Anniversary.. and good news!

Assalamulaikum,

Ha? Ape die good news tu? Belum2. Iman belum ada adik lagi. Belum2. Hihi. Saspen je. Alhamdulillah tanggal 30 April 2011, telah pun melayari bahtera perkahwinan bersama Ayah Iman selama 2 tahun (Baru 2 tahun rupanya). Hihi. Gurau je. Syukur dah pun 2 tahun. 2 tahun lepas, saya dan Ayah Iman selamat diijabkabulkan di IJN. Banyak cerita di sana. Menjadi pengantin ke 4 dinikahkan di sana. Masuk sejarah IJN jugak la ni. Huahauahauah. Tahun lepas, saya cuma mampu berada di rumah, berpantangkan Cik Iman tu. Ketika itu Cik Iman baru berusia genap sebulan.

>

Di IJN. Tak mekap2 pun. Asal nikah sudey~!! =p

>

>

Kali ni, saya kempunan mahukan strawberry segar dari ladang. Maka, saya dan keluarga jalan-jalan cari makan di Cameron Highland. Balik hari je. Malas nak menginap2 bagai. Melantak abis2 di atas, akhirnya semua isi perut terkeluar bila turun dr Cameron. Huh. Sebab tu Ayah Iman suruh saya tidur sepanjang perjalanan naik dan turun. Masa naik tu memang saya tidur. Tapi bila dah turun tu, tak boleh pulak tidur. Habis strawberri sempat melepak sekejap jek dalam perut. Hish.
>

Ibu, dan adik ipar, Hazeeq. Cik Iman tak mahu dipegang. Mahu jalan sendiri sahaja.

>

Antara makanan yang saya teringin.

>

Hihi..pandai pulak posing.

>

Kaktus tersusun rapi. 6 pasu, rm10.

>

Ladang yang cantik. Saya sangat suka permandangan di sini.

>

Iman dan strawberry. Marah kalau saya ambil. Akhirnyer dia ramas sampai pecah buah beri tu. Hish.

>

>

Good newsnya pula adalah..jeng2..

  1. Bonus dan increment~!!! yeay!. Syukur. Rezeki bertambah.
  2. Pindah rumah baru!! Yeay.. macam tau2 jek duit bonus nak dihabiskan nih. Huhu.
  3. Cik Kenari telah pun berpindah milik kepada tuan baru, kini di Kelantan. Rindu..
  4. Mendapat buah hati baru, ehem2.

>

<

Hihi….Hadiah anniversary, buah hati baru kami =p . Beli sendiri, rasa sendiri, hutang sendiri. Ahaks. Saya mendapat buah hati ini betul2 pada tanggal 30 April 2011. Hari Ulangtahun kami =).

>

>

Semua agenda tahun ni alhamdulillah tercapai dan berjalan dengan lancar.

>

>

Buat Ayah Iman,

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke -2.  Semoga kita sambut utk kali ke 3, 4, 15, 20, 45, dan seterusnya. Amin. Tak perlu bergeli2 di sini. Hanya sekadar berkongsi kegembiraan di pagi Isnin yang moody ini.

.
.

Salam sayang,

Mama Iman

>

>