Aktifnya si Anak Dara

Raya lepas, ada kawan Kak Hakimah namanya bersama keluarga (anak-anak dan suami) datang bertandang sempena Raya. Si ibu melihat susunan koleksi Pa&Ma saya teratur di atas bookshelf. Beliau berkata, “Anak perempuan, kemas je buku tersusun rapi. Tak pulak dia kacau ya?”.

Hakikatnya……..

>

>

Ye, ini berlaku hampir setiap hari. Oh, bouncer tu sekadar menyemak. Iman suka buat duduk2 sambil tengok TV. Tak guna pun. Dulu kecil2, Atok Ibu tidurkan Iman guna bouncer, Nenek Meru tidurkan Iman guna pangku, Mama Iman tidurkan Iman guna “susu”. Hihi.

>

Di dapur, ini juga hampir setiap hari. Itu ialah loyang kecil2 yang Mama Iman guna untuk baking cupcake. Cik Iman sendiri bukak almari, dan mula menabur2 atas lantai. Mujur rumahku dan dapurku kecil sahaja. Senang lah nak kemas. Hihi.

>

>

Siapa kata anak perempuan semestinya sopan santun dan pengemas? Ia bukan pada Cik Iman. Hihi.

>

>

Anak yang aktif, adalah anak yang bijak.

InsyaAllah.

>

>