1 hari di The Mines, 100 cerita tentang Iman

Saya tak suka berjalan. Serius. Saya suka hujung minggu di rumah. Saya suka bertidur-tiduran di rumah. [Patutnya lega lah poket suami saya kan? kan? Hehe]. Paling lama saya boleh keluar dari rumah 3 jam. Cukuplah 3 jam cuma, saya dah kepenatan. Tapi, saya selalu dinasihatkan oleh kawan-kawan supaya dedahkan diri dengan persekitaran. Jangan jadi macam katak bawah gelas kaca. Nanti jadi jakun! Huaaaaa… mana taknya, sampai sekarang saya tak berapa pasti yang mana satu One Utama, yang mana satu Sunway Piramid, yang mana satu The Mines. Ok, saya mengaku yang kawan-kawan saya gelakkan saya sebab saya tak pernah ke KLCC. [Sila jangan gelak]. Sob…sob… Tapi saya tau tau Jusco Bukit Raja!!! (Sebab lalu setiap minggu nak balik ke rumah mak – haha).

So, atas nasihat kawan konon supaya Iman tak jadi jakun (macam saya), saya merengek kat Ayah Iman supaya bawak saya jalan, hehe. (Seriously saya buta jalan KL).

Iman tidur sepanjang perjalanan. Sesampai nya kat The Mines, Iman bangun dan berlari kesukaan. Saya bawakan sekali stroller. Mana tahu dia kepenatan. Masuk stroller ok jek. Tapi dia nak pergi ke arah yang dia mahu! Tak mahu saya yang navigate strollernya! Ke kiri salah, ke kanan salah! Siap cakap “Sana!” sampai tunjuk arah. Siap mengamuk cakap “Sini laa!” sambil tunjuk arah lagi. Menangis melalak2. Kuat hokey! Bukan jenis merengek punya. Ni jenis soprano punya! Hehe. Ok, saya turunkan dari stroller, senyap sikit tapi dia mahu sendiri tolak stroller tu. Ok, saya biarkan dia tolak. Tapi bila terlanggar dinding, dia menangis lagi. Saya alihkan dari dinding, dia marah tangan saya pulak sebab pegang stroller dia. Wallaweeei!

Sekali dia nampak sungai la pulak, dah tu ade fish pulak tu. Memang suka lah sangat2. Baguslah suka. Tapi masalahnya tak mahu gerak dari situ!! Asyik jerit2 kesukaan “Fish!”...”Tantiknya Fish!“. Oklah, setengah jam saya biarkan dia dengan fish dia. Mahu ke tempat lain (nak tengok2 sekeliling – kang ada org ketawakan saya sebab tak pernah ke The Mines pula – haha). Maka bermulah episod tangisan syahdu Iman.

Saya dan Ayah Iman penuh sabar melayan Iman. Cuba turuti kehendaknya. Minum tak mahu, makan tak mahu. Diberi mainan tak mahu, diberi susu juga tak mahu. Tapi mungkin kerana rajuk di hati, Iman tak mahu berhenti nangis. Badan dilembik2kan. Didokong tak mahu, diletak tak mahu. Semua tak mahu. Rajuk barangkali. Kami masih ada tempat hendak dikunjungi, dan sepanjang perjalanan itu lah tangis dan raungan Iman tidak berhenti. Terdetik di hati bagaimana anak lain masih boleh duduk diam dan senang hati bersama ibu bapa dan sopan santun, sedangkan Iman tidak. Akhirnya saya tepis prasangka itu, sebab Iman sememang nya sangat sihat, dan saya patut bersyukur untuk itu.

Sepanjang Iman tidak keruan itu, banyak sangat mata-mata yang memerhatikan kami. Pelik barangkali, melihat anak meraung sebegitu rupa. Mungkin juga jadi takut mahu punya anak. Hihi. Saya dan Ayah Iman tetap cool, dan cuba mengawal sebaik mungkin dan sepositive yang mungkin. Memegang Iman kekukuh mungkin walaupun Iman meronta2. Sebab jika dilepaskan, Iman akan berlari sesuka hatinya, dan itu mungkin lebih merbahaya. Jika dilepas pun, raungannya diiringi dengan aksi gulingan atas lantai.

Akhirnya saya dan Ayah Iman meminimumkan perjalanan kami dan mahu pulang sesegera mungkin.

Di kereta saya pujuk Cik Iman. Kepenatan, Iman menyusu sambil tertidur.

Tak apalah saya tak berjalan. Tunggu sehingga tantrum Iman hilang dahulu. Besar sikit, hilanglah tu. Sebab saya tahu ia adalah proses semulajadi yang kadang terjadi kepada sesetengah toddler.

Eh…

Atau mungkin Iman tak suka jalan macam saya juga?? =D