Alasan saya tidak memberi anak saya air masak sehingga anak saya berumur setahun?

Susu ibu adalah 88% peratus air

Komposisi air di dalam susu ibu yang diambil oleh bayi yang menyusu secara ekslusif memenuhi keperluan bayi dan membekalkan khasiat yang secukupnya. Walaupun bayi yang baru lahir hanya menerima air yang sedikit disebabkan kandungan kolustrom yang pekat di dalam susu ibu, air masak tambahan juga tidak diperlukan (malah mungkin berbahaya jika diberikan kepada bayi).

Apabila anak saya sudah terasa kenyang dengan air, mungkin dia sudah tidak mahu menerima lagi air susu ibu. Ini akan membantutkan pertumbuhan nya sekiranya kerap kali air masak diberi padanya. Saya tidak kisah berapa banyak air susu saya (sama ada susu perahan atau direct feeding) diberikan kepada anak saya seandainya anak saya haus, dahaga atau terhidrasi, asalkan ianya air susu, yang berkhasiat dan langsung tidak tercemar.

Untuk bayi yang sepenuhnya menyusu susu ibu, tidaklah perlu member air masak kepadanya walaupun pada hari yang amat panas. Cuaca panas, apa yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu ialah, ibu sendiri perlu mengambil jumlah air yang banyak supaya tidak terhidrasi, dan pada masa yang sama, menyusukan anak sekerap-kerap yang mungkin.

Oh, saya terasa amat sakit bila ternampak seorg bayi yang baru berusia 1 bulan, kelaparan susu dan kehausan, namun hanya diberikan air masak dicampur serbuk glukos! Kasihan, ibunya tidak tahu, dan tidak sempat belajar. Saya tidak menyalahkan siapa-siapa di sini. Dan saya bukan hendak tunjuk bagus. Cuma, saya terkilan, bukankah informasi kini di hujung jari? Ketika itu saya sedang menyusukan Iman. Waktu itu sedang menghadiri kenduri sahabat saya. Cuaca terik, jadi, kita tentu merasa haus dan saya minum bergelas-gelas air, Iman juga haus. Tapi Iman saya berikan susu saya direct feeding dengan lama dan kerap sekali. Tahukah anda bahawa sewaktu cuaca panas, badan kita menghasilkan susu ibu yang lebih kandungan air berbanding lemak (foremilk)? Dan tahukah anda bahawa badan kita menghasilkan susu yang sarat kandungan lemak dan kurang air ketika cuaca sejuk (hindmilk)? Jadi, anak kita yang penuh menyusu badan tidak perlu air masak.

Kanan = Hindmilk, susu yang keluar apabila breast sudah hampir kosong. Kiri = Foremilk, susu yang keluar pada awal-awal pemerahan @ penyusuan. Hindmilk inilah yang dikatakan sebagai nasi yang mengeyangkan dan foremilk sebagai air yang menghilangkan dahaga.

Kandungan air di dalam susu ibu sebenarnya melebihi (sangat mencukupi) kandungan air yang diperlukan oleh bayi anda walaupun cuaca panas dan kering. Kajian juga menunjukkan bayi juga adalah sihat sekiranya hanya bergantung pada susu ibu terutamanya pada usia 6 bulan ke bawah.

Boleh rujuk di link ini juga.
http://myangels-love.blogspot.com/2010/06/revision-5-foremilk-hindmilk.html
http://www.momschoice.com.my/blog/?p=137
http://www.kellymom.com/bf/supply/foremilk-hindmilk.html

Susu Kanan ialah Nasi? Susu Kiri ialah Air?

Orang tua-tua selalu kata susu sebelah kanan ialah nasi, dan susu sebelah kiri ialah air. Saya tak terima pakai pendapat ini. Ini kerana sebenarnya ini adalah pandangan yang salah kerana kedua-dua belah breast mengandungi komposisi susu ibu yang sama. Kedua-duanya mempunyai foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yang mengenyang kan. Kerana zaman sekarang tak macam dulu, sekarang dah ada banyak teknologi dan kajian-kajian yang dibuat oleh pakar dimana ianya telah terbukti benar.

Bagaimana pula bayi yang menggunakan susu formula?
Sekiranya kita mengikut sukatan yang diajarkan dengan betul ketika membancuh susu formula, ketahuilah 80% daripada bancuhan susu tersebut adalah air. Jadi, jangan memberikan susu yang cair kepada bayi, kerana ia memudaratkan.

Water Intoxication? Apa itu?

http://www.stlouischildrens.org/content/healthinfo/WaterIntoxicationinInfants.htm

Oh, tiada apa yang lebih menyegarkan kita apabila kehausan melainkan minum air putih jernih yang bersih dan sejuk. Bahkan kita memang sangat digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk keseimbangan elektrolit dalam badan kita. Tapi, beringatlah bahawa, memberi air masak kepada bayi di bawah umur 1 tahun – terutamanya bayi berusia 9 bulan ke bawah – mungkin membahayakan.

Lagipun, mengikut pandangan pakar pediatrik, James P. Keating, pengarah perubatan Klinik Kanak-kanak St. Louis, member banyak air boleh mencairkan kandungan normal sodium (garam) dan boleh menyebabkan sawan, koma, kerosakan otak dan kematian.

Susu ibu atau susu formula sahaja (tanpa air tambahan lain) sudah cukup untuk keperluan bayi. Jika sekiranya si ibu benar-benar merasakan bayinya patut diberi air tambahan, ia hanya terhad kepada 2 atau 3 oz sahaja untuk sesekali masa dan hanya boleh diberikan selepas bayi tersebut kenyang dengan susu. Oh, bagi saya, Iman hanya perlu susu ibu sahaja, sehinggalah umurnya 1 tahun.

Rujukan lain:
http://www.homemade-baby-food-recipes.com/giving-water-to-baby.html
http://www.rehydrate.org/breastfeed/faq-exclusive-breastfeeding.htm

Disclaimer:
Ini hanyalah pendapat saya sahaja sebagai seorg ibu yang baru berjinak-jinak dalam dunia keibuan. Sekiranya terdapat sesiapa yang berkecil hati di atas pernyataan saya, maaf saya dahulukan. Tiada siapa berhak menyatakan di hadapan muka anda yang anda bukanlah ibu bapa yang baik. Di sini cuma sekelumit usaha saya untuk menjadi antara yang terbaik.