Iman 1 tahun 3 bulan, dan Stok EBMnya

Toleh kiri..toleh kanan…alhamdulillah…redha dah issue “Tayang EBM Riak” ni. Heheehehhe…bolehlah update kot? =D Nak buat kenangan di masa akan datang. Iman genap 1 tahun 3 bulan harini. Woh…tggl 9 bulan lagi sebelum tempoh optimum penyusuan Iman selama 2 tahun. Lepas 2 tahun? Tak tahu lagi. Mungkin teruskan kalau ada lagi susu, atau mungkin berhenti sendiri untuk ada adik Iman. Kikikikki =D Yelah, mana tahu kan? Sebenarnya risau juga kalau-kalau Iman tak nak susu formula. Tapi saya akan cuba sedaya upaya berikan sumber kalsium terbaik buatnya kelak. Ada orang kata bayi yang menyusukan akan melekat dengan ibunya. Susah nanti mahu ke mana-mana. Saya suka! Saya suka anak saya melekat dengan saya. Rasanya ada ke ye ibu yang suka kalau anaknya lebih rapat dengan orang lain, lebih dari ibunya? Takkan saya nak suruh anak saya melekat dengan orang lain kan? Hihi. Mama akan usung anak-anak mama merata-rata. Hihi. No worries~!!

Mungkin orang pandang saya tak pandai jaga anak kot =p

Iman, 1 tahun 3 bulan. Ye, saya tau. Memang sebijik muka ayahnya. Jantina je ikut saya. Hehe. Iman sangat cool. Iman tak suka dipelok dan dicium. Jual mahal. Hoho. Macam mama nya kah? =D

>

Perkembangan Iman

  • Iman sentiasa kering di pagi hari (Subuh) sebelum saya memandikan nya dan bersiap ke tempat kerja. Iman pandai mengawal saluran kencingnya. Hanya bila di bilik air, Iman akan pee pee. Bangga sekejap. Maka, tak perlulah mama beli diaper mahal2 untuk serap pee pee Iman waktu malam banyak-banyak. Bagus anak mama. Dah kene beli Potty Training Toilet ke ni? Tapi betullah baby yang fully BF without formula milk, takkan pee pee bergelen-gelen waktu malam, tidak seperti baby yang minum dari botol. Saya bersyukur untuk itu sebab saya cukup busy kalau nak basuh cadar tiap2 hari. Hihi.
  • Iman dah banyak mengajuk orang cakap. Baru la dengar suaranya panggil “Aaa…yah”!..dan “Maaa…Maa”!!..”Emm…pak (empat)!!”  Hihihi. Agak lambat sikit bercakap compare dengan budak lain. Hihi. Takpe, mama dan Iman positive orangnya. Ngahahahah.
  • Iman dan pandai terima arahan itu ini. Bila nak pakai kasut/ seliper, Iman akan terus duduk, minta dipakaikan.  Yang tak tahan tu, kalau Iman jauh dari saya, dan saya mahu pakaikan kasut, boleh pulak dia dok kat situ jugak. Bila saya kata jauh sangat tu, dia mengesot punyalah malas nak bangun semula. Ishk.

>

Since dah pindah rumah sendiri, saya bebas untu letak EBM sesuka hati saya di freezer saya sendiri. Wahahhahha..Alhamdulillah.

Maaf ye Encik Freezer sebab hanya punya ruang yang kecil untuk kamu. Duduk bersebelahan dengan Encik Washing Machine. Jadilah kan? Ada jugak kawan kan? Hee.

>

Ada 6 laci semuanya. Hihi. Memang heaven! RM1230 sebuah. Kumpul duit lama dah untuk bende ni. Eh, bukan saja nak membazir tau. Kalau raya senang~!!! Senang nak letak stok lauk untuk open house! Motif di situ! =D

>

Sebahagian EBM beku untuk kecemasan. Tak kira pun berapa banyak.

>

Huh?? Cukup2. Nanti orang kata riak pulak.

Alhamdulillah, Iman dah tak minum EBM nih. Semua ni hanya untuk emergency. Saya sedaya upaya penat mcam mana pun berikan susu segar kepada Iman. Tiba-tiba rasa rindu pada Adam, anak susuan saya itu. Apakah khabarnya?

>

>

>

9 thoughts on “Iman 1 tahun 3 bulan, dan Stok EBMnya”

  1. Wah saya jeles!!!
    Hebatlah akak, ababy dah 1 tahun 3 bln pun stok ebm ada byk lagi 🙂 Saya baru 7 bulan huhu ada lg 17 bulan, harap berjaya 2tahun. 😀

  2. ya allah mmg jeles tgk stok akak, saya baby baru 6bln lebih stok ckop2 mkn jer..ada petua cmne stok banyak gitu? nnt dah nak posa lg la saya risau..:-s

    1. girls, saya pernah susah sgt dulu…menangis itu biasa…tdo x pnh cukup…kadang 3 jam, kadnag 4 jam semalaman, hanya utk mengepum…skrg tggl tuai2 jek =p insyaAllah boleh. chaiyo~!

    1. eh…jgn kagum2…silalah kagum pada yang Maha Esa kerana mengaugerahkan nikmat susu2 ini.. alhamdulillah..

  3. salam, mama iman,
    nak tanya, emergency ni..
    saya beli la upright freezer mcm ni kan, ada drawer ni brand faber..
    bahagian bawah tu kalau kita tranfer susu utk bekukan, mmg lambat beku ek..besanya kalau saya letak drawer atas, baru beku cepat, then baru saya transfer kt bawah..pastu ada org cakap, freezer jenis mcm ni tahan 3 bulan je..aaa, betul ke?

    1. Salam cik ah.
      tak boleh main denga orang kata. sebab kesejukan setiap freezer depends pada spec yang manufacturer freezer tu bagi. Six months in a deep freeze that maintains a constant 0 degrees F (-19 degrees C). So, kalau katakan freezer kita dapat suhu bawah -19C pun, tapi kalau tiap2 hari bukak lama….kita x leh la assume 6 bulan. mungkin jangka hayatnya hanya 5 bulan. Lagi2 kalau peti ais yang kita letak lauk segala…bukak tutup, amik aiskrim, udang ikan, ayam, sehari, 7, 8 kali terbuka. maunya hayat susu tu x sepatutnya pun 3 bulan =) so, perkara ni agak objective.

      even laman web ni siap kata sampai boleh 12 bulan tau. tapi depends mcm mana usage kita dengan freezer tu.

      http://www.cdc.gov/breastfeeding/recommendations/handling_breastmilk.htm

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge