 bulan untuk bincangkan perkembangan anak-anak mereka. Siap mempunyai buku rekod perkembangan individu untuk setiap kanak-kanak, dan siap dah buat planner aktiviti untuk sepanjang tahun. Impressive!! Saya yang tak pernah ada pengalaman hantar anak ke Taska punyalah terkejut. Yerla, Taska kan untuk toddler bawah 2 tahun. Tu yang tak sangka tu. Hihi.
>
>
3) Kursus Pengasuh
Rupanya setiap pengasuh seharusnya mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Saya pun tak tahu. Hehe. Bila saya melayari laman web Persatuan Taska Negeri Selangor, barulah saya tahu semua ni. Boleh rujuk sini:
http://www.taskaselangor.org.my/portal/
Dataran Usahawan Selangor,Tingkat LG, Bangunan Darul Ehsan,Seksyen 14,
40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5510 7655 Fax : 03-5513 8701
>
>
Ini tindakan terakhir saya dalam saya mencari taska. Sekurangnya-kurangnya walaupun Taska tersebut belum renew lesen /dalam proses renew lesen, mereka ada menghantar pengasuh mereka ke kursus KAAK ni. Kakitangan Persatuan Taska Negeri Selangor ni sangatlah baik dan friendly. Siap bila saya tanyakan satu-satu Taska yang ada hantar pengasuh mereka untuk kursus KAAK, mereka memberi dengan tidak lokek, even dalam telefon je pun. Bukan saya pergi ke pejabat mereka. Saya sangat-sangat seronok berbual dengan mereka. Terima kasih PTNS. Good job!. Kalau taska yang betul-betul ikut peraturan, mereka tak segan silu tunjukkan sijil pengasuh mereka, lesen taska pun mereka pamerkan. Kawan saya adalah seorang pengusaha taska di Bangi, siap framekan lagi lesen supaya ibu bapa dapat terang2 tengok.
Ni ada Taska yang tak beri ibu bapa masuk Taska? Biar betul…macam mana saya berkeyakinan nak hantar anak ke Taska sebegini. Betul tak?
Sekiranya ada pengusaha taska yang membaca entry saya, boleh lebih tunjuk ajar. Terima kasih sangat-sangat. Pengalaman ibu-ibu lain juga sangat membantu.
>
>
Salam Sayang,
>