The Myth of Multitasking

Jam menunjukkan pukul 210 pagi. Meskipun sudah begitu pagi, saya masih belum mengantuk. Sedangkan pagi tadi saya bagaikan sudah pon menjadi zombi dek kerana melayani tempahan kek. Selepas rehat sepuasnya sejam dua, selepas uruskan rumah sepuasnya (vacumm-mop-cuci-tandas-segala), tiba2  masa menjadi begitu lapang pula. Sehingga masih tak boleh tidur. Mungkin dek terbiasa dengan keadaan tidak tidur selama beberapa hari, menjadikan saya begitu segar bugar. Apa lagi, update blog la~!!! Di opis waktu rehat langsung tak sempat dah nak update blog.

Tapi waktu ini, saya dah pun nekad untuk bercuti dari sebarang tempahan. Kerek gile kot. Baru jek start ambil order, dah boleh demand macam2. Mueheheheeh. Dah la bukan profesional. Amatur cuma.

Itulah masalahnya. Amatur cuma.

Asal ambil order pon untuk tampung balik kos baking syok-sendiri-untuk-makan-sendiri tu. End up bila banyak sangat order, give up pulak. Taklah give up sepenuhnya.. cuma control diri sendiri. Kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Hilang masa bersama anak, hilang masa bersama suami, hilang masa bersama keluarga. Paling sedih dan paling memalukan, masa seorang hamba kepada Allah. Dek mengejar berapa puluh cuma keuntungan kek =p.

{focus_keyword} The Myth of Multitasking IMG 1569

 Ye. Ianya mitos semata. Ayah Iman beli buku ni untuk perli saya kot. Muehheheheh. Tapi buku ni dah lama ada.

“Jack of all trades, master of none”

Konon nak tere semua. Kat tempat kerje, nak jadi best employee ever (boleh blah), nak jadi the best baker ever (hancuss), nak jadi the best parents, the best mom. Tapi nampaknya semua tak menjadi. Padan muka saya, bila terlalu sibuk pada kek, saya terabai sedikit di sana, sebanyak di sini. Rutin harian melipat baju dan menyidai baju entah hilang ke mana. Tiba2 Ayah Iman pula menjadi sukarelawan. Serba salah padanya. Sarapan pagi yang wajib disediakan dahulu, juga menjadi roti biskut kering cuma. Hanya sempat sediakan bekalan si anak kecil ke taska. Tapi sememangnya kita belajar dari kesilapan. Tau tak elok bila dah silap baru nak ubah. Tapi sebab namanya manusia, selagi tak kena batang hidung, selagi itulah takkan berubah. Better late than never kan?

Maafkan saya wahai suami.

Mujur temph kejadian baru 2 minggu cuma. Kini jadual asal sudah kembali. Tanggungjawab yang utama harus didahulukan.

Wasatiyyah

Ye, bersederhanalah dalam membuat sesuatu perkara tu. Tak salah nak multitasking. But prioritize what matters most to you. As for me, other than Allah, its my family. My Ayah Iman, My Iman.

Terima kasih Allah kerana sedarkan saya kembali. Sudah melencong jauh nampaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} The Myth of Multitasking pixel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.