Anak Itu Unik Untuk Setiap Ibu Bapanya

Allah memang jadikan setiap anak itu unik untuk ibu-bapanya. Anak A memang untuk Ibu A. Dan Anak B memang untuk Ibu B. Ada sebab kenapa Allah tak jadikan Anak B kepada Ibu A dan juga sebaliknya. Genetik keturunan memang Allah jadikan begitu. Macam saya, Allah jadikan Iman buat saya. Allah juga takdirkan Iman mempunyai Allergi, kerana perancangan Allah tu memang indah. Oleh kerana saya boleh jugalah masak sendiri, baking sendiri dan multitasking, maka walaupun allergy, pemakanan Iman masih di dalam kawalan. Allah juga jadikan seorang kanak-kanak yang Iman super duper aktif, dan alhamdulillah saya juga yang dapat control tingkah lakunya. Bukan orang lain. Dan mungkin orang lain tak dapat kontrol pon anak saya tu.

Sebab itu lah, hanya ibu bapa sendiri sahaja yang dapat mengawal seseorang anak itu. Bukan orang lain. Sebab itu jugalah, hanya ibu bapa sendiri sahaja yang dipertanggungjawabkan atas tingkah laku, akhlak, budi pekerti seseorang anak itu, bukan orang lain. Pernah dengar ke ada orang kata;

“Hissh..siapalah nenek die ni, cucu perangai sebegitu rupa”.

atau

“Aduh..siapalah pakcik die ni, akidah sebegitu rupa”

Biasanya yang kita dengar sudah pasti;

“Ni siapa mak pak die ni…tak reti jaga anak ke”.

Kan?

Ibu bapa lah yang menjadi penyudah tanggungjawab tu. Bukan orang lain pun, walaupun anak itu yatim piatu (ni topik lain :D )

So, jangan pernah kata atau judge pada orang yang dia bukan parents yang baik. Sebab kita tak pernah tahu usaha orang tu didik dia bagaimana. Hanya Allah juga yang tahu. So, jangan juga selalu rasa yag diri tu dah jadi the best parents ever, sebab kita hanya jadi best parents untuk anak kita, bukan untuk anak orang lain. Sekiranya kita rasa kita belum dapat jadi the best parents, apa yang perlu kita buat is BELAJAR. BELAJAR dari kesilapan (kalau boleh jangan sampai tersilap), BELAJAR dari anak itu sendiri, dan BELAJAR dari mereka yang lebih arif tentang psikologi anak-anak dan ilmu keibubapaan.

Ingat,

Sekiranya ibu bapa tak dapat kontrol anak itu, tidak akan ada orang lain yang ada kuasa untuk melakukannya.

Setiap anak itu unik untuk ibu bapanya, dan setiap ibu bapa itu unik untuk anak itu.

Kini Iman 2 tahun 8 bulan dalam fasa tantrum. Iman sudah pandai mogok sekiranya apa yang dikehendakinya tidak diperoleh. As parents, pada asalnya saya mahu turuti kesemua kehendak Iman. Tapi semakin hari Iman semakin cranky, di mana dengan erti kata lain, she is “spoiled”. Merengek tu berpanjangan setiap hari, ada sahaja yang tak kena. Tersentuh badan, menangis. Saya duduk salah, saya bangun salah. Sehingga nak pakai baju dan diaper pun menangis tanpa sebab (mungkin salah pilih baju tak berkenan di hatinya). Ajak tidur tak mahu, sehingga lewat malam, melalak-lalak protes tidak mahu tidur. Sehingga saya tak faham apa yang Iman mahukan sebenarnya. Sampai satu tahap saya ambil bantal dan saya jerit kuat-kuat dalam bantal tu. Sebab saya dah dalam fasa stress. Mujur Ayah Iman nampak kestressan saya dan buat sementara dalam beberapa hari, Ayah Iman take over perkara-perkara berkaitan Iman. Ayah Iman lebih cool dan tidak mudah emosi.

Selepas 2 minggu, Cikgu di taskanya juga inform pada saya tantrum Iman yang semakin tak terkawal. Jadi, saya disarankan mula mengaplikasikan rules dan peraturan pada Iman. Alhamdulillah. Saya kini sedang mengajarnya Sebab dan Akibat sekiranya Iman masih mahu tantrum sesuka hatinya. Bukanlah saya mendera dia, marah apatah lagi. Inikan pula cubit dan pukul, insyaAllah saya jauhkan. Moga Allah bagi rasionality kepada saya. Amin.

Iman semakin faham, yang setiap pagi dia perlu ke sekolah, setiap pagi dia perlu bersarapan, setiap pagi juga perlu berjalan ke kereta. Bukan lagi melalak tidak mahu mandi, bukan lagi tepis pinggan tak mahu sarapan pagi, bukan lagi bergayut di kaki tak mahu berjalan sendiri.

Jadi, jangan mudah salah faham bila bertegas itu sebenarnya bukanlah marah atau dera. Bertegas itu penting supaya tidaklah kita nanti seolah-olah seorang ibu yang melahirkan seorang majikan.

Moga-moga saya dapat mendidik Iman dengan sabar dan mengikut Sunnatullah.

Amin.

Salam Sayang,

Mama Iman

Leave a Reply