Zaman Kemeruduman Bermula

Jangan tak tahu, Mama Iman pun ada zaman merudum jugak tau. Sebelum Ramadhan lepas, masih lagi lega dengan hasil tuaian dengan purata sebanyak ~24 oz sehari. Bila Ramadhan menjelang, Raya menjelang, dek kerana keletihan dan kesibukan bekerja, perahlah macam nak kuar darah sekalipun, saya hanya memperoleh purata 12 oz seharian. Jika dahulu Iman hanya minum susu segar, EBM disimpan hanya untuk emergency, hari ini, Iman minum EBM hampir setiap hari kerana susu segar tidak mencukupi. Malah, setiap Isnin, lebih separuh dari susu siangnya hanyalah frozen EBM. Itu pun syukur sebab dahulu buat EBM. Kalau tak, maunya dah beli FM tau. Tapi memandangkan FM belum boleh masuk dalam budget (mahalnya~!!), saya kuatkan diri lagi untuk teruskan penyusuan Iman. Nasib baik malam Iman direct feeding. Itu pun kerap terjaga sebab memang susu merudum. Hampir saya tidak pernah merasa nikmat bengkak susu itu lagi (serious saya rindu nak rasa bengkak).

>

{focus_keyword} Zaman Kemeruduman Bermula P1020953aDahulu ~ 24 oz.

 >

>

{focus_keyword} Zaman Kemeruduman Bermula P1050991aKini ~12oz

>

>

Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah masih Allah kurniakan rezeki susu buat Iman. Iman kini berusia 1 tahun 6 bulan, masih ada 6 bulan untuk perjuangan ini. Uhuhuhu.. memang, dipanggil perjuangan sebab bukan mudah. Siapa setuju angkat tangan? Sila sokong, sila sokong. Tanpa sokongan padu suami, babysitter @ pengasuh, memang perjuangan ini mudah terkandas.

>

Mengepam masih kekal 3 kali sehari. Tapi, distribution waktu mengepam tidak lagi sekonsisten dahulu. Disebabkan tiada rasa bengkak, memang malas nak pam. Sebenarnya inilah punca susu semakin merudum dan merudum. Uh..dasar manusia, memang ada turun naiknya. Masalahnya “Malas” lebih selalu naik berbanding dengan “Rajin”. Hueheuehueehue.

>

Apa tindakan saya untuk tingkatkan susu kembali?

  1. Disebabkan badan saya betul-betul selesa dengan pengambilan fenugreek, saya consume kambali kapsul fenugreek, 3 biji, 3 kali sehari setiap kali selepas makan.
  2. Makan Shaklee, BF set. Cumanya, heee… disebabkan budget yang agak ketat kali ni, saya kurangkan pengambilannya. Uhuhuhu… yelah, bukan semua pun mampu nak beli kan? Tahun lepas bulan puasa, saya tak pernah miss makan Shaklee. Maka, walaupun berpuasa, susu sikit pun tak terpengaruh. Tapi, tahun ni, sebab sekat pengambilannya, susu memang lah merudum habis-habisan ketika puasa. Menjadi asbab musabab jugak la ye.
  3. Minum air sebanyak yang mungkin.
  4. Pam sekurang-kurangnya 3 kali sehari (hari kerja) @ 1 kali sehari (hari cuti).

>

>

Ok, target time 2 weeks. Nantikan progressnya.

>

>

Oh ya, lepas ni, segala jenis masak-masak akan berpindah ke domain baru yang masih under construction. Hihi.Mama Iman mula berbisnes kembali. Yuuhu..~!

http://dapur.ibucergas.com/

>

 

>

>

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Zaman Kemeruduman Bermula pixel

You may also like...

2 Responses

  1. tutyrahiza says:

    Mama Iman tinggal 6 bulan je lagi..

    Saya ni baru nak capai 6 bulan pertama..Ada tanda penangan susu nak drop ni tapi konsisten pam 3 kali sehari..kena tambah sesi kat umah ni..

    ohhh…rajinkan lah diri ku ini…

  2. Mama Iman says:

    gd luck2…hehehe….sedar x sedar … kejap jek masa berlalu =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.