Hari ini akaun WordPress saya kene suspend, disebabkan tak bayar hosting. Ngahaahah. Terlupa bayar sebabnya kad kredit hilang dan dah tukar baru. Dalam proses semua akaun-akaun nak kena transfer kepada kad kredit baru, boleh pulak terlupa pasal web hosting ni. Saya gunakan kad kredit bukannya untuk saja-saja berhutang, cuma memudahkan kerja pembayaran semua jenis bil yang kita ada termasuklah;
- internet
- insurans
- facilities macam water filter (installment)
- web hosting
- advertising
dan senarai2 lain.. dan, bayarkan sebelum tarikh statement, supaya kita tidak membayar interest (riba woi).
Barulah terfikir, apa akan jadi kalau ditakdirkan umur dah tak panjang. Apa akan berlaku pada harta digital kami ni. Blog juga boleh dikira sebagai harta disebabkan ia mampu menjana kewangan. Belum juga termasuk, apakah “saham” blog kita ni. Adakah lebih menyumbang kepada pahala kita, ataupun menyumbang kepada dosa sepanjang hayat (sekiranya blog dipenuhi dengan benda-benda yang membawa dosa). Hal ini menjadikan saya terdiam sekejap di pagi Jumaat ini. Nauzubillah..
Bukan setakat Blog, malah FB, Tumblr, Twitter dan sebagainya..
Gambar kenangan ahli keluarga, semua di dalam PC, tapi PC pon semua ada password. Oh, malah ade yang tak simpan dalam PC tau, terus simpan dropbox atau Google+. Parah kan?
Adalah baik sekiranya ada orang lain yang boleh menguruskan kesemua harta digital ini setelah kita tiada kelak. Lebih-lebih lagi jika akaun yang kita tinggalkan itu mempunyai link dan kaitan dengan harta digital orang lain, seperti web hosting contohnya. Oleh itu, adalah baik jika kita sememangnya menguruskan atau menjaga akaun orang lain, mempunyai backup atau orang tengah lain yang tahu serba serbi berkenaan servis yang kita berikan kepada orang lain, termasuklah semua yang berkaitan dengan urusan teknikal.
Cari seseorang yang sangat anda percaya dan cakap padanya;
“Sekiranya aku mati, ini adalah informasi sekian2 yang ku amanahkan pada mu untuk kamu jaga”.
>
Harta digital tidak boleh diwarisi.
Maka, baik-baiklah merancang mulai sekarang. Dan merancanglah benda yang baik-baik sahaja, meskipon di dalam alam digital.
Bahasa kita,
Pergaulan kita,
Tingkah laku kita,
Meskipon digital, ia tetap adalah diri KITA.
aah setuju jugak.
dari hari ini berhati-hati ketika menulis komen atau entri.
Jangan sampai ada terbaur fitnah atau menghasut. Parah nanti. Xpasal-pasal dah melabur saham ke neraka pulak. Nauzubillah.
Dalam kesibukan kita ber bisnes Shaklee kita kena beringat antara satu sama lain. Jangan sampai mudah sangat forward wasap sana sini sampai tersalah panjangkan info yang tidak benar.
zaleha recently posted…Bisnes Shaklee Suatu Jaringan Ukhuwah