Alkisah Iman Warded @ DEMC

Seminggu yang sibuk. Seminggu yang penat. Tapi bak kata Kak Farah Sarakids, penat tu harus ditelan dalam-dalam. Hehe! Tak nak mengeluh penat jaga anak. Tak mengeluh tension ada anak. Tak nak dok mengungkit kebaikan yang kita buat pada anak. Tak nak langsung, sebab tak nak bila kita tua nanti, anak dok mengeluh sebab nak jaga kita, dan tak nak anak pula mengungkit semua kebaikan dibuat untuk kita. Jadi, telanlah dalam-dalam ye ibu-ibu kuat sekalian =D.

19hb July lepas, Iman demam, dan ianya demam biasa-biasa aje, tetapi sehingga ke Sabtu 23 hb July, demamnya masih on and off. Dan ada malam yang suhu Iman mencecah 40C. Mujur saya memang simpan stok ubat cucuk punggung ni. Bila2 masa Iman mencapai suhu 38C dan ke atas, ia pasti menyerang bun**tnya (sorry for the word). Ahak.

Alhamdulillah, malam tu demam Iman kebah. Esoknya Ahad 24 hb July, kami bawa Iman ke DEMC. Since demam tak kebah-kebah, doktor suspect ada jangkitan pada Iman, so buatlah ujian darah. Erm…sah, Iman ada kuman dalam darahnya. Dan dipaksa warded. (Masa ni mula rasa kocek berbunyi keting..keting…keting..) Hihihi. Inilah ward Iman. Cantik kan? Secantik duitnya..(aaahh…semput!). Wad baby lain biasanya ada baby cot. Ward Iman pakai katil biasa, cuma ada pagar. Sangat sesuai utk Mama Iman landing bersama di atas katil. Hueheueheueu. Makanan pon…sedaaap~!! Taraf hotel gitu (Mode jakun).

>

Hari pertama dalam wad. Ingatkan check up biasa. Sekali kene tahan daa….

>

Muka memang tak boleh blah sedih. Tak ceria macam Iman yang selalu =(

>

Ayah Iman yang setia sudi teman sekali tidur dalam ward. Bertolak pergi kerja dari ward lagi. Hihi.

>

Sekitar ward Paediatrics. Cantik kan?

>

>

>

Batak & Jakun kan saya? Ahaha.. Serious, Iman tak mahu masuk ke biliknya sampailah pukul 1 pagi. Asyik geleng kepala sahaja bila diajak tidur. Punya excited dok tunjuk-tunjuk pada giraffe, elephant bagai yang kat dinding tu. Haha. Dia pun sama jakun =p

>

>

Makanan-makanan yang dilantak oleh Mama Iman. Muahahahaha. Dah Iman tak boleh makan, mamanye la makan. Huehueheu. Sedap2..best!

>

>

Yummy!! Hehe!!

>

<

>

>

Beberapa nurse terkejut sebab yang baring atas katil adalah mak budak, bukannya budak…kikiki..dan terkejutĀ  rupanya Iman masih menyusu badan. Ahak. Budak-budak praktikal datang setiap hari bertanyakan berapa auns Iman minum, menyebabkan saya blur nak jawab.

Mujur Iman masih menyusu badan. Sekurangnya-kurangnya walaupun ulser penuh dalam rongga mulut dan tekak, Iman tetap mahukan candunya itu. Dengan itu, Iman terpaksa menyusu. Ini menyebabkan Iman discharge lebih awal iaitu hanya 3 hari instead of 5 hari. Alhamdulillah.

>

>

Macam mana Iman boleh dapat jangkitan? Jawapannya ialah…entah. DapatĀ  mungkin dari mana-mana. Budak, semua suka masuk mulut. Memang seharusnya ibu kena terlebih rajin kemas. Tapi berdasarkan apa yang paed kata, biasanya terjadi pada toddler yang selama ni duduk rumah, tiba-tiba masuk ke taska. So immune sistem badan mereka sebenarnya tak boleh tahan lagi dengan environment taska. Tak seperti bayi-bayi yang sememangnya sudah ke taska sejak dari lepas pantang. Wallahua’lam. Kebetulan anak rakan sekerja Khyra berumur 2 tahun ++ juga pernah kena sama seperti Iman. Ulser penuh di mulut sehingga tak mahu makan, bercakap, malah telan air liur sekalipun. Dan berkebetulan juga Khyra juga baru masuk ke taska. Tak apa lah, saya try positive je.

>

Selepas Iman discharge, saya mengimport Mama saya dari Meru untuk menjaga Iman, kerana saya terpaksa kerja dek workload melambak di pejabat. Masih belum kuat untuk menghantar Iman ke taska lagi sebab Iman masih on oral medication. Antibiotik masih perlu diambil. Ubat-ubat demam, selsema dan batuk juga masih perlu. Mengimport Mama dari kampung lebih mudah sebab rasanya barang baby lebih banyak dari barang orang dewasa. Kekekeek…yelah, bouncer untuk tidur, diapers, baju-bajan, warmer, sterelizer, botol-botol susu berisi EBM. Memang tak cukup tangan. Lagipun seriously saya dah sangat penat pindah randah selama 2 tahun sebelum ni. Mama pun keseorangan, bolehlah tumpukan perhatian pada Iman yang sakit. Dan saya kalah dengan Mama, sebab Mama lebih pandai beri makan pada cucunya berbanding dengan saya. Hihihi. Thanks a lot mama sebab jaga Iman masa Iman sakit aritu. Agak mencabar, sebab dengan ulser yang banyak di mulut, Iman tak berapa pandai hisap susu melalui botol. Sakit agaknya. Masa direct feeding, macam ok. Mungkin puting botol lebih keras.

Mari usha video Iman bila dah sihat. Ada ke patut dia baring atas bird kat atas lantai tu. Hurm.

>

Ya. Inilah Iman yang sudah sihat. Hihi!!

>

>

Leave a Reply