Alhamdulillah Hannan dah pon 3 bulan. Uii… sihat dan kembang budaknya. Pulak tu suke sangat bersembang. Syukur. Kami masih lagi mengikuti appointment Hannan untuk checkup follow up kes meningitis Hannan dulu. Alhamdulillah setakat ni semua macam ok dan normal. Ya, saya menyesal bawa Hannan keluar selepas habis pantang. Tapi tak pe, pengajaran mengajar saya. Untuk anak seterusnya kelak, memang hopefully waktu itu saya sudahpun WAHM dan saya akan kuarantin kan diri saya dan newborn baby selama at least 3, 4 bulan – tak keluar rumah.
Serious – Serik
Benar kata-kata orang tua, masih merah lagi bayi, mengapa dibawa keluar. Tapi ada juga memang lah tak bawa bayi keluar rumah, tapi bayi di pass ke kanan ke kiri sewaktu kenduri-kenduri kesyukuran menyambut bayi dan juga kenduri aqiqah bayi. Silih berganti ciuman di pipi kanan ke kiri. Sebenarnya sama sahaja. Itu pun bukan namanya kuarantin. Kenduri juga tidak salah. Yang salah ialah bayi baru lahir itu di pass ke sana ke mari, dari satu tangan tak dikenali ke tangan tak dikenali yang lain.
Serious – Fobia
Even nak hantar ke taska pon takut. Tapi apakan daya. Masih belum mampu untu ber-WAHM. Bukan semua orang juga bernasib baik mempunyai ahli keluarga lain yang mampu menjagakan anak di rumah. Bukan semua orang juga mampu menggajikan pembantu rumah di rumah. Bukan semua orang juga mampu terus berhenti kerja untuk menjaga nak sendiri di rumah. Masih ada banyak urusan perlu diuruskan. Hurm? Urusan anak lebih penting dari yang lain? Anak adalah amanah Allah. Memang.. tentu.. paham.. angguk.. tapi tanggungjawab pada insan lain juga ada ya. Keterbatasan setiap orang juga berbeza. Maka mulalah kedengaran suara-suara sumbang berkata – What U give, U will get back.
Empathy
Setiap orang rezeki tidak sama. Setiap orang juga musibah tidak sama. Maka usah angkuh berbicara. Kerana yang mengadili tetap Allah jua.
>
Berbalik Kisah Iman dan Hannan
Berbalik kepada kisah Iman dan Hannan, Iman sangat sayangkan Hannan, tetapi Iman tak boleh ditinggalkan bersendirian dengan Hannan!! Berurut jantung saya sebab berhenti 6 saat jika Hannan dibiarkan bersama Iman.
Iman selimutkan Hannan – tapi menutupkan seluruh muka Hannan dengan selimut
Iman nak tunjuk pensil pada Hannan – tapi hampir-hampir mencederakan Hannan
Iman nak tunjukkan televisyen pada Hannan – tapi Iman seret tilam yang ada Hannan tu (sehingga hampir jatuh)
Iman nak tunjuk buku pada Hannan – tapi buku terlepas dan bucu buku terkena muka Hannan
Iman nak pelok Hannan yang sedang baring di tilam – tapi Iman terpijak tangan Hannan bila cuba dekati adiknya
Iman nak kiss Hannan – tapi bersin abes di seluruh muka Hannan!
Semua berlaku dalam split of seconds! Ya Allah. Saya hanya berpaling sedikit sahaja, macam-macam boleh terjadi. Memang kami selalu terpaksa asingkan Iman dan Hannan.
Jantung mak terhenti 6 saat.
Anak-oh-anak.