Anak yang tak terdidik umpama kek yang bantat?

Semalam saya buatkan muffin khas untuk Cik Iman. Iman sekarang tengah moody banget  tak mahu makan. Masakkan nasi tak mahu. Nak masakkan spaggeti, spaggetti khas untuk allergy die tu kehabisan pula. Baru order baru, tunggu shipping. So, saya try la carik resepi untuk muffin gunakan tepung khas untuk orang allergy gandum, dan juga egg replacer khas untuk orang yang allergy telur. So, saya gamble ambil resepi kek biasa dan cuma gantikan tepung biasa dgn tepung iman, telur biasa dengan egg replacer.

Huh…

Langsung tak menjadi!! Kek penyek! Tak naik langsung!

Ye, saya tau. Baker pon kadang2 buat kek mesti ada punya hari tak jadi tau~!! =D Kalau asyik jadi je tu, kire genius ah.

Saya tak putus asa. Kali ni godek pulak resepi yang memang dari jenama Orgran ni. Alhamdulillah.. menjadi juga akhirnya. Molek jek rupa muffin tu. Iman nampak jek terus die mahu. Makan sampai 2 biji. Selebihnya saya bungkus elok2, masuk dalam freezer. Kalau nak bagi Iman makan nanti, saya defrost kan jek la. Hehehe. InsyaAllah ok je. Susu ibu pon boleh tahan 6 bulan kot dalam freezer. Hehehhe. Nanti saya kongsikan resepi di blog Dapur IbuCergas ya.

 

Tetiba saya terfikir, adunannya sama, kuantiti segala bahan-bahan dalam kek pon sama, kenapa tak jadi. Kenapa bila guna bahan A, ikut resepi A, boleh jadi kek cantik. Tetapi bila guna bahan B, ikut resepi A, keknya langsung tak serupa kek?

>

>

Bercerita Tentang Parenting

Mungkin akan ada yang kata, “Hek eleh, anak masih kecik je, baru seorang pulak tu, tapi dah sibuk bising cakap pasal parenting?!”. Bajet bagus. Hehe. Tak mustahil akan ada orang katakan begitu pada saya. Tapi, mendidik anak ini terlalu subjektif. Anak saya tak sama dengan anak kalian. Cara saya tak sama dengan cara kalian. Apa yang saya apply pada anak saya, jika apply pada anak kalian, outputnya juga mungkin langung tak sama. What might works for me, might not works for you. Sama lah macam kek tadi. Resepi yang sama, tetapi bahan yang berlainan, tentu sekali hasilnya juga lain.

Saya pernah ditanya oleh seseorang tentang kek Red Velvet yang saya buat. Soalan yang mudah, tapi buat saya terfikir sepanjang malam.

>

>

“Bahan apa yang awak buat untuk buat Red Velvet Cake awak?

“Saya dah cuba banyak Red Velvet Cake yang orang claim kata sedap, tapi semua tak sedap bagi saya. Sebab tu saya tanya direct, bahan apa yang awak guna? Red Velvet Cake yang sedap tentu guna butter yang mahal kan? Cuka mesti jenama Heinz baby tu, bukan cuka buatan yang murah tu kan? Cheese pun mesti cheese yang mahal kan, mesti mascarpone cheese yang mahal tu? Bukan jenama Tantura yang murah tu kan?”

>

>

Sentap wei.

Saya memang guna yang murah2. Sebab tu kek saya juga murah, tapi still sangat sedap tau. Hehe.

Sampai macam tu sekali saudari tu cerita. Tapi sangat seronok bila fikirkan balik.

>

>

Sama macam anak-anak kita. Rezeki yang saya cari tentu sekali tak sama rezeki yang kalian cari. Duit yang saya guna untuk suap anak saya makan, tentu sekali tak sama dengan duit yang kalian guna untuk suap anak kalian makan. Justeru, hendaklah kita betul2 yakin bahawa duit yang kita cari sebagai nafkah makan minum anak-anak ni mestilah betul-betul bersih dan halal, supaya anak-anak kita yang bakal terbentuk ni semua baik2 belaka. Tak lupa juga zakat dan sedekah, kerana setiap rezeki yang kita dapat, sebahagiannya bukan pun milik kita.

Itu baru pasal makanan, baru cerita tentang bahan yang kita guna untuk jadikan adunan kek. Ovennya pula bagaimana? Besarkah? Kecilkah? 30 litre kah? 40 litre kah? Oven electrik kah? Oven gas kah? Ataupun microwave convection yang mahal itu? Sudah tentu akan mempengaruhi kek yang kita bakar nanti. Sama juga dengan anak kita. Rumah kita bagaimana? Not all house are home. Ada orang rumah besar, cantik gila, indah serba serbi, siap air-cond segala, indah bagai istana, sejuk mata memandang, tetapi orang yang menghuninya bagai cacing kepanasan. Langsung tak suka rumah tersebut, lebih suka tidak pulang ke rumah berbanding pulang ke rumah. Malah langsung bercerai-berai dan tiada mawaddah di dalamnya. Communication breakdown. Semua tidak bahagia. Ada orang lain pula, rumah kecil sahaja, tingkap pun boleh dikira, air-cond malah tiada, tetapi sungguh bahagia di dalamnya. Malah mereka berfamilying dengan hebatnya. Bahkan melahirkan anak-anak yang sungguh super.

Mixer keknya pula bagaimana? Ada orang mixer kek harga riban-riban. Ada orang yang mesin keknya kecik sahaja (sayalah tu)  Tapi masing-masing tetap dapat membuat adunan kek masing-masing. Macam tulah juga analoginya dengan cara kita didik anak kita. Bukan semestinya dengan wang ringgit anak boleh “teradun” dengan baik. Orang yang kurang wang ringgit juga anak boleh “teradun” dengan baik.

Jadi, usahlah kata “Saya dah buat begini begitu, tapi anak saya tak jadi juga macam anak awak”. Salah tu. Setiap anak itu unik. Bak kata Dr. Shukri Abdullah, “Fokus pada kelebihan mereka, bukan pada keterbatasan mereka”. Kaji kembali, cukup ke Sentuhan Ilmu yang kita berikan pada anak-anak kita, cukup ke Sentuhan Kasih Sayang kita pada mereka, cukup ke Sentuhan Keyakinan kita pada potensi anak-anak kita, cukup ke Sentuhan Ketegasan kita dalam mendisiplinkan mereka, dan yang paling penting sekali, cukup ke Sentuhan KeIMANan kita untuk mendidik mereka.

Jika salah saya salah, sudi-sudilah betulkan saya. Saya suka dibetulkan ke arah yang lebih betul, tetapi saya cukup tak suka cuba dibetulkan ke arah yang lebih salah.

Wallauhua’lam.

2 comments

  1. Sebenarnye nak cari resipi wat lempeng je..da masuk tadi tgk cara wat lempeng lembut.tiba2 tergerak hati nak baca blog ni..bagus la pengisiannya…dr baking cake dikaitkan dgn anak2 dan family..good story.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge