Tayang EBM untuk RIAK?

Salam semua,

Terpanggil tiba-tiba untuk tulis entry ni. Mungkin ke saya terasa? Em..mungkin juga. Logik saya terasa. Sebab saya antara ibu-ibu BF yang menunjukkan EBM saya di blog yang merupakan public, tempat awam. Pertama sekali, saya mintak maaf pada ibu-ibu lain yang terasa sekiranya tindakan kami blogger untuk menayang susu itu menyakitkan hati kalian. Tapi percayalah, bukan niat kami begitu. Saya percaya banyak ibu lain yang menyokong saya.

Pertamanya, saya juga bermula dengan sifar, zero, tiada langsung stok susu. Jadi, saya berblog walking ke blog-blog ibu-ibu yang pro BF, dan menjadikan mereka sumber inspirasi saya untuk menjayakan susu ibu buat bayi saya. Ianya sangat membantu! Dan saya percaya mereka juga sebenarnya bermula dari zero, sifar. Tak pernah terlintas pun di hati dan fikiran saya bahawa ibu-ibu ni menunjuk-nunjuk susu EBM mereka.

Keduanya, untuk menjadi seperti mereka, saya harus bekerja keras bukan sikit-sikit punya. Berapa ramai ibu-ibu yang di luar sana sanggup bangun pam di malam hari setiap 2 jam sekali? Berapa ramai ibu-ibu di luar sana sanggup berdepan dengan majikan untuk menyuarakan hasrat hati untuk mengambil sedikit masa mengepam untuk anak? Berapa ramai ibu-ibu di luar sana yang sanggup mengepam di dalam kereta sambil memandu? Berapa ramai ibu-ibu yang sanggup dengar rakan-rakan lelaki mengejek itu dan ini jika mengepam di cubicle tempat bekerja? Berapa ramai ibu-ibu di luar sana yang sanggup skip lunch, waktu bersosial dengan kawan2 semata-mata untuk mengepam? Berapa ramai yang sanggup pam sampai 7, 8 kali sehari?

Ketiganya, anak saya juga pernah minum FM. So, tidaklah saya mengkondem FM. Cumanya saya nasihatkan, gali lmu dalam-dalam. Kalau dahulu tak berjaya, tanamkan azam untuk anak seterusnya, dan seterusnya. So, ibu-ibu yang rasa tak cukup EBM, dan ibu-ibu yang pro FM, check dulu, cukup tak usaha kita sebelum nak label ibu-ibu yang sudah berjaya? Cara penerimaan itu penting. Kita sendiri yang decide untuk jadikan ianya positif @ negatif.

Jadi, tolonglah jangan kutuk mereka RIAK pamerkan susu mereka. Sebab usaha mereka bukan sikit-sikit. Tepok dada tanya minda. Anda mungkin tak sekuat mereka, sebab tu penerimaan anda terhadap ‘hasil tenusu’ mereka menjadi negatif. Kalau anda tahu kesusahan mereka, anda takkan kondem mereka tayang EBM. Tentu takkan. Kalau anda berjaya seperti mereka, tentu sekali anda juga akan buat seperti mereka. Sebagai inspirasi kepada ibu-ibu lain.

Contoh mudah, kalau kita ambil PhD, dapat gelaran Dr. di pangkal nama, mesti anda mahu tertera “Dr” kan? Kalau berpangkat “Prof”, “Tan Sri” dan sebagainya, uii…marah kalau tak letak gelaran tu di pangkal nama sebab gelaran tu kononnya diperolehi diiringi dengan usaha. End up bila korang pakai telekung, bersembahyang, bersujud, tak siapa pun tahu pangkat korang apa kan? Betul tak? So, apa salahnya tayang EBM?

Maaf saya pohon sekali lagi…Semoga saya semakin positif hendaknya.

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... {focus_keyword} Tayang EBM untuk RIAK? pixel

You may also like...

31 Responses

  1. asyizz says:

    mama iman,hrmmm sy xrase tayang EBM tu riak.it motivates me.teruskan k.jgn peduli ckp2 org.I’ll still support ibu2 yg menyusukan anak2nye.hehe :) go mama iman go 😀

  2. NURRU says:

    salam kak,

    saya juga tergolong dlm kumpulan ibu ibu yg menayang ebm dekat blog. saya setuju dengan akak. bukan sedikit usaha, tenaga, kesabaran dan wang ringgit telah dilaburkan, hanya utk dptkan susu 1-2 oz tu. betapa gembiranya hati ni kalau dpt kumpul susu yg cukup utk bekalan anak pada esok harinya. lnsg tak terniat nak riak atau saje nak menayang susu tu. saya sebagai ibu yg bf anak, sgt2 suka tgk gmbr ebm kawan2 dekat blog, gmbr2 tu mampu menceriakan hari kalau kita tgh takde susu ke ape ke dan mampu bg kita semangat utk pam dan kumpul stok.

    atas usaha diri sendiri dengan sokongan padu drp suami, takkan la kita tak boleh nak abadikan dlm bentuk gmbr pulak kan, lgpun, blog kita tu saya kira personal blog. suka hati la nak letak gambar apa pun. kan? hehe.. kepada ibu ibu yang ‘terasa’ dengan gambar gambar ebm di blog blog peribadi ibu ibu bf ni, saya rasa, anda kena cuba duduk di tempat kami, jadi ibu yg fully bf jugak, then anda akan tahu mcm mana indahnye perasaan tu…

    tq.. :)

    • Mama Iman says:

      so true laa!!!
      Mula2 diorg post kat group kat FB.. dah deleted by admin sbb sensitif dan menggangu emosi sesetengah ibu…huhuhhu..sedih pula bila org kate kite gtu…mungkin sebab diorg x dpt BF penuh, dan mungkin ke ‘jeles’? Wallaua’lam..niat saya cume nak encourage org jek..sbb tiada yg mustahil..saya dulu pun pam 1,2 oz je setiap sesi..tp buat 8 kali sehari..cukup utk bg anak makan..lame2 ia bertambah..bukan kerja senang..wooooooooo

  3. Sue says:

    Salam…

    mama iman, ni kait mengait dgn 1 group di fb tu ke?.. heheh… Saya setuju dgn mama iman… takder salahnya tayang EBM tu… malah saya suka tgk blog2 bf moms yang tunjuk stok susu… menjadi sumber inspirasi dan penaik semangat supaya kita juga berjaya seperti mereka…

    tentang FM tu… saya pun sama, anak 1st minum fm walau tak sepenuhnya… saya tak salahkan mereka mengutuk fm dan sedikit pun tak terasa walau saya pernah menggunakanya… bagi saya, mmg dah kenyataannya yang bm tu jauh lebih baik dari fm… saya tak salahkan mereka mengutuk fm, tp saya salahkan diri sendiri kerana dulu tak mencari dan menggali ilmu tentang bf… saya tak salahkan mereka mengutuk fm… mungkin dgn cara itu, mereka dpt menyedarkan ibu2 yg pada asalnya tidak mahu bf anak, bertukar untuk bf anak masing2… semuanya tidak bergantung kepada percakapan orang… tapi bergantung kepada penerimaan kita terhadap kata2 itu, dan bagaimana kita melihat semua kutukan itu…. sekiranya kita lihat dari sudut positif, maka positif la hasilnya… jika kita lihat dari sudut negatif.. negatif la jadinya…

    yang paling saya sedih, nak dibangding2kan anak2 yang menyusu bm n fm… kerana yang minum fm telah terbukti cerdik… sedangkan anak yang bf ni belum tentu lagi… sekiranya anak yg bf tu tidak secerdik akak n abangnya, adakah bermakna bm tu tidak elok?… subhanallah….

    saya boleh terima org tak bf anak kerana masalah… dan si ibu telah cuba sedaya upaya untuk bf anaknya… tetapi saya tidak boleh terima jika terang2 dari awal, malah dari mengandung lagi, si ibu mmg taknak bf anak mereka… dah banyak berlaku dan paling sedih, mereka dikurniakan susu melimpah ruah… rela dibiarkan mengalir membasahi baju dari menyusui/mengepam untuk bekalan anak mereka…

    sesungguhnya, ibu2 zaman ini sgt bertuah kerana banyak blog ibu2 menyusu untuk dijadikan panduan… juga terdapat kumpulan sokongan yang sedia membantu bila2 masa sahaja… berbanding 4-5 tahun lepas, yang hanya segelintir berbuat demikian…

    mama iman, usah risau… saya yakin, ibu2 bf pastinya sependapat dgn kita…

    • Mama Iman says:

      uh…lagi terharu bace komen u! nak nangis dibuatnya..betul, anak saya juga bekas pengguna FM. seminggu lamanya iman disuap FM, walaupun susu saya byk. Cume sebab tak ngaji elok2, tak apply ilmu, saya tiada idea, dan pasrah sahaja. bangkit dari kesilapan itu, saya sedaya upaya nasihat dan encourage kwn2 yg tgh mengandung supaya x menjadi seperti saya. tq again! tq! setiap anak itu unik..mungkin setiap ibu sudah pun merasakan memberi the best terbaik bombastic utk anak mereka. tapi hakikatnya bila kita tersilap, tak ramai yang mampu mengakui kesilapan itu…

  4. Tak rasa riak. Malah rasa happy tengok kawan-kawan boleh kumpul EBM banyak sampai penuh 1 freezer. Walau diri ini tidak berpeluang, tetapi tetap tumpang gembira. Suka sangat tengok. Semua ini rezeki anak-anak. :) Alhamdulillah.

    • Mama Iman says:

      betul2…kita belajar dr kesilapan..malah saya adalah 100% FM. Setitik susu ibu pun saya tak merasa. Mungkin mak saya strees kot dulu..tp mungkin ia menjadi asbab musabab saya berjaya dan berpeluang utk susukan anak saya…woo..terharu atas komen you..Tq sgt..terubat hati ini.,.

  5. qenn says:

    Yupe, tahniah buat Mama Iman. Tak tau mcm mana yg ckp tentang kekesalan saya sbb x dpt nk bg BF kat my son. Kecewa sgt2. Blog Mama Iman dan seumpama dengannye memberi dorongan kepada saya untuk fully BF untuk anak seterusnya…insyaAllah. Teruskan usaha, Mama Iman :) 😀

    • Mama Iman says:

      amin…terima kasih. semoga anak seterusnya dapat menikmati titisan susu ibu =) saya paham kekesalan itu…kerana itu juga saya bangkit walaupon pada asalnya telinga saya penat menahan perlian org. =).. pernah ada juga org kata saya pam elektrik, anak tak terkene renjatan ke? hihihi..saya anggap komen itu sebagai kiut =p

  6. ibu iman says:

    ushh..Paa, akak tak terfikir pulak dengan bubuh gambar EBM org boleh cakap RiAK.haishhh..tak baik org org yang berfikir cam gitu…bukankah Islam suruh kita berbaik sangka…actually Paa lah yang memburst semangat akak utk terus pump. Walau pun sikit dapat, tapi alhamdulillah. Akak sangat suka tgk susu EBM Paa..weih…syukur kawan ku ini boleh full breast feed to Iman .

  7. amy says:

    abaikan aje suara2 sumbang..because it totally depends on ur niat..dan hanya Allah yang tahu ape yg tersurat dan tersirat di sebalik perbuatan kita kan? outsiders can only make assumptions, and unfortunately, they can easily be influenced by jealousy. And of course dr situ lah timbulnye fitnah.

    kekuatan iman sesorang tu lain2..aku yg masih lemah iman ni..mmg tak berani sgt nak letak pic kat blog..hatta nak share info pon takut jugak..takut riak dgn ape yg aku ade, dgn ape yg aku tau..minta2 Allah jauhkan aku dr timbulkan perasaan riak itu eventho sedikit.

    pepehal: sharing is caring =)

  8. mas says:

    salam…
    :)
    saya tak rasa riak..terpulang pd penerimaan seseorg tu…sy jgk ibu yg bf,pernah bekerja n now baru resign…but then again..mereka yg in our shoes je tau camne perit jerih nk kumpul stok…mcm saya each session pump xbyk,4-5oz.

    masa sy bekerja,stress dia,mmg subhanallah.mana nk pump,tgh pump client call jerit2,bos soh masuk blablabla(sy pump kat surau)..tp demi anak,cekalkan hati pump,tenangkn jiwa.if not,mmg sumbat la susu.hahahah..

    btl ape mama iman ckp,kita kena gali ilmu ni.sbb ilmu takkan dtg bergolek dpn kita.sbb ebm2yg melambak yg ditayang tu la peti ais saya penuh dgn ebm anak.sbb it takes so many efforts to be strong. hold on what u believe. =)

    salam kenal n ziarah.

    • Mama Iman says:

      salam kenal mas~!! =)
      Alhamdulillah..ramai ibu-ibu menyokong saya..yelah, nak seribu daya, tak nak seribu la dalih.. We always giving excuses, always complain this and that, always blaming others, always gossipping and demotivate other…ape lah salahnya kan kalau kite try utk jadi positive..sebab negative things always happen to negative thinker.. =) yelah, kalau katekan anak pertama dapat susukan 6 bulan..good! very good! tanamkan azam dan berfikiran positive pula utk anak kedua supaya breastfeeding lebih lama…dan seterusnya..dan seterusnya..hihi
      nway, happy breastfeeding!

  9. Faye says:

    we cant really change the way people think about certain things but we cant try to avoid doing so in the long run :)
    here is my 2 cents on this – http://pinkgoodness.blogspot.com/2011/04/handle-human-milk-gently-respectfully.html

  10. amalina says:

    i think it is fair enough to put the same comment here =)

    I am going to be a mom soon, and I don’t have any experience of breastfeeding any child yet. But my humble opinion says it is not right to hate the EBM pictures. What’s wrong with that picture?
    And why should people be offended with it?

    First of all, it is displayed at the author’s blog, the owner of the respective blog. She can put any pictures as she likes, doesn’t she? Why should readers care about it? We may comment, give our fair opinion..but to condemn/ to make war with those people/photos, it is not fair right? If we dunt like the picture, then click the X button. Nobody pushes anyone to stare at those EBM pictures, or to read any blog.

    What if a woman, who has been married for 10 years, but unfortunately does not have a child yet, can she be offended with any lovely cute baby pictures that have been displayed widely on the internet? She may choose to be offended, or she may not. Totally depends on the way she think, and how pure her heart is.

    And how do we know that all those moms who are displaying the EBM photos are riak and only want to show off, as only God knows her purposes in doing that. Or can we just generalize that all pictures that are put on a blog are meant to be shown off?

    If a breastfeed mother feels demotivated because of EBM photos, is it the owner of EBM photo’s fault if she’d rather be pessimist than optimist? I see, it is easy to blame others when we feel uncomfortable.

    My suggestion, if you dunt like it, just leave it. Some may get inspired by the photos, some may not. I choose to think positive (of course I am damn jealous with those photos). At least I know, a mother can produce that amount of milk. And I am going to try, insya-Allah.

  11. Mama Iman says:

    Salam semua pembaca…erk..tbe2 jek dapat liputan pulak…heheh..alhamdulillah, masing2 masih rasional. cuma nya saya harap takde lah siapa2 pula yang emo2 ye..

    perlu diingatkan bahawa stok EBM hanya digunakan sekiranya bayi berjauhan dengan si ibu. Jadi EBM adalah applicable utk ibu-ibu yang bekerja. Jadi, tak perlulah nak melenting kenapa orang nak kumpul EBM byk2 kan? Sebab niat setiap orang juga berbeza, Allah sahaja yang tahu. Untuk ibu yang suri rumah tangga, yang mampu untuk direct feeding sepanjang masa, amat beruntunglah kalian. Kerana itulah susu terbaik. Saya ada tulis di sini…susu terbaik mengikut urutan..
    http://ibucergas.com/2011/01/penyusuan-dalam-persekitaran-yang-tercemar-bagaimana/

    Cuma, jika direct menunyusukan, pengosongan breast yang tidak effective juga boleh membawa kemeruduman susu ibu. Ini kerana breast tidak betul2 dikosongkan, supply akan merudum.. sbb tu kita byk dengar ramai ibu susu mulai kering apabila bayi mereka mula solid food pada usia 6 bulan (juga depends pada demand bayi tersebut kepada susu ibu).

    Peace no war ok =)

  12. Ayah Iman says:

    Saya selaku Ayah kepada Iman juga rasa tak senang hati melihat gambar EBM banyak2. Sebab ia telah menggangu ruang utk Ayah Iman meletak aiskrim kegemaran beliau..

    P/S – Ye ye .. 2 bulan lagi saye belikan sebijik freezer khas utk EBM spt dijanjikan..

  13. Eila says:

    Salam Mam Iman…

    First of all…Congrats to u sbb masih lagi berjaya fully breastfeed…Alhamdulillah…saya pun telah berjaya fully breastfeed sehingga sekarang…anak saya dah berumur 1 tahun 1 bulan and stok susu dia byk lagi…Target jangka pendek nak continue breastfeed sampai setahun setengah…target jangka pjg sampai umur Syahmi 2 tahun…InsyaAllah…Jom tgk kat blog sy stok susu Syahmi….

    Memang bukan mudah nak fully breastfeed bagi kita ibu2 yg bekerja ni…memang mencabar la…ditambah pulak ngan Syahmi yg xmengusu direct ngan saya…sy kena pump sepenuh mase…bayangkan bila nak bagi dia susu…kena panaskan susu tu dulu…memang leceh dan mencabar,…especially klu nak travel…memang on the spot bila dia nak susu…sy akan perah time tu gak…memang letih..tapi seriously memang puas sbb masih dpt bertahan sampai sekarang…
    Syahmi memang x mahu mengusu direct ngan sy sejak 1 minggu lepas dia lahir…sbbnya mase tu sy kena denggi berdarah n kena admitted kat wad…so sy perah susu and hantar balik umah bagi dia minum…lepas kuar hospital je, dia dah tak mau minum direct kat saya…
    alamak…pjg lak komen nih…anyway…xsalah u nak letak gambar EBM tu kat mane2 pun…and somemore boleh jadi pendorong n motivation utk ibu2 lain…
    Lastly…jom kita sama2 terus fully breastfeed anak kita…target sampai 2 tahun!!!!chaiyuk..chaiyuk…anyway anak u dah brape umur?

    • Mama Iman says:

      wah!! bukan senang tu exclusive pumper..sbb breast x dpt stimulation dr baby, cume mengharap pumping jek..tahniah2 sbb masih berjaya menyusukan anak =) iman saya baru jek setahun 31/3 lepas..hihihi

  14. myrule says:

    Saya Exclusive pumper weekday and direct feeding when weekend coz my baby and i PJJ.

    Bagi saya, terpulang la pada niat kan..kalau baik..baik la jadinyer.

    Masing2 ader reason tersendiri pump ke, direct ke yang penting masing2 mau yang terbaik utk anak2.. 😀

    • Mama Iman says:

      Saya lagi salute pada exclusive pumpers. Sebab cabarannya lagi susah. Sekurang2nya , bila kami yg boleh direct ni, malas2 pun leh angkat jek baju. Hihihi. Kadang-kala susah mahu memahami semua orang bukan? Susah juga mahu puaskan hati semua orang.

      • myrule says:

        mama iman.. yup. Saya rasa dua2. Direct on weekend and pumping masa weekday. Sesungguhnyer pumping lebih byk dugaan dan cabaran.

        Aha.. susah mau puaskan hati semua org sebab hati and perasaan lain2 :p

  15. Lynd2310 says:

    Bak kata Dato’ Siti “Kita tak boleh nak memuaskan hati semua pihak” 😀

  16. snm says:

    hi mama iman..
    saya pernah juga letak gambar ebm di FB..siap caption “motivate utk diri sendiri & rakan2 yg ku sayangi yg sdg bf baby”..unfortunately..ada yg x senang hati :( siap comment di FB, “x semestinya BF, anak masuk U..yg FM ni pandai juga, masuk U juga.”
    terhiris juga rasa hati saya..saya siap LIKE comment tsebut..dgn harapan, dia akan noticed yg saya dah baca comment tsbut..
    saya x sgka yg niat saya utk motivate rakan saya, tlh mbuatkan dia pressure, demotivated.. :(

    • Mama Iman says:

      x pe la, saya pun 100% susu formula…ke 120 % kot..hehe…pun masuk U jugak..susu ibu mmg dah terbukti baik..nak buat macam mane pun ttp susu ibu paling baik… mungkin ada yg kate kita ni dah dpt idea yg salah tentang susu formula..tp masalahnya susu ibu mmg the best. masuk U ke x masuk u ke bukan adalah sebab susu apa die minum…ia cume sebahagian dari asbab musabab kejadian seseorg manusia itu…betul x? We are what we eat. Tak pe lah, biarkan lah org lain.. yang pasti tentu yang Allah ciptakan buat bayi itu yg terbaik? siapa berani sangkal? ade susu formula masuk dalam al-Quran? em..x de kan…susu ibu juga yg masuk..lainlah kalo alQuran pun org nak bidas..nauzubillah..bab2 bagi hadis dan ayat Quran ni, saya tak berani nak tafsir sendiri2..takut tersalah ilmu, tersalah sampai, berdosa besar la hendaknya…

    • tanti says:

      hi snm dan mama iman, saya blom pernah lagi letak gmbr ebm kt blog atau fb..tapi saya selalu p tgk blog org utk motivate diri saya. tak rasa pon mcm riak? pelik la org yg dengki2 ni. btw, kalau saya jalan2 kat blog dan saya suka article tu, saya akan tekan button share utk share kat WALL FB SAYA..wall saya ok..ade plak la yg geli…adoai..sabar je la..nama pon wall saya..biar la kan..lgpon sharing is caring..utk sapa yg breastfeed dia faham la..dan akan baca utk tambah ilmu. ada jgk ibu yg FM pon tertarik, baca dan tanya saya info. kan dah membantu secara langsung tu kan? masalah nya org2 yg busuk hati ni la..pegi tulis lak kt blog dia,

      “Contoh lain, yang obsess tentang anak, asyiklah post tentang hal-hal breastfeeding what so ever. Err.. Kau sorang jo ke ade tetek? Eeewww.. Macam mana agaknya kawan laki dia yang ada dalam fb list dia tu baca status dia tu. Tak rasa semakkkkk ke??
      Mak tak kuasa taw!!”

      hahaha..nak gelak la plak ngan org camni..tp lantak la..blog dia kan..nak meroyan pon biar la kat dia. esok2 dia jadi ibu dia tau la perasaan kita.

      ibu2 semua, jgn demotivated. senyum selalu :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.