Salam,
Huh….lama juga saya tak update blog. Nak kata sibuk, tidaklah juga. Cuma rasa main dengan Iman sepuas-puasnya, makan sepuas-puasnya, tidur sepuas-puasnya, sampai lama-lama barulah terfikir; ok enough playing. Time to use the time effectively. Hehe.
Progress tentang Iman? Iman kini memang kemaruk lah berjalan. Sudah pandai untuk berdiri sendiri tanpa berpaut pada apa-apa meja atau dinding. Umurnya? 9 bulan 12 hari. Syukur nikmatmu ya Allah. Saya betul-betul menumpukan sepenuh perhatian saya pada Iman. Iman memang tersangat gigih berjalan. Sampai berpeluh-peluh dahi asyik jalan sana sini tak mengira masa. Malam memang terpaksa tukarkan baju sebelum tidur dek kerana basah peluh. Pemakanan Iman? Alhamdulillah, masih homemade food seperti dulu, frozen solid food for my baby (boleh klik kat sini dan sini). Syukur juga Iman kurang gemarkan biskut Heinz yang untuk baby tu. Saya beri pun, Iman tentu tak habis. Pernah adik ipar saya yang darjah 5 tu bertanya;
Hazeeq: Kak long, kenapa tak bagi Iman biskut baby?
Kak Long: Sebab Iman dah kenyang makan nasi Kak Long buat, yang penuh khasiat. Tak de pengawet atau perasa tiruan tau. Elok untuk kesihatan Iman.
Hazeeq: Alah, sekali sekala tak apa kan?
Kak Long: Tapi, selagi Kak Long masih sihat, masih kuat, dan rajin, insyaAllah Kak Long akan masakkan untuk Iman. Lagipun, kan lagi sihat.
Memang Hazeeq tak faham apa yang Kak Long nya bebelkan ni. Tapi itulah hakikatnya. Bukan saya mahu prejudis atau being skeptical dengan makanan-makanan bayi yang ada di pasaran tu (alah, yang mahal sangat-sangat tu). Cuma terus teranglah, saya tak mahu jadi seorang ibu yang pemalas, beri anak makanan segera yang lagi-lagi dipropagandakan oleh pihak barat. Oh, makan tu akan lebih cerdik ke? Akan lebih bijak ke? Akan lebih cepat cakap? Atau akan lebih panjang akal? Tak de pulak kan? Walaupun diorang iklankan kaw-kaw dengan DHA la, AA, SA la. Tapi sejauh mana kita perlu percaya semua tu? Hei…adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal hanya seorang anak nelayan, tetapi berjaya memperoleh 19A1 dan 1A2 dalam SPM 2008, cuba tanya ada ke beliau makan semua-semua ni. Saya berpendapat sudah tentu air tangan mak dia, hasil kerja keras belajar bersungguh-sungguh dan disirami pula dengan doa tulus ikhlas yang menjadi asbab-musabab kejayaan beliau, bukan semestinya dengan makanan bayi mahal-mahal, yang banyak bahan pengawet, garam dan gula itu.
Lagipun, kita sedaya-uapaya mahukan anak kita bijak pandai la kononnya. Mahukan 30A SPM! Walhal, kejayaan seseorg itu bukanlah setakat diukur dari segi akademik sahaja. Bagi saya, saya mahukan keseimbangan. Berjaya dunia akhirat. Tak mahulah genius bagai di dunia, tapi lupa pada Allah yang memberikan kegeniusan itu kepada kita. Tak mahulah juga beribadat sahaja sampai tak mahu pula dan tak pandai pula mencari jalan untuk hidup. Itu juga tidak realistic dan Allah pun tak akan membantu kita kalau kita tak membantu diri kita sendiri. Berpada-pada lah.
Saya cuba sedaya upaya untuk masak semua untuk anak saya. Walaupun saya seorang ibu bekerja, masa bukanlah halangan atau alasan untuk tidak memasak. Saya pernah dipandang culas oleh seorang saudara saya, seorang yang agak laser juga lah mulutnya, mencabar bolehkah saya masih memasak sekiranya saya berkahwin nanti. Nah, saya berkahwin, dan saya masih memasak. Nah, saya sudah beranak, dan saya masih memasak. Eleh..baru anak seorang, bolehlah. Ok, kite tengok dan lihat nanti bila Iman dah besar, dan bila Iman dah ada adik, dan adik dan adik. Ya Allah, aku berserah kepadamu, agar Engkau permudahkan urusan kerjaku dan tamggungjawabku ya Allah. Amin.
Makanan yang kita beri pada anak-anak kita sejak hari pertama kelahirannya. Sebab itulah susu ibu adalah makanan terbaik buat bayi, kerana ianya memang dirumuskan untuk bayi dan merupakan makanan paling mudah dihadam oleh perut bayi yang masih belum matang. Bayi yang penuh menyusu susu ibu tidak akan mengalami kegemukan. Semua kandungan nutrisi dalam susu ibu adalah sempurna.
Jaga pemakanan bukanlah bila umur kita dah besar, baru lah terhegeh-hegeh nak cari pemakanan yang sihat. Barulah elak makan itu ini, segera bagai. Bagi saya, sedari lahir lagi, pemakanan harus dijaga, malah semasa mengandung begitu juga! Bukan bila dah ada darah tinggi baru nak jaga, bukan bila dah sakit jantung baru nak jaga. Tapi itulah, masyarakat kita, riak dan bangga bila mana sakit belum menyerang.
Eleh, aku hisap rokok, sihat jek, tak mati-mati pun.
Eleh, makan sikit jek tak apa, sekali sekala tak apa. (ingat, sekali itu membawa kepada yang seterusnya) – The first one leads to the others.
Saya sempat berpesan kepada Ayah Iman. Pemakanan Iman biarlah saya ibunya yang menentukan. Jangan sampai ada orang lain yang pandai-pandai nak beri itu ini. Kesian ke bila anak saya terliur itu dan ini? Ia tidak akan menjadi satu masalah sekiranya anak-anak kecil ini sudah dididik dari awal. Bahkan, saya lagi kesian sekiranya mereka “membesar”. Saya tak mahu anak saya menjeling ke arah saya menyalahkan saya bila dewasa kelak, sekiranya mempunyai tubuh badan yang tidak sihat dan tidak ideal dek gara-gara pola pemakanan yang tidak betul. Oh, mama tak sanggup Iman menyalahkan mama.
Oh ye, terima kasih buat Mama saya, kerana kami adik beradik mempunyai seorang mama yang sangat rajin memasak. Bangun pukul 430 pg untuk memasak buat anak-anak, sebelum bergegas ke tempat kerja. Terima kasih tak terhingga. Dan disebabakan Mama menjaga pemakanan kami, kami dengan izin Allah, tiada seorang pun yang mengalami masalah berat badan berlebihan, dan syukur Mama juga masih kekal sihat sehingga kini. Tahniah Mama! =)